This Is A Game! Kalah Menang adat pertandingan

Bersiaran di rumah sebab hari ni aku MC sehari tak pergi kerja. Demam makin melarat. Memula selsema dan batuk biase2 je. Tapi hari Sabtu tu makin menjadi2 pulak. Telinga macam tersumbat dan berdengung. Mata jadi merah dan kuar tahik mata berlonggok2 bila bangun tido. Semalam pergi klinik doktor kata aku ni terkena jangkitan kuman. Tersalah makan something sebab tu jadi makin melarat. Memang pun. Aku bukan boleh makan udang tapi hari Sabtu hari tu p tibai makan. Padan la muke. Takde penyakit cari penyakit. Dah lama gila tak kena demam, sekali kena memang teruk la. Huu.



Nak cakap pasal bola semalam sikit. Walaupun aku tak tengok tapi aku ikut jugak la perkembangan tentang perlawanan semalam. Ramai kot yang dok update kat fesbuk dengan blog. Lebih cepat dari akhbar. Hoho. Anyway, TAHNIAH untuk pasukan Malaysia sebab berjaya jadi Juara Piala AFF Suzuki 2010 menetang pasukan Indonesia. 3-0 tu beb! Memang tak sangka la. Kuat jugak pasukan Malaysia nih. Hope pasukan Malaysia kekalkan prestasi cemerlang macam ni untuk match2 yang lain juga. Salute la!






Tapi dengar khabarnye, tengah kecoh pasal laser2 amenda ntah. Konon2 penyokong Malaysia ni main tuju laser kat pemain Indonesia. Huh?! Pelik2 betul la. Bile aku baca kat blog encik joe tadi siap ade prove lagi sebenarnye pemain Malaysia yang kena laser. So, sape sebenarnye yang main kotor sekarang ni? Tak paham betul aku dengan penyokong2 fanatik pasukan Indonesia ni.




Hello...THIS IS A GAME! Kalah menang tu adat pertandingan la. Tak payah la nak gaduh2 then timbulkan isu2 yang tak masuk akal macam tu pastu bagi bukti yang langsung tak logik macam yang encik Khairul cakap kat blog dia. Kat situ dah nampak kelemahan nak menipu tapi tak pandai. Ape la yang korang dapat nak bergaduh2 macam ni. Kite ni berjiran ok. Terima je la dengan hati terbuka tentang perlawanan semalam. Menang ke kalah ke tak perlu la nak dijadikan isu. Kita bersukan ni untuk eratkan hubungan. Bukan nak gaduh2.



Aku rasa better aku stop cakap pasal ni. Just nak bagi pandangan sikit je. Aku bukan la pandai sangat nak ulas bab2 sukan bola sepak ni. Hope penyokong Indonesia hentikan la buat kecoh2 ni dan penyokong Malaysia teruskan menyokong pasukan Malaysia dan jangan tambahkan kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong Indonesia. Kita semua kan orang baik2 dan terpelajar dan boleh berfikir dengan bijak. Jadi jangan bertindak macam orang bodoh. Akhir kata, TAHNIAH sekali lagi kepada pasukan Malaysia.



Bisik2:: Semoga pasukan bola sepak Malaysia dapat meningkatkan lagi prestasi cemerlang dalam match2 seterusnya.

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. biasalah tue..drg dh nk kalahkan...hehe

    BalasPadam
  2. demam2 sempat update ni

    dah2 p rehat

    nanti berjangkit huhuhuhu

    BalasPadam
  3. orang indon suka benar sebut anjing dan maling sekerang ni.

    emo betul. kehkeh.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan