Wanita dan rawatan kulit muka memang sinonim!

Awal bulan lepas aku pergi buat treatment kulit kat Dermalogica. Erk? Bukan nak eksyen. Memang tahu tempat tu mahal. Tapi masa aku pergi tu ada offer la. Dapat murah sikit dari harga asal. Bestfriend yang suggest pergi situ.

Aku nak buat skin treatment sebab rasa kulit muka macam dah teruk sangat. Antara tempat treatment yang lain dengan Dermalogica ni aku rasa Dermalogica lagi boleh dipercayai kot. Tapi bergantung pada individu la nak pilih yang mana lagi satu better.

Kenapa aku pergi situ buat treatment? Ala..treatment dia pun buat facial dan bagi trial set produk dia je kan? Macam kat butik-butik kecantikan lain buat jugak. Tapi kenapa aku pilih nak pergi situ dan tak pergi butik kecantikan biasa je? 

Sebab saja nak cuba sesuatu yang baru. Hee. Takde la. Sebab kulit aku ni 'kulit mahal'. Sensitip sikit. Salah pakai produk kang tak memasal je rosak kulit. Jadi aku kena merujuk kepada yang pakar dan betul-betul bagi perkhidmatan khas tentang kulit.



Rawatan Kulit Muka
*Sekali sekala manjakan diri buat facial treatment memang best!*

Kesan Bertukar-tukar Pakai Produk Kecantikan

Aku pernah cuba macam-macam produk tempatan. Bertukar-tukar. Sebab terpengaruh dengan iklan dan kawan-kawan  la. Pakai ni boleh jadi putih gebu melepak, flawless dan cantik. Maklum le pompuan kan? Nak cantik je sentiasa. Siapa tak nak jadi cantik, ye tak? Tapi semua tu bagi kulit aku jadi lagi teruk. Yang elok pun Safi je.

Masa study pernah cuba pakai N***z sebab terpengaruh dengan kawan serumah. Tengok dorang pakai kulit jadi cantik jerawat semua hilang. Aku try. Memang kesan die elok mula-mula. Kulit jadi licin. Tapi lama-lama kulit jadi mengelupas dan tegang semacam. Pastu bila kena panas matahari je kulit jadi merah-merah macam kena bakar. Sakit kot.

Aku berhenti pakai sebab encik CH marah. Lepas berhenti pakai tu terus kulit naik jerawat. Produk tempatan lain yang pernah aku cuba pun sama jugak. Kalau berhenti pakai, jerawat naik dan kulit jadi lagi teruk. Kenapa produk tempatan macam tu eh effect dia? Agaknya kulit aku tak serasi dengan percentage bahan aktif dalam produk tu kot. Huhu.


Cara Rawat Kulit Muka Yang Breakout 

Lepas dari tu aku tak pakai apa-apa dah produk kecantikan. Insof. Hahaha. Cuci muka pun pakai sabun tawas je. Ok la sikit. Jerawat tak naik cuma kesan parut jerawat yang tak hilang-hilang. Nak-nak lepas kena chicken pox bulan 12 tahun lepas. Parut lagi bertambah-tambah. Huwaaaa. Sedih kot tengok kulit aku sendiri. 

Then baru-baru ni BFF aku (Wahida+Wani) suggest pergi Dermalogica. Sebab dorang memang buat treatment kat situ dan hasil nya bagus. Aku pun decide nak cuba. Pengaruh rakan sebaya kan? Hahaha. Tapi kena buat budget dulu la. Sebab gaji aku pun idok le banyak sangat nak berjoli sakan buat facial treatment mahal sesuka hati.


Rawatan Kulit Muka
Sumber gambar : Carian Google


Hasil Buat Rawatan Kulit Muka

Kesimpulannya, Dermalogica punya treatment memang best. Produk dia pun ok masa aku pakai yang trial. Dan sekarang parut aku dah semakin kurang. Ingat nak continue pakai Dermalogica punya produk la. Tapi mahal kot sebab set semua sekali rm500++. Itu pun dorang dah bagi diskaun kat aku. Huk3. Rabak poket macam ni.

Jadi aku kena buat budget dan kumpul duit dulu baru boleh pakai produk dermalogica tu. Huwaaa. Nak buat macam mana? Nak cantik punya pasal kan? Berkorban je la.

Inilah MASALAH orang yang kurang cantik macam aku ni. Terpaksa berhabis duit untuk cantik menawan. Wakaka. Kadang-kadang jealous tengok orang yang kulit cantik tu. Putih gebu, flawless, takde jerawat, parut pun takde. Licin je. Camne la dorang jaga eh? Pakai produk ape? Jeles oh! 

Sekarang ni aku dah takut nak pakai produk yang bukan-bukan. Tak payah la suggest aku pakai tu pakai ni. Nyesal sebab rosakkan kulit sendiri dengan try produk yang macam-macam ada kat pasaran tu. Wuu.

MENARIK UNTUK DIBACA

Kesimpulan

Kenapa la kat Malaysia ni berlambak sangat jenis produk kecantikan? Sampai tak tahu yang mana satu yang terbaik.

Tapi semua bergantung pada jenis kulit jugak la kan nak pakai produk apa pun. Lain orang lain jenis kulit. Ada yang sesuai pakai produk tu tapi tak sesuai pakai produk ni. Macam tu la sebaliknya. 

Dapat 'kulit mahal' macam aku ni kena la berhati-hati sikit memilih produk. Takut tersalah pilih merana pulak diri sebab kulit rosak. Apa-apa pun, penampilan tu penting untuk keyakinan diri sendiri. Jadi pilihlah yang terbaik ok!


Bisik-bisik:: Tak salah pun nak jaga kecantikan, tapi kena berhati-hati pilih produk okay!

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. wow lagi-lagi best kalau ada orang yang belanja (:

    BalasPadam
  2. kalo rawatan camni takpe..
    jgn susuk plak sudah..=p

    BalasPadam
  3. klo elok untuk kulit takda masalah.. syukur kulit akak ni takda masalah sangat.. akak suka gi facial..

    BalasPadam
  4. Setuju sgt... Dermalogica is the best. Cuba trial set dulu klu nk tau sesuai @ x. Mmg supeerrbb.

    Korang cari dermalogica products? Meh visit for great deals... Kompom korg puas hati.

    http://www.lahbeauty.com/rewardpoints/index/goReferral/referrer/163/

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan