Hinakah bergelar 'andartu' dan apakah penyebabnya?

Assalamualaikum!


Terlebih dahulu nak mintak maaf sangat2 sebab nak bincangkan topik macam yang tertera kat atas tu. Topik ini mungkin agak sensitip la sikit bagi sesetengah kaum perempuan ye. Maklum la kan, siapa la suka dirinya dilabel sebagai 'andartu', 'kertu' atau 'andulusia'. Tambah2 yang belum berkahwin lagi. Dah la belum kahwin pastu takde boipren pulak. Adoiii. Memang sakit hati la sangat2 kan bile orang sedap2 je nak label diri kita macam tu. Ye tak? Hina sangat ke? TAK! Jangan anggap macam tu ok.


Oh oh. Sebelum berbicara lebih lanjut meh kite selami dulu ape maksud terma-terma yang aku dah sebut tadi tu. Rasa nya semua orang tahu kot maksud2 nye. Tapi takpe la. Biar aku explain jugak. Bagi yang masih belum tahu, 'andartu' maksudnya anak dara tua dan 'andalusia' pulak maksudnya anak dara lanjut usia. Yang 'kertu' tak tahu pulak aku shortform dari ape. Agaknye 'kerepot tua' kot. Hiks. Memandai je aku ni kan? Tapi maksud ketiga-tiga ni adalah sama iaitu golongan perempuan yang usianya dah lanjut tapi masih lagi single-mingle atau belum berkahwin.


Apa perasaan bila dilabel macam tu? Marah? Suka? Rasa nak lempang laju2 je orang yang cakap macam tu? Ops ops. Rileks dulu. Lantak la dorang nak panggil ape pun. Yang penting muke still awet muda ok. Ala. Umur tu angka je beb! Kalau pandai jaga penampilan dan kesihatan, korang still nampak muda tau. Kadang2 lebih nampak 'remaja' dari gadis2 remaja. Tak percaya? Tu tengok Nasha Aziz tu. Maintain lawa je weh walaupun umur dah nak masuk 40-an dan masih belum kahwin. Elly Mazlien pun! Ohh..dia sangat comel tau walaupun dah 30-an.



Ok. Meh kite tengok kenapa ramainya perempuan yang tergolong dalam golongan ini. Kenapa mereka tak nak ada boipren? Kenapa masih belum berkahwin? Ini adalah antara sebab-sebab yang aku dah kenalpasti hasil daripada pemerhatian dan pembacaan aku. Sekadar nak berkongsi je la dengan korang.




#1 : Kecewa Dalam Percintaan
Ini mungkin salah satu faktor utama penyebab perempuan2 ni sanggup bergelar 'andartu'. Dah serik untuk bercinta lagi sebab dah hilang kepercayaan pada lelaki. Bagi mereka, lelaki semua sama je dan tak boleh dipercayai. Mungkin sebab tu mereka taknak dah terlibat dalam percintaan dan kalau boleh takmau kahwin. Takut dikecewakan.




#2 : Fobia Dengan Perkahwinan
Yang ini mungkin kerana pernah mengalami sejarah hitam dalam keluarga tentang alam perkahwinan. Maksud aku, ibu bapa pernah bercerai atau ibu bapa selalu bergaduh depan mereka dan nampak ibu selalu kena pukul. Jadi itu dijadikan penyebab mereka takut untuk menempuh alam perkahwinan. Atau mungkin juga sebab selalu berhadapan dengan masalah2 perkahwinan yang dirujuk di pejabat agama dan mahkamah syariah. Yang ni bagi yang bekerja sebagai kaunselor atau peguam syariah. *Betul tau! Kakak kepada kawan kakak aku yang cakap ni sebab die peguam syariah dan die takmau kahwin sebab ni.




#3 : Komited Dengan Kerjaya atau Pelajaran
Terlalu komited dengan kerjaya sampai takda masa untuk diri sendiri dan mencari pasangan hidup. Asyik ingat kerja kerja kerja. Pastu bagi yang gile belajar pulak, selagi tak dapat PhD takmo kawen. Perlu beri sepenuh komitmen terhadap pelajaran. Mak ai! Gile study betul.




#4 : Kerja Hebat dan Berpelajaran Tinggi
Ada jugak sebab ni tau. Memandangkan perempuan2 ni kerja nye hebat2 dan berpelajaran tinggi, maka lelaki2 pun takot nak dekat. Kang kena pandang lekeh lak katanya. Jadi membujang le perempuan2 itu.




#5 : Terlalu Memilih
Ermm..yang ni salah perempuan tu sendiri la kot. Nak memilih sangat2. Nak yang kaye, yang encem, yang macho, yang macam2 lagi la ciri yang hebat2. Tak sedar yang diri tu sendiri biase2 je tapi terlampau high taste and demand.




#6 : Jodoh Belum Sampai
Tak tahu la betul ke idak. Mungkin alasan sebab mereka tak bersedia lagi. Mungkin juga Allah nak menguji mereka. Yang aku pasti, setiap manusia ada jodohnya dan telah ditetapkan pasangan masing2. Hanya perlu berusaha untuk mencari jodoh tersebut. Tapi yang ni semua kan kerja Allah. Hanya DIA saja yang tahu apa yang terbaik buat hamba2Nya.




#7 : Komitmen Pada Keluarga
Yang ini mungkin bagi perempuan2 yang terlalu mementingkan keluarganya. Mahu menyara keluarga terlebih dahulu sehingga berada pada tahap yang cukup selesa. Lepas tu baru mereka memikirkan tentang diri dan masa depan mereka. Tanpa disedari masa tu umur mereka dah capai tahap berusia.



Setakat yang ni je la yang aku dapat kongsikan. 7 sebab utama ni la yang aku nampak pun. Soal jodoh ni rahsia Allah. Semuanya sudah diaturkan. Hanya DIA saja yang tahu. Kita hanya mampu usahakan yang terbaik untuk dapatkan jodoh yang baik bagi diri kita. Berusahalah kerana setiap usaha itu pasti ada keuntungannya yang tersendiri. "Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu selagi orang itu tidak berusaha untuk mengubahnya sendiri."




Kenapa eh tetibe je aku bincangkan topik ni? Sebab aku pun tergolong dalam golongan ni ke? Oh oh! Takla kawan2. Aku masih muda remaja lagi tau! Tengok la rupe aku tu, macam bebudak sekolah je lagi kan? Agak2 korang berapa umur aku? Cuba teka! Wahaha. Tak payah la nak teka2. Umur aku dah doplohnam dan bakal menginjak ke doplohjuh bulan Merdeka nanti. Tapi aku tak kesah pun. Umur tu cuma angka je la. Aiseh. Nak pujuk diri sendiri tu. Wakaka.


Orang2 tua dulu cakap, kalau suka menyanyi dalam bilik mandi nanti jadi anak dara tua a.k.a andartu. Betul ke? Takde la. Bukan itu penyebabnye. Itu cuma teguran orang2 tua supaya anak2 dara ni tak melalak2 memekak dalam bilik air tu masa tengah mandi. Huduh je orang dengar. Kalau suara sedap tu takpe jugak tapi alahai idok le sedap didengo. Sebab tu kena tegur. Ada paham?


Cuma satu je la nak pesan kat sini. Mulut tu sila lah jangan celupar sangat sesuka hati nak menggelar perempuan2 yang dah berusia tapi masih belum bertemu jodoh, takde pakwe dan belum berkahwin dengan panggilan sebegitu. Mungkin secara luarannya nampak mereka macam tak kesah pun tapi mana tahu dalaman mereka terluka diberi gelaran sebegitu. Tak baik ok! Setiap peristiwa itu ada hikmahnya kenapa berlaku. Jangan pertikaikan aturan kerja Allah. DIA Maha Mengetahui segalanya.



Bisik2 :: Jangan hina mereka2 yang tergolong dalam golongan ini. Hormati hak privasi mereka.

27 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. jom kawin ngan gua.seyes nih.hehe

    BalasPadam
  2. imran nyambek::

    wahahaha..memain betul..

    BalasPadam
  3. memang sakit jiwa la klu jumpa org yg asyik tanye bila nk kawen, dh ade bf ke.. huhu.. sy senyum je klu org tanye camtu, tak pun ckp jodoh blum smp :D

    BalasPadam
  4. bila my makcik tya kwn2 dh ramai kwen..kamu tu bila??jwpan sy biar la dorang nk kawen..kawen la dulu..:P

    BalasPadam
  5. setuju dengan semua pendapat nie.
    mulut org ssh nk tutup.
    bukan nk bg semangat.
    tp pressure.

    ;-)

    claraemilycancer.blogspot.com

    BalasPadam
  6. hehe...org xalami mmg sedap berkata2 sha...xpe, setiap yg kite buat atau cakap ada balasannye kan...sebenarnya Allah dah sediakan yg terbaik tuk kite nie...

    oh ye...hadiah on the way..tunggu erk.. :D

    BalasPadam
  7. tak tahu la kenapa orang suka bising2 pasal ni..
    tak berada ditempat mereka.. bolehlah..

    BalasPadam
  8. cousin aku semua umur 25 kahwin terus. yang tak kahwin lagi tu mesti ada sebab mereka sendiri.

    BalasPadam
  9. jue::

    kan2?takpe..wat relaks je sudah..^_^

    BalasPadam
  10. stickynote::

    hehehe..kalau saye senyum je dah..malas nak menjawab..nanti lagi banyak kena dengar ceramah..kui3..

    BalasPadam
  11. clara emily cancer::

    mekaseh kerana bersetuju..^_^

    biasa la mulut manusia..so buat bodo je..bukan efek ape2 pun dalam kehidupan kite kan??^_^

    BalasPadam
  12. zura::

    betul tu kak! saye setuju sangat..Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kite kan kak?

    heeee..yeay!tak sabar nye nak tunggu..

    BalasPadam
  13. cikgu isza::

    tu la pasal kak..dorang tu tahu bising2 je..patutnye kena la memahami kan..mesti ada sebabnye..takkan la saje2 takmau kawen..

    BalasPadam
  14. PKH::

    25 tu standard kebanyakan orang pompuan kawen..tapi bile umo dah lebih sket mesti ade la yg ngata kat belakang..tak laku la..jadi andartu la..sebab tu tak kawen..tak baik kan? bagi saye, sekarang ni normal la pompuan kawen lewat..

    BalasPadam
  15. sensitif bagi mereka yg berada dlm golongan tu bila gelaran tu di sebut.. Jodoh memang Rahsia Allah.. Cuma kita perlu cari.

    BalasPadam
  16. jodoh membuktikan manusia tidak bodoh :) percaya pada tuhan.

    BalasPadam
  17. dasyat giler gmbr ko letak tu.. haha.. :D

    BalasPadam
  18. setiap yang hidup tu dijadikan berpasangan.. cuma cepat atau lambat je sesuatu perkahwinan tu.. kalu mampu dan bersedia, boleh kahwin ar..uii sapa tanak kahwin.semua orang nak kahwin hehehe

    BalasPadam
  19. "Dah la belum kahwin pastu takde boipren pulak. Adoiii." kahkahkah aku laa tu. ;p

    kat opis slalu ja aku kna ayat ni 'apa la dah tua tak kawen lagi.tak laku kot' aigooo sabor je la..

    BalasPadam
  20. the lekat lekit story::

    memang sensitip..tapi org yg cakap tu bukan pikir pun perasaan org yg berada dalam golongan ni..sian kan?

    BalasPadam
  21. naz::

    betol tu! aku setuju sangat..

    BalasPadam
  22. heidi shafiq::

    wahaha..aku curik kat google je tuh..style kan??sape kata dah tua tak bleh kawen lagi?kui3..

    BalasPadam
  23. fitrihadi.com::

    keh3..betul2!sape taknak kawen kan?sunnah Nabi tuh..^_^

    BalasPadam
  24. jo qusary::

    tapi itulah hakikatnya..setiap makhluk Allah dijadikan berpasangan..lelaki dan wanita..mungkin jodoh buat ahli keluarga ko ada kat 'alam' sana tu..tiba hari tu nanti pasti berjumpa jugak..^_^

    BalasPadam
  25. hanum bucuk::

    sapa yang sindir bespren aku nih? mulut takdo insurans betul! meh aku lesing dia!!hahaha...


    wat rileks sudah..bukan depa yg bg ang makan pun..dok sedap nk ngata orang ja..debik baru tahu! haha..teremo plak aku..;p

    BalasPadam
  26. pilihan #1 dan #6 di atas,mmg frust di kecewakan + xde jodoh..mybe daku kurang menawan utk dijadikan isteri agaknya..lgpun lelaki umur 30an,40an,malah 50an pun sibuk cari anak dara(kanak2s)..so,sy yg wanita's ni xde yg nak pun..kesian kan!

    BalasPadam
  27. aen::

    jangan cakap takde jodoh..setiap manusia dijadikan berpasangan..mungkin aen masih belum jumpa lagi jodoh aen..kalau tak jumpa kat dunia ni, mungkin jodoh aen tunggu aen kat alam sana..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan