Sahabat baik luah perasaan? Apa reaksi anda?

Assalamualaikum. Hai!




Topik kali ni bab cintan-cintun. Aku kan selalu berangan nak jadi kaunselor cinta ala-ala Doctor Love gitu. Cit! Perasan. Haha. Ok la. Mari kita bincang topik seperti yang tertera pada tajuk entri. Apa reaksi korang bila sahabat baik luah perasaan dia kat korang? Err..sahabat baik di sini maksud aku yang berlainan jantina la. Bukan sesama jantina. Haram tu weh!



Siapa cakap lelaki dan perempuan tak boleh jadi bestfriend? Sebenarnya boleh dan ada yang betul-betul memang ikhlas dalam hubungan persahabatan mereka tanpa wujud sebarang rasa hati yang 'pelik-pelik'. Tapi tak mustahil jugak ada yang terbabas dan wujud rasa 'aneh' yang berkaitan dengan hati dalam hubungan persahabatan mereka. Jadi, situasi yang kita nak bincangkan ni sahabat baik yang berlainan jantina la. Lelaki dan perempuan yang bersahabat baik. Lepas tu salah sorang ade simpan perasaan lebih dari sahabat. Kemudian terjadilah kejadian luahan rasa hati itu. Jadi macam mana nak hadapi?







Oh! Sebelum tu, biar aku jelaskan tentang gambar di atas ni dulu eh. Ini adalah contengan dari sahabat baik aku semasa kami pergi Bengkel KMK Fasa 2 pada bulan April lalu. Cerita lama dah ni. Saja baru nak share. Hehe. Jangan salah sangka dulu. Ini bukanlah luahan rasa sahabat baik aku tu secara betul-betul. Beliau sengaja nak main-mainkan aku masa ni. Kebetulan aku keluar pergi ke tandas jadi beliau ambil kesempatan menconteng buku nota aku. Terhasillah tulisan seperti di atas dan disertakan dengan kad nama salah seorang peserta lain dalam bengkel tu. Kengkonon mamat tu nak berkenalan dengan aku dan luahkan rasa hati. Cit! Kuang asam punya perangai bestfriend aku nih.



Tapi beliau silap. Ingat aku tak boleh detect ke? Aku kenal tulisan beliau. Yang pasti dalam bengkel tu takde siapa pun tahu nama panggilan aku adalah SHADA. Aku lebih selesa orang yang baru aku kenal panggil aku SHAHADA. Haha. Padan muka beliau sebab terkantoi. Disebabkan itu aku tambah lagi satu option dalam soalan beliau tu ->E.Toya. Dan jawapan yang ditambah itu la yang aku bulatkan pastu tunjuk kat beliau. Terus beliau merajuk dengan aku. Konon! Haha.







Jadi kat sini aku nak kongsi la pendapat aku macam mana nak hadapi situasi ni. Apa-apa pun, korang kena la berdepan dengan bestfriend korang tu dan berbincang secara baik dari hati ke hati. Kalau tak boleh terima, beritahu pada dia dengan baik dan berterus teranglah. Jangan bagi harapan palsu. Kesian kat dia. Cakaplah yang korang berdua hanya sesuai menjadi sahabat baik sahaja dan berharap dia dapat menerima keputusan tu. Janganlah disebabkan hal ni persahabatan yang korang bina berantakan pulak. Sia-sia je jadi sahabat baik selama ni. Tapi selalunya situasi di'reject' ni boleh diterima kot. Persahabatan lebih utama dari cinta. Siapa tak sayang persahabatan yang dah lama terbina, kan?




Tapi kalau korang memang ada simpan perasaan jugak kat dia, beruntunglah. Sebab dia dah mulakan dulu untuk meluahkan rasa hati dia. Kiranya korang berdua bukan masing-masing bertepuk sebelah tangan la. Jadi bila dia meluahkan, korang berterus terang la dengan dia yang korang pun simpan rasa yang sama terhadap dia. Dan korang terimalah huluran cinta dia dengan baik. Best jugak bercinta dengan bestfriend sendiri kan? Sebab memang dah tahu hati budi dia semua sejak mula bersahabat lagi. Tapi misal kata hubungan cinta tu tak bertahan lama, naya jugak lah sebab konfom hubungan persahabatan sebelum ni pun turut terjejas jugak. Hmm.



Kesimpulannya, ada positif dan negatif jugak situasi macam ni. Yang penting penerimaan diri kita sendiri la. Hah! Macam mana kalau korang sendiri pulak yang hadapi situasi seperti ini? Dan bestfriend korang tu betul-betul bersungguh dengan luahan hati mereka. Gabra tak? Ke korang buat relaks je? Apa yang korang nak jawab? Haa, cuba kongsi sikit dengan aku.





Bisik2:: Aku dengan encik CH pun bermula dengan hubungan persahabatan dulu. Ekeke.

16 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. aku skrg ni, banyak sangat terima luahan perasaan dari kawan2..

    kawan2 Fb dan reader.. :( serba salah, takut diorg rasa dipermainkan la dr love.. mcm mane ye?

    BalasPadam
  2. zulfikar::

    erk?ahaha..ni mesti kes ayat penulisan ko bunga2 tapi nampak matang gitu..gegurl bukan leh jumpa laki yg berfikiran matang macam ko ni..memang rasa macam nak sambar je..kui3..



    ala..apa susah..ko cakap je nak kawan boleh lebih2 harap maaf le..senang je tu..ko takyah bagi ape2 harapan langsung..jangan la ko pun layan pulak ke'gatal'an mereka tu..erk?gatal?haha..tak2..ko jgn layan sgt luahan perasaan mereka..biasa la tu..gegurl skang dah tak malu nak approach laki yg dorang minat..jadi ko buat biase sudah..;p


    err..ke ko pun ade luah2 perasaan kat dorang jugak ni?

    BalasPadam
  3. errr...

    xreti bercinta dgn sahabat baik..

    slalunya kalo kenal ngan seseorang tu dah target siap2 dia ni hanya boleh buat kawan ataupun lebih dari kawan

    hehe

    BalasPadam
  4. cik sha,

    slalunye kalau bff1 luahkan rase kat bff2 tapi bff2 tak rase perasaan yg sama.lepas tu mesti hubungan persahabatan jadi ranggang sebb dua2 akan rasa segan ngan each other...silap hubungan bff tu bule putus. sayang kan.

    BalasPadam
  5. Kalau single sama single memang takda masalah. Masalah kalu dah ada pasangan pastu ada orang nk cucuk line. Kebetulan kita rapat ngan orang tu, silap2 tercurang nnti..

    BalasPadam
  6. aku mmg pernah sukakan bestfriend sendiri. dia pun tahu. tapi dah lama dah berhenti suka dia. sebab tau kami cuma serasi as kawan je.


    tapi tak pernah pulak dapat situasi bestfriend luah perasaan. hakhak

    BalasPadam
  7. so sweet pe sha..hehe..tp persahabatan tue lg best..

    BalasPadam
  8. Aku mahukan royalti aku.....

    BalasPadam
  9. GKSB::

    hehe..selalunye macam tu la kan?sebelum mengenali seseorang lebih dalam dan ade perasaan love-love tu kita dah decide awal masa perkenalan nak berkawan saje @ lebih kan?

    BalasPadam
  10. msredsheesecake::

    mmm..betul gak tu kan? ade kes2 yg macam ni..

    tapi selalunya yg menjauhkan diri tu mesti perempuan..lelaki tak kot..dorang releks je..dah luah dorang rase lega beban yg ditanggung dalam hati..kalau direjek dorang still boleh lagi berkawan..

    yang pompuan la kalau dah luah mesti rase malu dan terus menjauhkan diri bile cinta yg diluah kena rejek..

    sayang je persahabatan tu kan?

    BalasPadam
  11. park air::

    ni kes single mingle la..yg kes dah de couple nanti rajin aku bincang..ahaha..

    BalasPadam
  12. alexandriana alia::

    hehehe..kire ade pengalaman la ni suka kat bestfriend eh?tapi tak luah just senyap2 je..itu ok kot..takde la jadi kes terus taknak kawan kan?

    BalasPadam
  13. kak zura::

    sweet sgt kak..tp kalau hubungan cinta berjaya la..kalau tak berjaya langsung tak sweet terus..ekeke..


    tapi betul tu..persahabatan lagi best..kalau dah bercinta still boleh bersahabat macam sebelum2 ni lagi syiok..kebanyakan yg bestfriend couple ni mesti pastu layanan dah jadi lain..tak sweet macam sebelum bercouple..kan kak?

    BalasPadam
  14. frause::


    erk?maaf sedara..saya tak mampu nak bayar royalti anda..ahaha..pinjam tulisan eh..;p

    BalasPadam
  15. depends jugak kannnn kak shaa...tapi selalunya la kannn..kalau laki and perempuan sharing each other, means they cares! so, xsalah kalau kite luah pada berlainan jantina niee...hehehe :D mungkin pendapat mereka yg berlainan jantina ni boleh pakai :)

    BalasPadam
  16. wah cik sha sudah jadi dr.cinta :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan