Kenapa kita suka MENGUNGKIT pada ibu bapa?

Sebagai anak, patutkah kita mengungkit bila kita perlu mengeluarkan sedikit duit belanja untuk menyara ibu@bapa kita? Aku rasa perkara ni sangat la tidak harus berlaku. Apa la sangat kan kalau kita membelanjakan sedikit hasil duit gaji kita untuk parents. Aku rasa tak luak pun. Lupakah kita pada jasa dan penat lelah mereka masa kita kecil2 dulu. Mencari rezeki untuk besarkan kita, beri kita makan dan pakai, hantar ke sekolah dan beli apa saja yang kita mahu.


Misal kata, kalau kita mula bekerja pada umur 23 tahun selepas habes belajar, selama 23 tahun sebelum ni dari kecil sehingga habes belajar siapa yang mengeluarkan perbelanjaan untuk kita? Bukan ke mak bapak kita jugak? Ok, fine! Masa belajar kat U kita dapat pinjaman/biasiswa. Tapi cukup ke pinjaman/biasiswa tu nak tanggung kita? Mesti tak cukup kan? Jadi pada siapa kita pergi untuk minta tampung perbelanjaan yang tak cukup tu? Takkan la nak p mintak kat ALONG pulak kan. Mesti la ibu bapa jawapannya. Betul tak?


Lainlah kalau korang tu jenis yang berdikari sendiri taknak susahkan mak bapak. Pandai cari duit sendiri. Macam aku dulu time study. Kesian kat mak aku. Dia pun tetiap bulan dapat duit pencen arwah abah je. Jadi taknak nyusahkan beliau, aku buat bisnes sendiri kat kampus. Buat servis printing dengan format laptop. Duit2 hasil dari tu la tanggung perbelanjaan aku kat kampus. Cuma kadang2 kakak aku akan beri duit belanja RM100 untuk sebulan kalau die ada budget lebih. Tapi korang ingat cukup ke RM100 sebulan? Sebab tu la aku buat bisnes.


Berbalik kepada topik. Jadi, kenapa baru je mula bekerja bila mereka minta kita bantu sikit dari segi kewangan kita dah merungut dan mengungkit? Apa la salahnya kita hulurkan sedikit hasil titik peluh kita untuk mereka. Orang kata AMBIL BERKAT. Mana tahu, bila hati ibu bapa kita gembira dan redha, mereka akan doakan yang terbaik buat kita dan hidup kita pun bertambah bahagia. Kerjaya kita pun makin meningkat prestasi. Ada rezeki dapat kenaikan gaji @ pangkat. Doa ibu bapa kan mustajab. Tambah2 doa seorang ibu.


Sebab tu kita kena selalu ingatkan diri sendiri. Muhasabah diri setiap hari. Dalam hidup ni kalau nak bahagia kena dapat keberkatan. Keberkatan nak dapat dari mana? Sentiasa la berbuat baik dengan kedua orang tua kita. InsyaAllah, dapat la keberkatan dalam hidup bila mereka sentiasa mendoakan dan meredhai kita. Redha ibu bapa juga redha Allah. Tak pernah dengar? Meh aku share satu hadis.


Daripada Abdullah Amru, Rasulullah s.a.w bersabda:
Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.
(Hadith Riwayat Tarmizi)


Jadi, kalau nak keberkatan dalam hidup, dapatkan redha ibu bapa untuk memperolehi redha Allah. InsyaAllah, hidup kita tidak dilanda masalah2 yang tak mampu untuk kita hadapi. Aku cukup pantang kalau dengar anak2 mengungkit bila ibu bapa minta tolong bagi sikit perbelanjaan untuk tampung kehidupan tua mereka sehari-hari. Bukan la orang tua tu nak mintak banyak mana sangat pun. Kadang2 mereka tak mintak pun tapi kita kena la faham2 sendiri. Dapat sikit pun mereka dah cukup bersyukur rasanya.


Ini tidak, asyik nak mengungkit lepas tu marah2 herdik2 pulak orang tua tu. Konon2 menyusahkan. Hello! Dah lupa diri ke sape yang lahirkan, besarkan dan sara kehidupan kita masa kecik2 dulu? Lain la cerita kalau time kecik2 dulu dah memang anak yatim. Takpun ibu bapa kita ni 'perangai' pelik sikit. Tak didik kita betul2. Ini ibu bapa sikit punya baik, beri didikan seelok2nya pada kita, pelihara kita macam tatang minyak yang penuh. Bila dah besar lupa diri pulak. Haishhhh. Emo betul aku.


Maaf la ye kawan2. Ini sebab aku emo tengok drama Jangan Hantar Aku ke Neraka semalam kat tv9. Terbawa-bawa sampai hari ni. Tak puas hati selagi tak membebel kat belog. Wahaha. Tapi betul la weh. Berlambak kot anak2 yang 'kureng' macam tu. Aku memang geram kalau anak2 ni kurang ajar dengan mak bapak die tambah2 kalau mak bapak yang dah tua dan jenis baik2 ni. Boleh mendatangkan kemarahan aku. Kui3. Sabar cik sha sabar. Drama je kot. Tapi drama kan realiti kehidupan kita jugak kadang2. Itu la pasalnye.


Bisik2:: Jangan jadi anak durhaka ye. Jaga kebajikan ibu bapa kita selagi kita mampu.

11 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. jgn kata dgn mak bapak, dengan sesiapa la kalau kita wat sesuatu kebaikan xperlulah diungkit.xdpt pahala ler.rugi2

    BalasPadam
  2. amirah::

    memang betul..tapi tu la..ni kes anak2 yang suka mengungkit dengan ibu bapa..saya anti dgn anak2 yg macam ni..

    BalasPadam
  3. dah terbiasa belanja orang, *ok nampak macam riak pulak =='

    But yeah, anak-anak tak patut mengungkit. Tapi biasalah, nama pun anak-anak.

    seorang ibu mampu menjaga 20 orang anak dan lebih, tetapi 10 orang nak menjaga seorang ibu amatlah payah

    BalasPadam
  4. hmm...yer..jgn sesekali kite mengungkit pade org lain...ezma pon xsuke jugak kalo org ngungkit ni..sbb nnti ezma pon akan ugkit balik...

    BalasPadam
  5. xyahlah nk berkira ngan org tua...kalau kedudukan kewangan akak terlebih2 sha...fuuuh..kaya org tua akak buat..siap bleh campak2 duit...hahaha...tp keterdesakan buat segalanye terbantut...

    BalasPadam
  6. keh3 aku kkdg tgk drama emosi gak sbb sedih nak2 part yg libatkan budi mak xterbalas cmtu

    BalasPadam
  7. semoga gua menjadi nak yang soleh.

    Adam mia dah nak habis. Maybe last episode esok.

    BalasPadam
  8. anak derhaka patut kena pancung je.

    BalasPadam
  9. jawapan kepada soalan tajuk tu- mungkin sbb kita tak bersyukur?

    BalasPadam
  10. kisah saya pulak sebaliknya, saya tidak pernah mengungkit sehingga kini, tapi ayah setiap kali marah dia akan mengungkit tentang duit yang dia telah habiskan kat saya utk sambung belajar dan mengugut utk halau keluar dari rumah. saya sangat kecil hati tapi apakan saya cumalah si anak. Kesimpulannya, ya memang ibu bapa yang memberi nafkah, seeloknya jika marah atau tidak puas hati, lebih baik kita nasihat anak dengan cara yang baik tanpa memaki atau mengungkit, kerana mungkin anak itu akan mula rasa diri mereka hanyalah beban dan bukan tanggungjawa si bapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu.. Saya simpati dengan apa yang jadi pada awak.. Mungkin ayah awak tak sengaja cakap macam tu.. Agaknya dia rasa tak dihargai segala penat lelah dia cari rezeki.. Semoga awak dan ayah baik-baik je selalu.. Take care awak.. Selalu doakan untuk ayah agar Allah kurniakan dia ketenangan hati sentiasa.. ❤️

      Padam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan