Pak Cenohom - Watak baru dalam Hikayat Merong Mahawangsa

Seperti biasa, hari Rabu merupakan hari menonton filem di pawagam. Maklum la hari Rabu kan tiket wayang kat GSC murah. Huahuahua. Maka petang tadi lepas habis waktu kerja, aku dengan officemate, cik Enny bercadang nak pergi tengok wayang cerita Hikayat Merong Mahawangsa

Awal-awal pagi tu dah reserved 2 tiket dulu beli online sebab takut takde tiket. Semangat kemain. Maklum le, orang cakap movie tu tengah hangat di pawagam. Kami pun taknak la terlepas peluang menyaksikan 'kehebatan' movie tu. Nak jugak jadi penyumbang kepada 'juta-juta' yang bakal dimiliki KRU Production. Kan?

Rating Untuk Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Overall bagi pendapat aku, movie tu boleh tahan la. Dari 10 boleh bagi 7 kot. Malas nak review sebab dah ramai yang review kan? Baca review dari Mr. K kalau nak tahu. Sebab aku agak setuju dengan sesetengah point yang ditulis. Jadi aku cuma bagi pandangan sikit-sikit je la ek. 

Plot cerita agak menarik tapi ada jugak la 'kecacatan' sikit-sikit. Biasa la tu kan. Apa-apa pun, KRU Production dah buat yang terbaik. Semoga filem-filem keluaran dorang yang akan datang akan lebih gempak kebabom.

Insiden Lucu Masa Tonton Filem

Sebenarnya nak cerita satu menda lawak kat korang ni. Aku sampai keras perut la tahan gelak dalam pawagam tadi. Karang tetiba aku sorang je gelak orang pelik pulak kan. Tengah layan cerita aksi dok berlawan-lawan pedang, tetiba terdengar aku gelak. Pastu kat part yang takde lawak pun. Masa tu Merong dok berbicara hati ke hati dengan Pak Kesum. Hahaha. 

Ini lah situasi yang berlaku dalam pawagam tadi antara aku dengan Enny.

Aku :: Dok kesum2 si Merong ni. (Masa ni Merong dok panggil2 Pak Kesum)

Enny :: Cenohom. (Bisik kat aku)

Aku :: Apa dia? (Aku tak berapa nak dengar sangat sebab sound kuat)

Enny :: Cenohom. Daun Cenohom. Kesum kan cenohom.

Aku :: Hahaha. Pak Kesum. Pak Cenohom. Hahahaha. (terpaksa cover gelak)

Sampai habis filem aku tahan gelak weh! Keluar je dari pawagam on the way nak ke parking motor, aku tibai gelak tak henti-henti. Ni payah jadi spesis mudah terhibur. Gelak sampai nak bercakap pun tak terkeluar suara. Asyik nak tergelak. Dah la gelak style kuat tak hengat. Lantak. Orang tengok pun aku dah tak peduli dah. Sakit gila perut tahan gelak! Hahaha. Sengal je Enny ni. Aku pun tak terfikir. Memang la rasa familiar je dengan perkataan kesum tu tadi. Tapi tak teringat lak pasal daun kesum. Ahaha.


*Ni la daun kesum a.k.a daun cenohom*

Daun Kesum a.k.a Daun Cenohom

Oh! Sebenarnya daun kesum ni kita guna dalam masakan macam dalam asam pedas dan kuah laksa. Tu ha rupa daunnya aku tempek gambar ihsan dari abang G. Kalau korang nak tahu, orang utara panggil daun kesum ni daun cenohom. Hehe. 

MENARIK UNTUK DIBACA

Lawak tau bila Enny sebut tadi tu. Mahu tak keras perut aku gelak. On the way balik tadi pun aku dok terkekek-kekek gelak sensorang atas moto. Mesti orang ingat aku sewel. "Sewel agaknye minah ni dok bawak moto tapi gelak sorang-sorang." Kui3.

Lantak la apa orang nak cakap. Ni time dok taip entry ni pun aku dok tergelak sorang-sorang aku tau tak? Hahaha. Hadoi la. Enny..Enny. Dalam dok jiwa kacau pun sempat lagi tu buat lawak. Tapi style jugak kan nama Pak Cenohom tu. ;p


Bisik-bisik :: Rabu minggu depan nak layan movie 'Big Momma' la pulak. Huehuehue.

20 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Aku rasa nama Pak Kesum tu agak feminin la, sesuai untuk Mak Kesum ngan Nek Kesum je.

    BalasPadam
  2. br th daun kesum tue cenohom

    BalasPadam
  3. hu? gb org kedah ni tak tau pun daun kesum ni nama lain dia cenohom...hu~

    BalasPadam
  4. lahhh sama rupanya haha

    BalasPadam
  5. park air::

    a'ah kan weh..feminin gila..aku baru perasan..ahahaha..

    BalasPadam
  6. wath::

    hee..a'ah..org utara panggil daun kesum tu cenohom..org area selatan panggil daun kesum..

    BalasPadam
  7. zura::

    kesum dgn cenohom tu daun yang sama kak..hehe..

    BalasPadam
  8. gadis bunga::

    uik?biaq betoi GB tak tau?cer try tanya kat mak GB..

    BalasPadam
  9. naz::

    a'ah..sama la..ahaha..takde bezanye..nama je lain2..^_^

    BalasPadam
  10. laaaaa ko ke??
    ko minah yg dok gelak sorg2 atas moto tadi???
    ko ke??
    oh man! aku kata member aku sewel
    sory wei :p

    ENTRY HOT : Hari Ini Dalam Sejarah

    BalasPadam
  11. cenohom? tak pernah dengar plak.

    nk tgk merong mahawangsa tapi taktau bila. huhu

    BalasPadam
  12. nora::

    ceisss!sampai hati ko noa kata aku sewel..camni aa member..;p

    BalasPadam
  13. alexandriana Alia::

    a'a..org utara je panggil gitu..org johor panggil daun kesum..^_^

    tak tengok lagi eh? try la p tengok..pstu nnt sara review eh..nk baca review dr sara pulak..

    BalasPadam
  14. hahaha! baru pasan name pak kesum tu macam name daun lepas bace entry sha! hahaha.lawak

    BalasPadam
  15. kalau buat laksa tak bubuh daun kesum memang tak jadik..terkurang satu bahan.

    bes erk citer tuh dik,banyak tgk blogger cakap best.citer pasal dahulu kala patutlah pak kesum bantainyer..dolukan namer pelik2 sikit..mesra alam katernyer..huhu..

    big momma mesti best tak hengat..:)

    BalasPadam
  16. banyak belit dar betul certa dia orang ubah ni

    BalasPadam
  17. cik nathrah::

    ahahaha..tu la..sha masa tengok tu tak perasan lagi..pas member cakap pasal daun cenohom tu baru perasan..tu yg geli hati sgt tu..kui3..

    BalasPadam
  18. che namnam::

    a'a kak..kalau dalam kuah laksa takde daun kesum memang tak kick dah rasa kuah die kan..

    erm..nak kata best sangt tu tak la kot..tapi boleh la layan..cerita aksi kan..hehe..

    tu la ek..nama orang dulu2 pelik2 betul..ade tu nama die kemawas dalam cerita tu..memang macam mawas..ganas nak mampos..kui3..

    saye tak sabar nak tgk big momma..yeay!

    BalasPadam
  19. brutal solo::

    biasa la tu geng..nama pun filem kan..aku ni tak berapa amik tahu sangt pasal sejarah dulu2..aku layankan je cerita tu..huhu..

    BalasPadam
  20. dah tgk citer neh, boleh lah tahan bestnyer :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan