Malang memang takda bau!

Assalamualaikum!




Korang pernah ada pengalaman tak terlibat dalam kemalangan? Tak kesah la dengan kereta atau motor. Pernah? Sejujurnya aku pernah terlibat. Dengan moto pernah dengan kereta pun pernah. Pasal aku eksiden moto korang boleh baca kat entri ini. Nanti kat bawah ni aku cerita pengalaman ngeri aku hampir eksiden kereta pulak. Alhamdulillah Allah masih panjangkan lagi umur aku. Maka masih bernyawa la aku lagi sehingga ke hari ini. Kalau tak, belog busuk ni tak wujud la agaknye kan?



Hari Rabu yang lalu, aku dapat berita yang mengejutkan dari ex-housemate aku. Dia tulis kat belog dia. Ada kemalangan ngeri berlaku betul-betul kat simpang masuk ke kampus kami belajar dulu. Dan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah kawan dia sendiri. Pemandu terselamat tapi penumpang di sebelah meninggal. Innalillah. Terkejut gila aku. Sepanjang aku belajar kat sana dulu, tak pernah ada lagi pelajar eksiden sampai maut. Setakat eksiden dan cedera tu ada la.



*Kereta remuk teruk!*




Bagi yang tak tahu, aku dulu belajar di UMS. Tapi school aku di kampus cawangan Labuan. Buat pengetahuan korang, area kampus kami ni sangat jarang ada kenderaan berat yang lalu lalang sebab kampus terletak di hujung pulau. Motor dan kereta tu biasa la. Cuma kadang-kadang bila waktu petang ada la lori yang lalu kat situ nak pergi ke loji petronas. Dan kemalangan yang berlaku baru-baru ni melibatkan kereta yang disewa pelajar dengan lori yang lalu area tu.



Kereta remuk sangat teruk di bahagian co-driver. Mungkin sebab tu budak tu meninggal. Kata lecturer aku, budak yang drive tu teragak-agak nak masuk simpang walaupun dia tahu kat depan ada lori yang sangat laju sedang datang. Tapi lastly dia masuk jugak dan akhirnya berlaku la kemalangan tu. Mungkin lori tu tak sempat nak break. Hmm. Sedih dengar. Tak tahu nak salahkan siapa. Mesti budak yang masih hidup tu trauma kan?



*Huuu..ada darah. Trauma!*



Bila dapat tahu berita ni, otomatik aku teringat tentang eksiden yang pernah aku dan besties aku alami. Berlaku di Labuan juga. Masa tu malam, kami berlima on the way balik ke kampus lepas keluar makan. Aku yang drive. Yes! Aku akui memang salah aku. Entah apa aku fikir masa tu, aku drive tanpa perasaan. Tiba-tiba ada something warna putih melintas dan aku hilang kawalan sebab terkejut. Aku tak perasan menatang apa. Tapi kawan aku cakap kucing. Entah la. Wallahualam. Memang aku tak perasan.



Sampai hari ni aku masih terbayang-bayang lagi saat cemas masa tu. Kereta berpusing-pusing sebab aku dah tak boleh nak kontrol. Betul-betul hilang kawalan. Masa tu aku dah tak fikir apa-apa dah. Spontan aku matikan enjin kereta dan tekan break dan clutch sungguh-sungguh. Kereta berpusing atas jalan raya sampai terbabas kat tepi jalan. Mujur la tak bergolek-golek dan kebetulan jalan memang lengang takda kenderaan langsung. Kalau tak, entah apa la jadi kat kami semua masa tu. T_T



Aku betul-betul rasa bersalah kat kawan-kawan aku. Sampai saat ni. Masa kejadian tu, aku hanya mampu berdoa kalau jadi apa-apa pun semoga kawan-kawan aku selamat. Aku mati takpa tapi jangan dorang. Memang tu je yang aku terfikir masa tu. Nyawa kawan-kawan aku. Serius trauma kalau teringat peristiwa tu. Ingatkan aku sorang je yang terkenang-kenang. Rupanya 2 orang besties aku (Hanum dan Alin) pun sama teringat jugak bila dapat tahu tentang junior kitaorang yang eksiden tempoh hari. Terus shout kat wall pesbuk aku.



*Mereka lah yang ada bersama dengan aku (baju pink) masa kejadian itu.T_T*



Wuu. Maaf sayang2ku. Mujur Allah selamatkan kita kan? Itu tandanya Dia masih sayangkan kita dan mahu kita terus hidup di bumi ciptaan Dia. Untuk meneruskan kehidupan dan terus beramal supaya dapat mengurangkan dosa-dosa yang pernah kita buat. Aku bersyukur sangat sebab Allah masih sudi meminjamkan aku nyawa walaupun dah 2 kali terlibat dengan kemalangan. Alhamdulillah. Misal kata la nyawa aku diambil masa aku eksiden tu, dah jadi duda la encik CH kan? Mesti dia dah kahwin dengan pompuan lain. Huehuehue. Sempat lagi tu loyar burok!



Hmm. Semoga kejadian tu terus mengingatkan aku supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya. Korang pun bila memandu tu berhati-hati la ek. Jangan nak jadi samseng sangat. Pastu jangan la leka ketika memandu. Sila fokus! Hargailah nyawa anda. Malang tu memang takda bau. Semoga roh arwah budak yang meninggal akibat kemalangan tempoh hari dirahmati Allah. Semoga keluarga beliau tabah menerima perkhabaran sedih itu.



Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Cuma bagaimana cara nyawa kita diambil semula saje yang kita tidak tahu. Semoga kita mati dalam keadaan yang baik dan sempat mengucap 2 kalimah syahadah. Dan semoga sebelum maut menjemput, amal kita sudah cukup untuk bekalan di 'alam' sana. Mudah-mudahan.



Bisik2 :: Aku trauma bila tengok eksiden. Tak boleh tengok darah banyak. Nak pengsan!

6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. nasib baik umur panjang lg sha...ish...akak pun pnah nyaris2 je...tp itupun trauma jugak...

    BalasPadam
  2. ksha..masuk news ni.

    http://www.dailymail.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=6915%3Apelajar-umskal-mati-dalam-satu-kemalangan-ngeri&catid=41%3Ageneral&Itemid=50

    BalasPadam
  3. dulu study kat labuan jugak.. matrik.. tapi salu gak lepak kat UMS tu.. memang jarang sangat la ada kereta berat2 lalu kat situ... huhuhu..... baru last week eksiden.. tapi mujurlah tak teruk pun...

    BalasPadam
  4. lepas ni bawak kete leklok. baca doa jangan lupa.

    BalasPadam
  5. makin takut aku nak bawa keta T_T

    BalasPadam
  6. sama la kita takut tengok darah...

    terus rasa nak pitam

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan