Upgrade header blog

Jam dah pukul 1.45 pagi. Apa aku dok buat terkebil-kebil tak tidur lagi ni? Esok nak kerja cik sha oi. Eh? Esok apanya ni dah esok pun. Pagi kejap lagi lor nak keje. Huwaaa. Mata masih segar bugar sebab siang tadi ntah macam mana aku boleh p bantai tidoq tak sedar diri. Gile ah! Tak pernah2 tidoq siang. Tipu2! Dulu selalu tidoq siang. Wahaha. Itu sebelum kerja la. Dah kerja ni tak pernah2 lagi tidur time siang2 buta. Tadi pecah rekod. Dah la tidoq mampuih lak tu. Ish3. Perangai huduh benau.



Disebabkan mata takleh tidoq aku godek2 la blog. Takde la buat ape2 perubahan pun. Header je bertukar sket. Gambo tuan blog dah berubah. Ngeh2. Perasan tak? Aku tempek gambar baru. Aku tetibe perasan sket sebab gambar tu nampak kiut miut. Wekkk! Sila muntah beramai-ramai. Sesiape yang rajin ikut blog aku ni memang tahu la aku ni kuat perasan ye. Harap maklum. Itu memang gen semulajadi yang ada dalam tubuh badan tuan blog. Kah kah kah.






Haa. Itulah gambar aku pergi studio photoshoot bulan lepas. Pakej buat facial kat Dermalogica. Kan ada aku bagitau nak kasi bukti hasil rawatan muka kat Dermalogica dalam entri ni. Ini la buktinye. Kulit dah bertambah cantik plus dengan mekap2 sikit masa photoshoot tu. Terus tak nampak saki baki kesan parut jerawat kat muka. Pastu shoot gambar cantik lak tu. Sebab tu lagi buat aku perasan comel padahal realitinye dak pun. Ki3.



Eh2. Hujan pulak kat luar. Lebat lak tu. Tidoq pun sedap ni. Ok la. Aku nak beransur dulu. Kena paksa juga mata ni pejam dan tidur. Esok kat tempat kerja tak memasal aku p bantai tidoq lak. Dah la hari isnin selalu mood kerja ke laut. Selamat malam semua. Tidur mimpi yang indah2. Assalamualaikum.



Bisik2 :: Rajin nanti aku tempek gambar2 aku pergi photoshoot tu eh. ^_^

18 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. nice !!
    tap "the colour of my life"
    selalu sangat gue jupe..
    heheee

    BalasPadam
  2. comell.. rs nk header bru jugak!!!:D

    BalasPadam
  3. cantik nye...terserlah keayuan mu..hehe..mcm lagu exist plak..

    BalasPadam
  4. aah la suda baru.hehe.jeles dgn kekiutan cik sha.hehe.

    mari join giveaway ya.tgok kat blog sy.tQ :)

    BalasPadam
  5. header dah cantik..tpi ko punya background dah kaler pink pastu ko pakai baju kaler merah...tak berapa nak menyerlah la..

    BalasPadam
  6. acul::

    mekaseh mekaseh..baju pinjam je tuh..kui3..

    BalasPadam
  7. mie::

    erkk??memang ramai kot gune tagline tuh..tapi tu dari start saye blogging memang dok gune..heee..yang penting slogan tu yg kena dengan tagline..^_^

    BalasPadam
  8. fifiey::

    tenkiu dear!!!hehe..cepat2..wat header baru pulak..nak tengok..

    BalasPadam
  9. JT::

    wahahaha..anda bijak!!itulah hasil mekapnye..

    mekaseh..header je cun tuan perasan cun je..kui3..

    BalasPadam
  10. kak zura::

    mekaseh akak..header je cantik..tuan nye perasan je..ngeh3..

    BalasPadam
  11. pikok::


    mekaseh pikok..^_^

    nape nama pikok??amik sempena menatang peacock eh??merak yang cantik..kamu memang cantik..^_^

    BalasPadam
  12. amirah::

    eip2..jangan jeles2..itu muke palsu je tu..bukan kiut original..sebab telah dimekap..wakaka..

    wokeh2..noted..nanti ceq p terjah..^_^

    BalasPadam
  13. ayue::

    mekaseh atas komen mu itu..aku dengan serta merta terus tukar bekground pas ko komen..kui3..amacam bekground baru??pink jugak..tapi light sket kan??heee..

    BalasPadam
  14. intan::


    artis??wahahaha..intan ni wat lawak pulak..celah mana yg artis nye model pun tak layak ni..itu muke palsu sis..jangn tertipu..hak hak hak..

    BalasPadam
  15. wah.. vogue gituu..
    akak suka..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan