Tips berhadapan dengan CINTA 'orang ketiga' yang OBSES

Assalamualaikum. Hai!


Selamat hari Sabtu buat semua. Maaf lama tak update. Agak bizi dengan kerja dan kehidupan realiti plus diserang demam selsema sekali lagi. Uhuk! Harap2 tak terok macam last time kena sampai telinga pekak2. Walaupun takde masa nak update, tapi aku tetap curi2 masa untuk baca update dari kawan2 yang lain. Takde la senyap je terus dari dunia belog ni ha. Tahu la jugak perkembangan semasa yang berlaku dalam dunia belog. Macam2 hal eh? Tapi macam biasa aku just membaca dan melihat saje la dari jauh. Takde masa nak amik port.


Kali ni kite berbicara topik cinta pulak la eh. Tentang 'orang ketiga' yang secara terang-terangan menunjukkan obses mereka terhadap pasangan anda. Tapi pasangan anda telah berterus terang dengan anda dan tidak menyembunyikan tentang hal ini. Masalahnye pasangan anda tidak memberikan sebarang respon kepada ke'obses'an 'orang ketiga' ini. Akibatnya 'orang ketiga' ni dengan berani telah menunjukkan ke'obses'an mereka itu kepada anda pula supaya anda sedar kewujudan mereka yang terlalu obses dengan pasangan anda. Cakap pasal ni, teringat lagu Rossa yang tajuk KU MENUNGGU tu. Tak suka lirik lagu tu. Uhuk!


Faham tak apa yang aku cuba jelaskan pada perenggan di atas? Ada sesiapa di kalangan pembaca aku yang pernah atau sedang mengalami masalah seperti itu? Secara jujur, aku dan encik CH sendiri memang mengalami masalah ini. Penyelesaian nya kami buat tak tahu je. Kesian memang la kesian kat 'orang' tersebut. Tapi nak buat camne sebab kami memang tak berminat pun nak melayan ke'obses'an mereka.




Meh sini aku nak cerita tentang ke'obses'an 'orang ketiga' yang mengganggu kami berdua. Yang mengalami dahulu hal ini adalah aku. Masa ni aku dan encik CH masih belajar lagi di UMS. Aku seorang yang agak aktif dengan aktiviti universiti. Encik CH tak berapa sangat. Cuma bila ada yang beliau berminat nak join je yang beliau akan join. Itu pun jenuh aku pujuk. Tapi untuk aktiviti yang satu ni beliau tak berminat nak join sebab kena hadir intebiu dulu. Aku memang nak sangat join sebab aku tak merasa Minggu Suai Mesra masa fisrt year sebab aku daftar lewat seminggu disebabkan ada sedikit masalah. Nanti aku cerita kisah aku nak sambung belajar ni.


Aku berjaya dalam intebiu tersebut dan dapat lah aku jadi Pebimbing Suai Mesra untuk Minggu Suai Mesra pelajar2 baru UMS untuk sesi pengajian tahun 2007/2008. Sebelum tu kami yang telah berjaya ni kena kursus dulu la. Sebelum me'raging' junior kami la yang kena 'raging' dulu. Masa ni lah aku kenal dengan 'lelaki itu'. Beliau satu group dengan aku. Uuii. Beliau ni memang terang2 menunjukkan beliau syok kat aku. Sampai satu group tahu. Huk3.


Masalahnye aku dah bagitahu kat beliau terus terang yang aku dah berpunya. Tapi beliau tak heran langsung. Tetap tak putus asa. Dan sampai sekarang beliau masih lagi berusaha. Baru-baru ni siap propose ajak aku kahwin dengan beliau. Takut aku weh! Dan hal beliau ni aku cerita semuanya pada encik CH. Encik CH memang tahu kegilaan beliau ini sebab beliau siap nak jumpa dengan encik CH lagi konon2 nak berbincang 'lelaki dengan lelaki'. Ohoi! Beliau memang 'gila' yang amat. Tapi encik CH takmau layan pun.






Itu kisah aku. Ini kisah encik CH pula. Kisah ni berlaku selepas kami habes belajar. Encik CH join GEMS untuk graduan2 yang masih 'menanam anggur' tahun 2009 yang lalu di Terengganu. Masa inilah beliau kenal dengan 'gadis' itu. Mereka satu group. Macam kes aku, gadis ini terang2 menunjukkan ke'obses'an dia pada encik CH. Encik CH setiap hari mengadu pada aku yang beliau rimas dengan gadis ini yang suka mengendeng2 nak bermanja2 kat beliau. Ohoi! Menyirap aku bila dapat tahu sebab aku dengan encik CH kan jauh. Wuuu.


Tapi aku tahu encik CH memang takkan layan gadis tu. Lagipun gadis tu dah tahu encik CH dah ada aku. Encik CH dah bagitahu kat satu group beliau sebab aku selalu nyebok calling2 dan mesej2 beliau masa beliau tengah buat group meeting. Muahaha. Tapi gadis ini macam 'lelaki itu' jugak, masih tak berputus asa. Sampai sekarang ni aku rasa. Dan kalau korang nak tahu, gadis ni add aku jadi friend dia kat FB. Aku yang tak fikir apa2 masa tu accept je sebab tengok mutual friend aku dan dia ramai.


Bila dah accept, aku baca la info dia. Terus tersentap hati sebab terang2 dia tulis pasal encik CH kat info dia. Masa ni aku dah tak ingat dah pasal 'gadis' yang encik CH cerita tu. Memang dah terlupa sebab malas nak amik tahu. Terus aku p serang encik CH ingatkan beliau tipu aku dan ada girl lain. Mentang2 la jauh. Hahaha. Encik CH blur2 apa yang aku merepek2 mesej beliau. Lastly bila aku sebut nama gadis itu, encik CH kata itu budak GEMS dia. Bila aku fikir2 balik baru aku teringat tentang hal gadis yang kacau encik CH tu. Memang dialah. Orang yang sama. Boleh pulak aku terlupa nama dia walaupun encik CH dah bagitahu dulu. Kui3.






Hah! Itulah masalah yang melanda aku dan encik CH. Sampai sekarang mereka berdua tak putus asa. Bila aku fikir2 kan, ngam jugak kalau padankan 'gadis' dan 'lelaki' ni berdua kan? Takde la depa kacau aku dan encik CH dah. Hahaha. Idea merepek! Tapi itulah cabaran yang kami hadapi dalam hubungan kami. Payah jugak nak handle kes 'orang ketiga' ni. Kalau silap langkah memang boleh bawak bergaduh la.


Sebab tu la kita kena jujur dengan pasangan kita. Jangan tipu2. Bahaya oh! Kena berterus terang walaupun benda itu sesuatu yang menyakitkan. Untuk memastikan hubungan berkekalan dan tiada berlaku perselisihan faham, memang kena berterus terang dan jujur. Biasa la tu. Adat bercinta pasti ada masalah. Cuma macam mana kita nak handle kena la pandai2.


Aku dan encik CH selalu berterus terang dan jujur antara satu sama lain. Sebab tu kami dapat hadapi masalah ni secara baik. Alhamdulillah. Allah masih melindungi hubungan cinta kami ni walaupun kami berjauhan. Tambah2 dah merancang untuk masa depan ni lagi la banyak cabaran. Memang kena "KUAT". Sebab lagi banyak dugaan.


Bagaimana nak atasi kekacauan yang ditimbulkan oleh 'orang ketiga' ni? Senang je jawapannye. Jangan layan dan buat tak tahu. Lagi dilayan nanti lagi menjadi-jadi. Kalau tak percaya cuba la layan tengok apa yang mereka mampu buat. Jangan salahkan aku pulak kalau disebabkan layanan korang, mereka lagi mengganas dan tidak mustahil hubungan korang dan pasangan boleh retak. Hati-hati! Mereka ni mampu buat apa saja untuk dapatkan apa yang mereka mahu. Tambah2 kerana terlalu obses. Orang yang OBSES ni bahaya tau!


Bisik2 :: Jangan jadi 'orang ketiga' sebab diri sendiri yang akan merana kerana cinta yang diharapkan tidak kesampaian.

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. kawan baek l0lly sendiri mnjadi 0rg ketiga, 0rg nasihat tak menjadi. ehek..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan