Makin TUA Makin LIAT

Assalamualaikum. Hai!




Apa dia la yang 'makin tua makin liat' tu? Agak-agak korang apa yang aku cuba sampaikan ni? Sebenarnye nak cakap pasal SOLAT. Siapa kat sini yang rasa dia makin dah menginjak umur ni makin liat nak solat? Baik mengaku cepat! Tak baik tipu tau. Aku secara jujurnya mengaku aku pun dah mula ade penyakit liat nih. Huhu. Bukan la liat langsung tak solat. Tak tak! Maksud liat kat sini makin suka melengah-lengahkan solat.




Seingat aku la, masa aku masih muda belia tengah sekolah dan belajar kat U dulu aku takde la liat sangat sampai nak lengahkan waktu solat. On time masuk waktu terus solat. Bila dah kerja ni la yang makin kerap lewatkan solat. Sejak kebelakangan ni. Kengkonon busy dengan kerja. Dulu masa mula-mula kerja takde pulak. Huk3. Padahal nak solat tu amik masa 5-6 minit je. Kerap la sangat aku solat Zohor dah pukul 3 lebih nak dekat pukul 4. Kalau Asar pulak konon nak solat kat rumah padahal sampai rumah dah 6 lebih. Sangat lewat! -_-"






Sebenarnye, bila aku lewat-lewatkan solat tu aku mesti jadi tak keruan. Macam ada something missing dan ada je yang serba serbi tak kena. Kadang-kadang bile tengah rempit moto balik kerja masa tu belum solat Asar mesti terfikir, "Kalaulah aku ter'eksiden' time nih, mati katak la aku. Dah la berdosa sebab tak solat lagi!" Betul weh! Selalu jugak terfikir macam tu. Agaknya itu lah kesan sebab melewatkan solat. Huru hara dalam diri.




Apa la nak jadi dengan aku nih?! Bukan nye tak sedar diri. Tahu yang tebiat ni sangat teruk. Waktu solat tak jaga. Suka sangat lengah-lengahkan. Wuu. Sekarang ni sedang mencuba untuk jadi seperti dulu. Solat on time. Takde la sengaja nak lewat-lewatkan lagi. InsyaAllah. Semoga kekal dan jadi macam dulu kembali. Amin.




Korang pun jagalah solat eh. Jangan suka lengah-lengahkan. Alasan busy kerja ke, busy ngadap pesbuk ke, busy hupdet belog ke, apa2 je la alasan. Semua alasan tu tak boleh pakai! Buang ketepi. Solat bukan amik masa lama pun. 5-6 minit je. Sekejap sangat. Meh sama-sama kita muhasabah diri. Ini adalah peringatan untuk diri aku sebenarnya. Supaya aku tak terus lalai.



Bisik2:: JAGALAH SOLAT, insyaAllah diri pun sentiasa terpelihara dari sebarang hal yang memudaratkan dengan izin Allah.

17 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. tapikan....sama la kte~~hehe risau gak kot tak sempat solat, Allah swt dh amik nyawa!!huhu

    BalasPadam
  2. ok ok aku try buang alasan yg tak leh pakai tu ketepi, emmm kebelakang leh tak??


    ENTRY HOT : Beku

    BalasPadam
  3. skrg sukar nak solat secara kusyuk..kejap seorang ni jerit sorang ni nangis..huuhu

    BalasPadam
  4. itu la..
    makin dah besar ni..
    makin liat je nak solat..
    harap2 dipermudahkan segalanya..

    BalasPadam
  5. sungguhhhh. skng ni sllau lewat2 kan solat. hooooooooooooo geram btul dgn diri sndiri

    BalasPadam
  6. ingatkan liat pasal sunat hahaha. saya juga dalam keadaan kritikal tentang solat. harap boleh di baik pulih :)

    BalasPadam
  7. cik blog::

    rasanya ramai kot yg sepesyen dgn kite mar..uhuhu..tu la..sekali Allah amik nyawa takdan nak solat padahal pergi berjimba2 men internet semua ada je masa..uhuhu..T_T

    BalasPadam
  8. nora::

    kebelakang??tak boleh!!ko ketepi ke, kebelakang ke, kedepan ke, tak boleh langsung ok!

    kejam tak aku?wahahaha..

    BalasPadam
  9. @shahjiehan::

    betul! jadi pelihara lah solat anda..huhu..


    p/s: boleh je kalau nak..bagi detail eh..pastu kena cas la..RM3 je..ehehe..

    BalasPadam
  10. kak syahadah::

    sian kat akak..ade anak2 ni macam2 ragam gak eh kak..uhuhu..

    BalasPadam
  11. mie::

    amin..semoga dipermudahkan..uhuhu..takut jugak mati tetibe padahal solat tak tunaikan lagi..uu..takot!

    BalasPadam
  12. eiela::

    baguslah..alhamdulillah..kekalkan eh..^_^

    BalasPadam
  13. hamzah ian::

    bagus insaf sekarang..jangan tak insaf langsung..uhuhu..

    BalasPadam
  14. miss lolly::

    geram geram geram..jom kite belasah diri sendiri..nak?

    BalasPadam
  15. naz::

    hoh?liat pasal sunat??ahaha..sengal je naz nih..

    insyaAllah..semoga kite berjaya baik pulih solat kita..amin..

    BalasPadam
  16. Penyakit yang sama melanda aku sekarang...tapi aku cuba ubahkannya...kadang kala tak perasan masa berlalu begitu cepat..solat pun kadang kala hujung2 waktu jer..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan