Mesej berantai-rantai

Assalamualaikum. Hai!


Tahun ni kita akan rasa 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun (1-1-11, 1-11-11, 11-1-11 dan 11-11-11). Bukan tu je. Cuba ambil 2 nombor terakhir tahun anda lahir dan tambah dengan umur kita pada tahun ini, jawapannya '111' untuk semua orang. Ini ialah tahun KEKAYAAN!

Pada bulan Oktober akan ada 5 kali hari Ahad, 5 kali hari Isnin dan 5 kali hari Sabtu. Ini hanya terjadi sekali setiap 823 tahun. Tahun ini dikenali sebagai tahun 'BEG KEKAYAAN'.

Ini bermaksud jika kita hantar SMS ini pada 8 kawan-kawan, KEKAYAAN akan datang pada hari ke-4 macam kepercayaan fengshui. Jika tak hantar tak dapat apa-apa. Tak salah kalau mencuba!


Pernah terima kiriman SMS macam ni? Mesti ramai yang pernah dapat mesej yang ala-ala begini kan? Siap suruh sebarkan pada beberapa jumlah orang pulak tu. Sabar je la. Sebenarnya aku dah banyak kali dapat SMS ala-ala macam ni daripada kawan-kawan aku yang sesuka hati je men'forward' mesej ni kengkonon saje-saje nak cuba nasib. Haishhh. Aku cukup hangen la kalau dapat mesej forward macam ni. Rasa macam nak pergi luku je si penghantar tu walaupun dia kawan aku. (-_-")


Apa la faedahnye buat benda macam ni? Takda hasilnye la. Mengarut je semua tu! Yang pergi percaya pastu forward kat orang buat ape la? Menghabeskan kredit je. Owh! Pakai line ye. Sama jugak. Tak kena bayar bil ke? Membazir tahu kirim SMS yang bukan-bukan macam ni. Hadoi. Yang aku peliknye camne la dorang ni boleh terpengaruh nak forward mesej tu. Takkan la tak boleh fikir secara logik. Takdenye la boleh kaya dengan kirim SMS macam tu kepada seramai yang mungkin kalau ko tak berusaha. Kekayaan tak datang bergolek la weh!


Banyak lagi jenis mesej berantai kan? Yang mempergunakan AGAMA pun ada. Yang ni lagi berkali-kali ganda bebal. Ops! Sori terkasar bahasa. Tapi memang kenyataan pun. Aku pun tak faham la apa propaganda orang yang memula reka mesej berantai ni. Entah apa la yang dia dapat dari 'ciptaan' mengarut dia tu. Nak tunjuk dia rajin sangat mengkaji perihal agama dan benda tu perlu disebarkan untuk keuntungan umat Islam semua kah? Dah la tak berasas dan tak logik langsung. Hanya mereka yang sama bebal dengan dia je yang rajin nak forward mesej sampah macam tu. Adui. Pakai akal la weh!





Ini baru mesej di handphone. Dekat dunia internet pun ade jugak kes mesej berantai cenggini kan? Tu yang menyebarkan artikel-artikel pelik tu. Kalau baca dengan teliti kemudian berfikir menggunakan akal boleh tahu artikel tu betul atau tidak. Tapi itulah. Ramai antara kita ni suka baca tapi tak reti nak berfikir. Tambah-tambah kalau dimasukkan unsur-unsur keagamaan. Tak siasat dulu. Semua pakat-pakat nak share kengkonon aware dengan situasi. Cit! Ini namanya golongan orang yang pendek akal dan malas nak berfikir. Kesian betul.




Kita bila terima sesuatu maklumat sepatutnya kaji dan selidik dahulu kesahihannya. Janganlah main hentam nak sebarkan tak tentu hala. Itu macam menyebarkan fitnah jugak la. Dengar satu pihak buat kesimpulan terus bersetuju. Malas nak buat kajian. Malas nak selidik. Apa yang orang tu sampaikan semuanya BENAR, TEPAT lagi SAHIH. Jadi wajib disebarkan. Maka tanpa berlengah lagi terus sebarkan ke serata alam. Sangat tidak bijak! *Bahasa sopan untuk bodoh. Memang berlambak orang macam ni, kan? Hmm.


Hentikanlah buat kerja tak berfaedah macam ni. Tak kan ada apa-apa kesan pun kalau korang tak forward mesej-mesej mengarut cenggitu. Bukan mesej tu penentu jalan hidup korang pun. Hidup mati kaya miskin takde kaitan langsung dengan perbuatan menyebarkan mesej berantai tu. Perjalanan hidup korang dah ditentukan oleh Allah. Jadi berusahalah kalau nak jadi kaya dan beribadat banyak-banyak untuk bekalan bila mati nanti. Insaf-insaflah. Jangan mudah sangat terpengaruh dan terpedaya. Jadilah insan yang bijaksana.




Bisik2:: Dulu aku pernah dapat satu mesej berantai. Kalau tak forward lepas aku dapat esoknya aku akan mati dibunuh. Aku buat bodoh je dengan mesej tu. Dah bertahun-tahun berlalu masih hidup lagi aku. Ish3. Ajaib betul!

5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. secara logik pun memang nampak bodoh & menipu tp rupanya masih ramai yg senang di perbodohkan.. kalau saya, samada delete atau abaikan jer.. nak forward2 ada lagi bagus sms family tanya khabar.

    BalasPadam
  2. haha, setuju yang teramat sgt, masa muda dlu2 selalu gak a dpt mesej ceng gitu, nseb baik a x trpngruh, ad ke ptot siap suh sent kat 10 org la, ap la, kalu org tu nk 4wrd ke xnak ker, ikut suka a kn, hehe, ter emo lak..

    BalasPadam
  3. ni lah dinamakan org takde kerja dan malas berfikir...

    kdg2 siap leh gaduh2 lagi nak defend kenapa dia foward2 sms.. mcm org tak temadun...

    skrg aku jd consultant mak aku, duk semak sms contest menipu, msg berantai, msg iklan ngan bidaah.. hahahahaha

    BalasPadam
  4. kalo dpt sms berantai cmtu..JT baca, pastu terus delete..ni soal akidah. boleh menyesatkan kalo kita percaya bnda tu bleh bawak tuah kat kita..

    kalo kat blog pon kita bleh perhatikan, blogger main copy paste je artikel yg bercorak keagamaan, tanpa selidik dlu kebenarannya. alasannya, benda baik perlu dihebahkan. tu la byk yg berlaku kat dunia blog skrg..

    BalasPadam
  5. huhu ada gak dpt msg berantai yg psl 11111 tu huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan