Family KBU Gathering sambil BERAMAL!

Assalamualaikum. Hai!




Walaupun dah beberapa hari berlalu, tapi aku nak update jugak. Tak kira! Hoho. Biasa la aku kan selow molo sikit. Cerita dah basi baru terhegeh-hegeh nak update. Takpe. Biar lambat asalkan entri gempak. Masalahnye gempak sangat ke entri kau cik sha oi?! Macam la ada orang nak baca. Dah la suka membebel tak hengat dunia.


~Cantik gila view kat Tanjung Asam Teluk Kumbar nih!~


26 Mac yang lalu, aku join gathering 'Kami Blogger Utara' yang pertama kali diadakan di Tanjung Asam Teluk Kumbar Pulau Pinang. Eh? Apsal skema semacam je ayat aku ni? Ah, lantaklah! Sambung balik. Err..first time kot aku join gathering2 blogger ni. Saje nak merasa ape feeling die berjumpa dan berkumpul beramai2 dengan orang yang aku hanya kenal di alam maya je. Ada la 2-3 kerat je yang aku kenal pon. Yang lain langsung aku tak kenal. Kui3. Hentam je pergi main redah.




Sebenarnye aku decide nak join tu pun last minute. Lagi 2 hari kot. Hari Khamis inform kat Anyss@Cik GKSB, hari Jumaat jumpa dia bayar duit gath dan amik t-shirt KBU. Tiba hari yang dinantikan, gila semangat nak pergi kot sebab aku dah janji nak sponsor Kad Ahli KBU. Takkan aku tak pergi kan? Lagipun kesian kat depa yang dah aku buatkan kad. Aku ni tak reti nak mungkir janji. Dah janji tu konfom aku akan tunaikan. Walaupun mungkin la lambat ke apa kan. Tapi janji tetap janji. Sedaya aku akan cuba laksanakan.




Bangun pagi2 mak kejut solat Subuh, tengok2 hujan kat luar. Dah hilang sikit keterujaan aku. Berdoa dan berharap semoga hujan berhenti sebelum pukul 10. Tapi hampa. Hujan tetap turun mencurah2. Takde langsung tanda nak berhenti. Uhuhu. Dah berbelah bahagi nak pergi ke tak. Last2 decide nak pergi jugak. Dengan semangat waja aku redah hujan dengan merempit dari rumah sampai kat USM tempat berkumpul.


~Rombongan Meminang..Eh? Rombongan Konvoi family KBU la!~




Sampai je kat USM hati dah berdebar2 tengok kereta banyak gile weh! Malu pun ade. Dada tu toksah habaq la dok dupdap dupdap nebes. Tapi aku control macho la. Kata minah rempit. Ahaha. Memula memang aku nak ikut konvoi depa dengan moto je. Eksyen gile memula. Bajet HOT la merempit moto sampai tempat gath konon2. Lagipun aku memang nak balik awal sama sebab ade hal. Tu yang nak naik moto je taknak susahkan sape2.




Tapi memang terbaik la family KBU ni. Risau gamaknye aku rempit moto sensorang sampai sana. Dah le gadis lak tu. Dengan dok hujan lagi. Agak jauh la jugak tempat gath dari USM. Papa Khai kot yang suruh aku join konvoi tu naik mana2 kereta yang ada kekosongan. Uhuhu. Terharu gila! Mekaseh sebab concern keselamatan aku. Lastly aku pun parking moto kat opis dan tumpang naik kereta Hadi sekali dengan Pakcu Sofi dan Ija. Mekaseh kat Hadi sebab sudi tumpangkan aku.




Sayangnye sepanjang gath tu hujan turun tak berhenti2. Mujur ada khemah yang agak besar dekat kawasan berdekatan yang disewakan. Kami pun berteduh kat situ sepanjang gath. Sewa bayaq la weh. Takkan nak guna sesuka hati. Dah mintak izin dulu dah. Nasib baik la jugak ada rezeki dapat tempat berteduh. Hujan tu hujan rahmat gamaknye. Walaupun hujan, gathering tetap berlangsung dengan lancar.



~Antara Anak2 Yatim yang hadir~

Gathering turut diserikan dengan kehadiran anak2 yatim. Terbaik la KBU! Ber'gathering' sambil beramal. Hari tu aku jadi ceti kutip duit derma. Ditugaskan oleh Cik GKSB le. Ada bakat sebab badan beso kot. Bhahaha. Dapat kutip sejumlah RM220 hari tu. Pemurah betul family KBU ni kan? Ye la. Seronok2 jugak. Yang memerlukan tu kita kena la bantu. Seronok dapat pahala pun dapat. Betul tak?




Ok la. Malas nak cerita dah. Kalau ikut hati mahu panjang berjela2 cecah tanah entri aku kang. Meleleh ayaq liuq angpa nak baca kot. Moh layan gambar2 yang aku sempat ambik semasa gath berlangsung dan sebelum aku gerak balik jam 3 lebih dihantar oleh encik Nadh Zer Ee. Mekaseh sebab sudi hantaq ye sedara. Gambar lain p terjah kat pesbuk. Malas nak uplaod semua. Mekaseh. Hehehe.



~Tukang masak TERBAEK~





~Tukang balut Hamper yang comel2~





~Mangsa-mangsa kehujanan..macam pelarian pun ade..kui3~




~Dengan Ezmaliza yang comel!~




~Dengan Ija yang sweet!~





~Dengan 'budak tadika' a.k.a Yuyu Zulaikha yang kecik gilaaa rasa macam nak picit2. Nampaknye semakin membesar dengan sehat aku nih. Uhuhu.Lelaki kat sebelah Yuyu tu aku tak kenai. Maap!~




~Lastly dengan founder KBU- Cik Anyss a.k.a Cik GKSB~



Oh oh. Sebelum aku terlupa. Pada ahli KBU yang join gath hari tu tapi belum dapat kad cepat bagi info kat aku. Nanti aku siapkan dan pos kat korang. Jangan lupa sertakan alamat sekali ok! Ke angpa nak mai amik sendiri? Ohhh..jimat la aku punya duit kalau macam tu. Suka! Haha. Pada yang tak join gath hari tu kalau berminat dengan kad ahli KBU tu boleh la order kat aku. Contoh boleh tengok kat page KBU kat pesbuk eh. Aku ambik upah RM3 je sekali dengan postage. Kontek aku kat email: noor_shahada@yahoo.com. Tenkiu! ^_^



Bisik2:: Kita bertemu dengan izin ALLAH. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin diredhai Allah dan berkekalan hendaknye. Amin...

10 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. terbaik la km pon nebes gak time tu huhu ya la dah ramai+susah hati gak sb ujan wuwu nak2 kad boleh?nnti km ambik kat kak :)

    BalasPadam
  2. mesti bestkan...kakD tak sempat join..sibuk sikit...pasal kad ahli tu mcm nak jg..nanti kakD email ye...

    BalasPadam
  3. nanti ira email awk ye... nk order kad..hehehe

    BalasPadam
  4. waaaaa.... dah siap da entri kak shaaa....ezma baru nak buat...ekekeke... :D

    hmm...seperti yg diperkatakan, sgt rugi setelah sampai rumah baru tahu ini the real kak shaaa...OMG!! sgt segan and malu plus sedih xamik pic gune kamera ezmaaaa...uwaaaaaaaa..... :(((((

    haaaa...kan dah kene curik satu gambar nak letak kat entri jap gi...hehee... :P

    kak shaaaa, nanti next gath, insyaALLAH kite meet up lagi yeeee... :))))

    BalasPadam
  5. eh, haaaa....lupe2... asenye ezma dah emel kak sha utk kad keahlian...tp kad ezma xde pulak aritu...hehehe...erm, maybe emel xsampai kot kat kak shaaa..kalo xdpt bgtau ezma k :)

    BalasPadam
  6. aku nak ode kad ahli KBU tu 10ribu pcs, eh jap jap, sekali aku bukan ahli daa

    ok ar babai (majuk sbb bkn ahli)

    ENTRY HOT : 2+1

    BalasPadam
  7. thanks sha...

    sudi jadi ceti hehehe...

    xda la..thanks sudi join walaupun ada kekurangan hari tu...

    BalasPadam
  8. haih, rasa macam nak jeles
    pasal tak dapat pi

    BalasPadam
  9. memang best gathering ni...
    terbaik la..
    kalo tau, boleh join..
    hehehee

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan