Sebelum sambung memerah otak balik dengan kerja belek2 coding php nak buat web, aku nak berleter dulu kat sini. Wahaha. Macam la tak biase korang2 ni. Aku kan hobi membebel berjela-jela kat blog ni. Meh sini aku nak bagitau satu menda ni. Satu ke? Banyak kot. Pasal 'kepantangan' aku bile drive moto nak pergi kerja @ ke mana2 je la. Huishhh. Memang pantang la weh. Kekadang boleh buat hangin satu badan. Jap2. Drive moto?? Mane la aku belajar tatabahasa ni. Ish3.
Ye. Aku punye kenderaan rasmi ialah sebuah motosikal jenama Yamaha Lagenda 110SS yang diberi nama Mr. Black sebab keseluruhan badan beliau adalah hitam. Hitam itu kan menawan daya mutu keunggulan. Wahaha. Merepek dah ni cik sha oi. Straight to the point please!! Ok2. Inilah wajah 'kekasih gelap' kesayanganku. Mana2 je aku nak pergi die sudi bagi aku usung die. Hehe. Beli moto je la aku mampu buat masa ni weh. Ini pun berhutang tak habes bayo lagi. Sedih betul.
Ye. Aku punye kenderaan rasmi ialah sebuah motosikal jenama Yamaha Lagenda 110SS yang diberi nama Mr. Black sebab keseluruhan badan beliau adalah hitam. Hitam itu kan menawan daya mutu keunggulan. Wahaha. Merepek dah ni cik sha oi. Straight to the point please!! Ok2. Inilah wajah 'kekasih gelap' kesayanganku. Mana2 je aku nak pergi die sudi bagi aku usung die. Hehe. Beli moto je la aku mampu buat masa ni weh. Ini pun berhutang tak habes bayo lagi. Sedih betul.
Yang aku nak cerita ni adalah kejadian yang selalu berlaku bile aku sedap2 merempit masa nak pergi dan balik kerja. Memang betul2 la boleh buat hangin satu badan. Selalu jugak la aku kena ngadap situasi ni. Tadi pun ada jugak kena. Marah betul rasa. Nasib baik boleh bersabar lagi. Meh sini aku hurai satu persatu.
#Kes Pertama : Kereta menyempit kat lorong motorsikal sebab nak potong line.
Ohoiiii! Yang ni aku cukup pantang. Dah tahu lorong motorsikal tu khas untuk laluan moto dan sempit tapi kau sebok2 jugak nak menyempit nak potong line. Macam kau sorang je kena ngadap kesesakan lalu lintas tu kan? Setiap pagi macam tu la aku kena hadap. Kejadian ni selalu berlaku di highway BKE nak ke Penang Bridge kat Seberang Jaya. Kekadang kami yang drive moto ni MOGOK beramai-ramai dengan menekan hon sesedap rasa bagi pemandu kereta2 tersebut gelabah bewak. Wahaha. Syok jugak kenakan orang. Padan muka!
#Kes Kedua : Pecut dengan laju maksimum di lorong perlahan.
Aiyaaa. Lu ada sekolah ka talak sekolah? Macam mana lu belajar amik itu lesen memandu sampai LULUS? Lesen terbang ka? Ni lagi satu aku pantang. Selalu kat atas Penang Bridge la. Lorong perlahan tu kan paling kiri sekali. Dekat dengan bahu jalan tempat laluan moto. Kalau time pagi2, kami yang drive moto nak pergi kerja ni memang macam semut2 je lalu kat atas bridge. Berkerumun ramai2. Tolong la jangan memandu dengan laju di lorong perlahan. Sebab kami pun lalu kat situ jugak. Dengan angin kuat lagi. Pastu korang lak memecut laju. Kesian kat kami ni ha. Kadang2 terhuyung hayang nak kawal moto. Tu aku la tu. Sebab kaki pendek. T_T
#Kes Ketiga : Tak reti nak bagi signal nak p arah mana.
Perghhhhh. Ni kalau kena kat aku memang aku hon sungguh2 walaupun hon moto takde la kuat mane sangat bunyi die. Pastu bile aku lalu sebelah kereta tu, aku toleh ushar pemandu die. Takpun aku angkat tangan macam Karam Singh Walia tu kat dia sambil cakap sorang "Apa da?!". Haha. Bengang kot. Decide la betul2 nak pergi mana. Nak masuk lorong mana. Bagi la signal siap2. Ni tak. Dah nak masuk lorong terus menonong je masuk takde bagi2 signal dah. Semalam aku kena. Nasib baik tak rempit laju dan sempat break. Kalau tak, sia-sia je aku ter'accident'.
#Kes Keempat : Sekejap bagi signal nak p kiri, pastu bagi signal nak p kanan pulak, pastu masuk kiri balik.
Haaa. Amik kau panjang betul tajuk kes. Kui3. Ini tempoh hari aku kena lagi. Naik je kereta besau. Tapi tak reti nak bawa elok2. Melelong2 macam orang mabuk. Bahaya tahu tak buat macam tu? Ingat kau sorang ke yang guna jalan raya? Sila la gunakan cermin pandang belakang dan cermin sisi yang ada kat kereta tu. Tengok2 sama kenderaan yang ade kat belakang. Jangan sesedap rasa je bawa kereta sat p kiri sat p kanan. Haissshhh. Menyirap betul.
#Kes Kelima : Kena ligan dengan mat rempit.
Yang ni serius aku takut gila. Dulu dah pernah kena. Berdebar kot. Masa tu atas bridge. Aku balik kerja lewat sikit. Lepas isya' baru gerak balik dalam pukul 9 kot. Wuuu. Bongek punye mat rempit.
#Kes Keenam : Kena hon dan diikut rapat oleh kereta @ lori.
Hoh! Ni gila punya orang. Takde kerja. Suka2 hati je nak hon2 orang. Pastu ikut rapat2. Bahaya la woi. Korang la penyebab penunggang moto macam aku ni selalu accident. Korang rileks je takde cedera ape2. Yang naik moto ni yang teruk kena. Kalau nasib baik nyawa panjang cacat sikit la. Kalau nasib tak baik, terus innalillah sebab kena gilis dengan korang. Tak kesian ke? Sila la memandu dengan berhemah. Ni tak. Pantang nampak pompuan cun (*Perasan) macam aku rempit moto mula nak menyondol2. Lempang baru tau!
#Kes Ketujuh : Tetiba tayar meletup pancit sebab kena paku.
Kes ni selalu jadi atas bridge. Ntah malaun mana p tabur paku atas bridge. Mengong betul. Nasib baik aku tak pernah kena lagi. Kalau tak mahu aku melalak2 atas bridge tu kalau takde orang nak tolong aku. Wuuu. Tapi mustahil la takde orang tolong. Selalunye jap je dah ade orang datang tolong. Tambah2 tengok awek cun macam aku dalam kesusahan. *Perasan lagi. Kui3. Selalu dah sampai tempat kerja @ kat rumah baru aku perasan tayar moto aku dah penyek kurang angin sebab pancit. Nasib baik. Kalau tak mahu kena 'katok'.
#Kes Kelapan : Dapat mandi free sebab kena percikan air lopak.
Woi! Bawa kereta tu elok2 la sikit. Sesuka hati je langgar air lopak pastu terkena kat aku. Hangin weh. Ni selalu jadi kalau time hujan la. Sesaje je bawak laju2 pastu langgar lopak air. Marah betul aku kalau benda ni jadi kat aku. Grrrr.
Cukup la 8 je kot. Sebab 8 kan nombor ong. Lagipun aku dah malas nak berleter panjang2. Wahaha. Tapi itu lah yang selalu buat aku hangin. Tolong la berhemah sikit masa di atas jalanraya. Tak kesian ke kat penunggang motorsikal yang berhemah macam aku ni ha. Walaupun aku merempit jugak kadang2, tapi rempit aku rempit ayu. Berhemah gitu. Hak3. Ok la. Nak pergi buat kerja sekarang. Bye.
Bisik2 :: Tungganglah motorsikal anda secara berhati-hati. Ingat orang yang tersayang. Jangan jadi macam aku seperti dalam entri ni. Peace. (^_^)v
Wei aku pun menggelabah biawak kalau kena hon tetiba. HAHA.
BalasPadamPernah sekali aku tak puas hati aku langgar side mirror kereta tu sebab hon aku. Haa ambek kau.
jangan tiru aksi ini. Tak elok untuk ibu mengandung ya adik2. HAHA
mmg sha seorg yg super bebel..panjang bebelannye...hehe..
BalasPadamakak xberani naik moto kat jalan besar lg pun org tua xbg ambik lesen..
Hahahaha.. Ganas betul si adik privacy ni.. Adehhhh.. :p
BalasPadamSaya suka nengok perempuan bawak moto.. Tapi saya tak reti.. Errrr..
Asalkan masing-masing tahu peraturan jalan raya.. Insyallah semuanya selamat betol x?
BalasPadamsalam kenal ^_^