Kenapa isu bertudung selalu jadi topik HOT?

Assalamualaikum. Hai!




Sejak mula aku berbelog, isu berkaitan tudung selalu jadi topik HOT di kalangan blogger. Kenapa isu bertudung selalu jadi topik HOT? Sebab ia berkaitan dengan Islam. Maka banyaklah pendapat dan pandangan yang timbul. Masing-masing nak tunjukkan keprihatinan dalam hal ni. Tambah2 sekarang kan fesyen bertudung ni dah makin pelik-pelik. Maka gadis-gadis bertudung yang terlalu obses berfesyen dan jadi mangsa fesyen la yang selalu dijadikan sasaran. Tak kesah sama ada dikecam dari blogger lelaki atau blogger perempuan. Semua pakat nak bagi 'teguran', 'kutukan', 'nasihat'.


Memang biasa sangat dah kes ni berlaku. Blogger lelaki mesti la menyerang dengan ayat-ayat pedas mereka. Memang menyengat la. Boleh bikin 'panas hati' pada gadis2 bertudung yang up-to-date tu. Yang blogger perempuan pulak yang selalu nak menembak kes bertudung up-to-date ni tak lain tak bukan dari golongan yang tidak bertudung @ pakai tudungnye on-off sesuka hati dia. Nak 'tembak' orang macam tak sedar pulak diri sendiri macam mana.




Tapi bukan semua la yang 'bermulut puaka' ni. Segelintir je. Memang la tak salah kalau nak 'menegur'. Tapi penggunaan ayat yang kasar dan kadangkala ada yang mencarut tu la yang tak berapa nak kena. Kengkonon kalau tulis baik-baik orang tak heran nak baca. Jadi ayat kena la sarkastik, kasar, ade carut-carut sikit. Baru orang nak baca dan ambil kesah. Baru 'masuk'. Sedap sikit nak baca. Baru orang-orang berkenaan tu sedar diri. Hmm. Bukanlah aku nak cakap yang aku ni baik dan alim sangat. Aku pun biasa-biasa je. Tapi setahu aku, Islam itu agama yang indah. Islam takde ajar kot nak tegur orang kena kasar dan carut-carut semua tu.






Oh2! Stop la berbicara tentang tu. Aku bukan nak cari pasal dengan sesiapa pun. Cuma sebagai seorang wanita muslim yang bertudung, aku terpanggil jugak la nak berbicara tentang isu ini. Secara jujurnya, aku sendiri memang tak suka dengan fesyen wanita bertudung yang ada sekarang ni. Yang fesyennye tak melampau tu aku tak berapa nak heran sangat la. Yang jeliknye yang berfesyen pelik-pelik tu ha. Tak lawa kot. Semak mata tengok.


Err..sebenarnya, pernah jugak la aku buat eksperimen kat diri sendiri tentang fesyen pelik ni. Macam pakai legging dengan baju labuh dan baju lengan pendek tanpa pakai inner @ sarung tangan. Pelik ke tu? Pelik kot bagi aku sebab tak biasa buat. Saje nak try tengok apa yang best sangat pakai macam tu. Sekali je la aku buat eksperimen tu. Lepas tu, taubat tak teringin dah nak buat eksperimen macam tu lagi. Sumpah aku rasa macam berbogel je. Betul weh! Sangat tidak selesa. Sebab tu la aku tak terpengaruh nak berfesyen macam tu.


Biarlah orang kata aku kuno dan tak up-to-date sekali pun. Aku tak peduli langsung. Sebab aku taknak jadi mangsa fesyen. Cukuplah aku bertudung sempurna dan tidak mendedahkan aurat yang sepatutnya dilindungi. Err..pasal shawl pulak jujurnya memang la aku pakai. Tapi shawl yang plain je la. Takde la aku pakai shawl manik2 atau bulu2 atau riben besar gedabak atau warnawarni macam pelangi ke apa. Lilit shawl pun takde la sampai tercekik leher. Pakai biasa-biasa je. Janji selesa dan tutup aurat.




Aku taknak la berhujah tentang hukum hakam dengan korang kat sini. Sebab tu takde petikan hadis aku letak dalam entri ni. Sejujurnya aku bukanlah bijak pandai agama. Cuma aku terus belajar dari semasa ke semasa tentang agama. Dengar ceramah agama, membaca perihal agama. Bersyukur sebab dari kecil didedahkan dengan pengetahuan agama walaupun bukan dari mak dan arwah abah aku sendiri. Biarpun arwah abah seorang mualaf, dia berjaya memberikan aku pengetahuan agama dengan menghantar aku belajar di tempat yang sepatutnya. Oh! Sebenarnya aku mula belajar pakai tudung ni sejak dari kecil lagi. Nanti aku cerita macam mana aku boleh mula pakai tudung eh?


Pada yang suka sangat berfesyen pelik-pelik tu, aku harap mereka tersedar dengan kesilapan mereka satu hari nanti. Memang tak salah nak berfesyen, tapi janganlah berlebih-lebihan sehingga termasuk dalam kategori tabaruj.


Bagi yang tidak bertudung @ pakai tudung on-off, semoga hati kalian terbuka satu hari nanti untuk bertudung dengan sempurna dan berkekalan. Janganlah tahu nak kutuk2 orang je. Muhasabah diri sendiri juga. Ketahuilah bahawa menutup aurat itu WAJIB walau apa pun alasan. Rambut adalah sebahagian aurat bagi wanita muslimah yang wajib ditutup. Ingat tu!



Bisik2:: Bagi aku tiada istilah belum dapat hidayah. Sebab Hidayah kena cari. Kalau tak cari mana nak dapat. Allah takkan ubah diri kamu kalau kamu sendiri tidak berusaha mengubah diri kamu. Fikir-fikirkanlah.


*Gambar adalah carian dari Google.

11 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. perempuan bertudung bawal itu comel dan ayu!!!!

    bagus la entry ni, setuju benar, tapi aku tak pernah prejudis dengan wanita betudung betul, fesyen atau free hair.. :)

    BalasPadam
  2. super duper like entry neh!
    eheeee...btol2..skang neh..masyaallah..pelik2 fesyen tudung nye ha..sy teringin nk taw..xsusah ke doang pkai pelik2 cmtu eh..terbelit sana sini..hmmm..sy pnah gak try pkai baju pelik2..xpkai inner ke ape..mmg rase cm bogel..sy akui sy bkn sorg yg kuat agama pon..iman sy senipis kulit bawang ataw lebih kurang drpd tu..tp..ape yg penting bg pompuan..mesti kna ade rase utk mnjaga maruah diri sendiri dan juga malup

    BalasPadam
  3. zulfikar::

    betul2..lagipun pakai tudung bawal selesa kot..^_^

    thanks sebab bersetuju dgn pendapat saye..itu cuma pandangan dari seorang wanita bertudung yang melihat isu ini dari sudut positif dan negatif serta mengambil pengajaran daripadanya..

    saye pun tak pernah prejudis dgn wanita yg bertudung betul, fesyen atau free hair sebab kawan2 saye ada jgk yg gile berfesyen, pakai tudung litup dan free hair..selagi mereka hormat saye, begitu jugalah saya akan hormat mereka..janji mereka menjaga tingkahlaku sebagai seorang wanita muslim..

    BalasPadam
  4. nanakyu::

    thanks nana!^_^

    betul tu..kalau wanita tu ada rasa nak menjaga maruah diri mesti dorang tak mendedahkan aurat mereka sesuka hati sebab malu pasti menyelebungi diri mereka..kan?

    BalasPadam
  5. Hi.. suka baca entry ni..
    Bertudung memang wajib, tapi kene la pada gaya..Jangan terlalu obses ikut fesyen...

    Trend sekarang ni..gaya bertudung pun macam lebih elok tak payah pakai..Hmm sendiri mau fikir la kan..He he

    Kalau nak tutup aurat tu, biar la betul2. Jangan nampak macam dibuat2.

    BalasPadam
  6. Paling tak bleh blah kalau pakai tudung + legging, bleh bikin berdarah hidung woo..

    Tapi at least trend shawl ni dapat bukak pintu rejeki kat peniaga2 shawl tu..

    BalasPadam
  7. hoho mcm ang gak. rasa berbogel jek pakai legging+baju labuh. baju lengan pendek tanpa inner. aku pun bukan ilmu agama penuh d dada. lobang sana sini gak. tapi kalau pakai gtu mmg tak selesa. maybe sbb kita tak biasa mcm tu.

    pelik tgk mcm2 jenis shawl skrg ni.tp ada gak yg cantik tertarik.cuma masalahnya aku sgt tak pandai nak lilit terbelit.hihi

    BalasPadam
  8. woah, btol gak apa cik sha kata.patut la pompuan jarang buat entri pasal tegur cara bertudung ek.takut terkena balik kat diri sendiri..

    sbrnya tak patut rasa camtu, pasal sementara kita nasihat orang, sambil kita ingatkan diri sendiri.

    tahniah kat cik sha sebab berjaya timbulkan rasa malu dgn pakai legging, dan shawl2 yg pelik2..tak mcm kebanyakan pmpuan skrg. semakin bangga menonjolkan diri kat khalayak ramai.

    BalasPadam
  9. salam cik sha, mahu follow kerana entry ini....

    BalasPadam
  10. a'ah..skrg nie pelik2 fesyen tudung..rase cm ntah pahapa pun ade jgak..tp akak prefer tudung bawal je sha...senang..xyah nk belit2..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan