Assalamualaikum. Hai!
Disebabkan malas nak buat kerja, maka aku nak curik tulang sat untuk update belog. Ehehe. Hari ni nak gebang kat semua pasal keterujaan aku pergi hiking petang semalam. Lepas habes waktu ofis, aku dengan Enny (ofismate) decide nak pergi hiking kat Kawasan Mendaki Bukit Jambul. Selalu kami jogging je dalam kawasan USM ni lepas waktu kerja. Kengkonon nak kuruskan badan la. Yang nak kurus tu aku je sebab aku yang dah jadi gemuk. Enny dah sedia ada kurus. Dia cuma temankan aku. (-_-")
Best oo hiking semalam. Dah lama kot tak mendaki bukit. Last aktif dengan aktiviti hiking pun masa kerja jadi Pembantu Makmal tahun 2004 dulu. Bawa student USM yang ambil jurusan Kajihayat buat kerja lapangan kat dalam hutan. Owh. Dulu aku pernah kerja jadi Pembantu Makmal kat Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM. Kerja ni la yang aku bagitahu dalam entri ini aku berhenti sebab nak sambung belajar. Kerja jawatan tetap tapi sebab nak belajar aku berhenti. Nanti-nanti la aku cerita eh. Entri ni nak cerita pasal aku pergi hiking semalam. (^_^)
Perghhh. Semalam tu aku agak pancit jugak la. Memang stamina dah lari mencicit-cicit tak ketahuan hala. Baru daki separuh bukit dah semput. Jantung tak payah cakap la. Dup dap dup dap laju nak mampus. Nafas pun dah tercungap-cungap. Nampak sangat dah lama tak workout. Kui3. Masa berhenti kat separuh bukit tu memang aku dah give up nak naik sampai atas. Siap halau Enny pergi naik sorang dia. Aku nak tunggu kat situ ja. Ahaha.
Tapi bila tengok ada 3 orang anak cina dengan seorang apek tua selamba badak je panjat sampai atas, terus rasa tercabar. Bebudak kecik dengan orang tua boleh takkan la aku tak boleh kan? Terus bertekad nak naik sampai atas jugak. Berhenti kat banyak tempat jugak la aku sebab nak stabilkan nafas. Siap ada sorang lelaki tegur aku, "Kawan dah tunggu kat atas tu. Adik tak sampai lagi." Aku renyih je la. Sebok betul. Huh!
Daki punya daki, jumpa Enny sebab dia dah patah balik nak turun. Pastu dia bagi semangat suruh aku naik sampai atas. Siap dia naik balik sebab nak temankan aku. Gile stamina kuat betul minah ni. Lastly sampai jugak aku kat puncak. SERONOK nak mampus sebab akhirnya aku berjaya cabar diri aku sendiri naik sampai atas. Huahuahua. Tapi sampai-sampai kat atas tu terus terkedang menjulur kaki sebab lenguh nak mati. Turun bawah pulak kaki terus ketar-ketar macam kena Parkinson. Ahaha. Takpe. First time naik. Lepas ni dah biasa dia stabil la.
Cantik gila view dari atas bukit tu. Lepas ni nak pergi lagi la. Dalam seminggu nak set 2-3 kali mesti pergi hiking. Hiking lagi best dari jogging sebab lagi banyak peluh aku keluar. Maka senang la lemak-lemak degil kat paha dengan bontot aku ni nak pecah. Boleh jadi selim melim balik macam dulu. Kui3. Sebenarnya aktiviti riadah macam ni bagus sangat. Bukan je dapat jaga kesihatan tapi dapat meluangkan masa yang ada dengan aktiviti berfaedah macam ni. Dapat geng yang sekepala lagi best. Dapat eratkan hubungan persahabatan.
Setakat yang aku perhatikan, dari dulu sampai sekarang yang banyak buat aktiviti riadah (jogging @ hiking) kebanyakannya orang cina. Semalam pun, orang cina yang ramai. Yang India dengan Melayu berapa kerat je. Boleh kira dengan jari. Dulu masa muda-muda aku aktif pergi jogging kat Mengkuang Dam pun banyak orang cina je yang jogging. Yang Melayu banyak pergi bercinta je kat situ. Ambil gambar dan bermesra-mesra tepi tasik. Uhuhu.
Apa-apa pun, hiking kat Bukit Jambul ni memang best! Puas hati walaupun jalan hiking berliku-liku. Yang penting bila sampai kat atas, rasa macam segala penat tu hilang terus. Kalau nak tahu ada gym kecik dan percuma boleh guna kat atas tu tau. Taman rekreasi pun ade. Kalau korang penat tapi tak bawak air masa hiking, kat atas tu ada disediakan 3 tong air untuk semua orang minum. FREE! Tapi kena tawakal la masa nak minum. Baca je Bismillah dengan Allahhuma Bariklana. Hehe. Nak amik gambar kat atas tu pun cantik.
Masa untuk mendaki dalam 20-30 minit ikut kemampuan dan stamina. Average dalam sejam jugak la untuk naik dan turun. Kepada yang tinggal sekitar Pulau Pinang, sesiapa yang nak mencuba kelainan, nak beralih arah dari jogging kepada aktiviti yang lebih mencabar, pergi je hiking kat Bukit Jambul tu. Kawasan Mendaki Bukit Jambul ye. Jangan pulak pergi hiking kat Kompleks Bukit Jambul. Kat situ bukan keluar peluh bakar lemak, tapi keluar peluh bakar duit. Kui3.
*Semua gambar adalah carian dari Google.

~Pintu Masuk ke kawasan pendakian~

~Trek mendaki~

~Trek nak sampai ke puncak~

Bisik-bisik :: Majulah hiking untuk kuruskan badan! *tetiba.
*Semua gambar adalah carian dari Google.
dulu masa study kat usm... tiap2 sabtu blasah nek bukit jambul.. jog dari stadium usm.. sampai bukit jambul.. pastu bawak bata panjat bukit.. train untuk MASUM... pergh.. nostalgia btol..
BalasPadamwaa...cik sha dh smpai...cheq x smpai2 lg pdhl tiap2 minggu dok lalu kt sana tp x penah singgah.
BalasPadamsmlm kwn cheq pon p gak...balik2 tu trus muntah & cirit sbb x tahan....
xpenah g p hiking sana huhu
BalasPadamwaaaaa sangat best :D
BalasPadamwow..best gak tmpat tu yek..tp agak jauh nak pg. =(
BalasPadamseronok kalau hiking ramai2...gelak2 nti xperasan lah kite mendaki dh tinggi..hehe
BalasPadambest2..majulah hiking untuk kurus badan..hehehhe
BalasPadamseronok kan?
BalasPadamtak penah pg hiking.. =_=
BalasPadamteringin nak pg broga hills sebenarnya..