Kenduri Doa Selamat atau Kenduri Tahlil?

Hari ni kita nak bincang pasal tajuk yang tertera di atas. Sebenarnya dah lama benda di dok berlegar-legar kat kepala otak aku ni. Jadi, aku nak share la dengan korang kan. Kot korang pun ada pendapat jugak. Boleh la kita bertukar-tukar pandangan. Teringat pasal ni balik sebab terfikir kata-kata mak besties aku masa aku pergi menziarah beliau dan baby kat rumah beliau tempoh hari.

Biasa la kalau sembang dengan orang-orang tua ni. Mesti la dia tanya bila aku pulak nak bernikah kan. Almaklum la, besties aku kan dah kahwin dan dah dapat seorang anak. Kawan nya yang pergi menziarah ni bila lagi. Huahuahua.

Terkedu aku masa tu bila ditanya soalan cepumas dari makcik. Jadi nya, aku layankan je la soalan makcik tu. Sembang punya sembang terkeluar la pasal kenduri-kenduri ni. Kata makcik, orang masjid taknak masuk rumah buat tahlil kalau ada pelamin dalam rumah. Sebabnya pelamin tu ikut budaya hindu. Aku diamkan je masa dengar makcik bercerita.



Doa Selamat atau Tahlil?

Jadi, persoalannye macam ni. Sesuai atau tidak masa kenduri meraikan pengantin baru dibuat kenduri tahlil? 

Pada pendapat aku, sangat la TIDAK SESUAI sebab tahlil adalah untuk disedekahkan pada mereka yang sudah meninggal dunia. Masa majlis akad nikah atau sanding ni bagi aku lebih sesuai dibuat kenduri doa selamat. Doa Selamat yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga yang bakal ditempuh oleh pasangan pengantin. Itu baru ngam!

Tapi itulah pasalnya. Aku pelik sikit dengan orang kat taman perumahan aku ni ha. Asal nak buat kenduri tunang ke, kenduri nikah ke, kenduri sanding ke, mesti nak buat sekali dengan tahlil. Tak kena langsung la bagi aku.

Pada firasat aku, lebih sesuai masa nak buat kenduri tersebut diiringi dengan doa selamat. Ye la. Kan ke itu majlis yang gembira untuk meraikan pengantin. Bukan majlis sedih berkabung atas kematian seseorang.

Pernah jugak menyuarakan pendapat aku ni pada mereka yang lebih veteran ni. Tapi faham-faham je la. Berlalu pergi begitu sahaja pendapat aku tu. Huuu.


Jadi, apa pulak pandangan korang? Rasa-rasanye, pandangan aku ni sama ke dengan pandangan korang eh? Ke korang ada hujah yang lebih kukuh untuk membantah pandangan aku ni? Sila la kongsi eh. Nak jugak tahu pandangan dari rakan blogger aku. Lain orang kan lain pandangan. Ok la. Nak pergi melantak nasi lomak jap. Pagi-pagi dah ternak lemak. Kui3.



Bisik-bisik :: Rumit jugak eh berbicara soal adat dengan agama ni. Hmmm.

7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. susah ckit hal2 hukum hakam ni..hehe

    BalasPadam
  2. cik ila::

    makcik tu cakap macam tu sebab die nak buat pelamin untuk kenduri anak die nanti (adik kepada besties cik sha). Tapi orang mesjid dah warning takmau masuk rumah untuk wat tahlil kalau depa nak buat jugak pelamin.

    Tapi cik sha setuju dengan cik ila..better buat doa selamat dan doakan jugak untuk yg takde..^_^

    BalasPadam
  3. qasehraihan::

    betul2..sangat susah..takut salah cakap nanti jatuh dosa pulak kan..huhu..T_T

    BalasPadam
  4. hiro::

    alhamdulillah..tapi amenda yang ko syukurkan ni hiro? konpius lak aku..@_@

    BalasPadam
  5. rose::

    mungkin jugak..tapi ada orang yang kuat agama cakap kat kakak saye, sebenarnye tak berapa sesuai majlis meraikan macam tu buat tahlil, lebih afdal buat doa selamat@kesyukuran..

    tapi tak tahu la kan..bergantung juga atas niat mereka la kan..betul tu, setiap majlis tu insyaAllah ada keberkatannya sendiri kalau betul niat kita..

    BalasPadam
  6. org skrg suke combine kan majlis...nk jimat..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan