Pening memikirkan masa depan

Pagi tadi dalam pukul 10 dengan muke sememeh tak mandi aku pergi uruskan dulu kucing kesayangan kat luar tu bagi berak kencing dan sediakan makan minum die. Tengah dok membebel kat si minah tu datang mak angkat aku menegur. Mak angkat aku ni duduk selorong je. Rumah selang 2-3 buah. Wahaha. Dekat dengan rumah pun ada famili angkat. Aku pernah cerita dulu kot. Anak die adik angkat merangkap besfren aku. Jadi dengan otomatiknye famili dorang amik aku jadi anak angkat sebab aku muke tak malu selalu pergi lepak sana. Dulu2 la. Sekarang dah jarang sikit semenjak dah kerja.




Mak :: Assalamualaikum kak shada. Ni mak nak sampaikan pesanan. Shikin nak tempah kak shada jadi photographer dia.


Aku:: Wa'alaikum salam mak. Uik? Shikin dah nak bertunang ke? Bila mak?


Mak:: A'a. 8hb 1 nanti. Kena tempah awal2 sebab takut kak shada ada agenda lain.


Aku:: Owh. Ok2. Boleh je mak. Ada pulak nak tempah2. Hehe.


Mak:: Kena la tempah. Nanti tulis dalam kalender diari tau. Awat dah lama tak mai rumah?


Aku:: Baik mak. Heee. Busy sket kerja. Balik selalu lewat petang.


Mak:: Jangan lupe tau!


Aku:: Baikkkkk.



*Pehhh..Siap berbaring tu. Wahaha.*




Owh! Dah nak bulan 1 rupanya. Dah boleh agak dah kedatangan mak aku ni tadi sebab ape , bile die cakap nak tempah aku. Sebab adik ni dah mention awal2 dulu masa kenduri tunang kakak die nak amik aku jugak jadi photographer kalau die tunang bulan 1 nanti. Kata dia aku amik gambar lawa walaupun pakai kamera digital biase. Nak tengok hasil kerja aku pergi kat entri ni ye. Yes! Photography is my passion. Walaupun tak mampu nak pakai DSLR. One day i'll own it. Hmm. Lepas tu, masuk rumah mak dengan kakak pulak soal siasat aku. Hadoi. Nak menjawab la pulak.




Mak :: Mak Pah ang mai nak habaq apa kakak?


Aku :: Shikin nak bertunang bulan 1 ni. Die nak kakak jadi photographer.


Mak :: Owh. Nak tunang dah? Bile? Dengan sape?


Aku :: A'a. 8hb nanti. Ntah la dengan sape. Dengan boifren die la mak. Hehe.


Kakak :: Ang bila pulak? Aku tak sabaq dah ni. Nak jadi perunding untuk ang.


Mak :: A'a. Cepat sikit. Suruh Tun masuk minang. Tunang je. Mak tak mintak apa pun. Bawak cincin sebentuk sudah. Dulang2 hantaran nanti masa kawen je. Tunang tak payah.


Aku :: Erkkk. Nanti la. Tun belum stabil lagi.


Mak :: Suruh dia cepat2 sket. Lagi lambat kawen lagi banyak nak kuar duit. La ni barang semua makin mahal. Mak nak mintak RM10ribu. RM1000 mas kawen, RM9000 hantaran. Dulang hantaran sikit2 sudah.


Aku :: Mahalnye! Mak nak jual anak mak ke?


Mak :: Bukan nak jual. Tapi barang sekarang dah makin mahal la kakak. Bukan mak nak suruh sekarang. Suruh Tun kumpul duit la dulu. Mak cakap je.


Kakak :: Betul cakap mak. Cepat suh Tun masuk. Kalau lagi lambat lagi mahal. Kena ikut pasaran semasa.


Aku :: Baikkk. Nanti orang bincang la dengan Tun.



Huwaaaa. Macam mane nak cakap dengan encik CH ni. Tempoh hari masa cuti2 kat KL pun maksu dah risik2 bertanya kat aku status aku dengan encik CH. Hadoiiii. Semak pale otak. Aku pulak yang semak pale kan? Patutnye yang semak palenye encik CH. Wahaha. Tak sampai hati nak cakap kat encik CH sebenarnye. Tu yang semak pale tu. Wuuu. Camno den nak koba ni? Takut takut! Walaupun die dah cakap hari tu bagi die tempoh setahun nak stabilkan diri die. Kalau aku bagitau hal ni kang tak memasal die tensen pulak macam paksa die kawen cepat2. Padahal aku tak kesah pun bile. Huk3.








Semakin dewasa ni semakin banyak benda nak kena fikir. Jadi budak2 kecik jugak best tak payah nak pening2 fikir benda2 berat macam ni. Semua orang uruskan. Itulah perjalanan hidup kan. Masa makin berganjak. Umur pun semakin meningkat. Komitmen semakin banyak. Nak tak nak kehidupan perlu diteruskan. Jadi kena belajar untuk uruskan diri sendiri sebab kita yang mencorak kehidupan kita bagaimana. Betul tak?



Nanti dapat peluang jumpa encik CH aku akan slow talk dengan die. Berbincang dari hati ke hati tentang masa depan kami berdua. Eh? Minggu depan la nak jumpa dah. Alamak! Terlupa lak lepas pergi reunion kat Melaka nanti aku nak g jumpa encik CH pulak. Dah suntuk ni. Adoi adoi. Tetibe rasa macam nak pergi menjerit atas gunung. Waaaaa.





Bisik2:: Thinking thinking thinking..Argghhhh!!

5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. bnyk juga monat phtpgpy nih.. anywhere good luck.

    Suai kenal dgn Fasha Sandha

    BalasPadam
  2. Mak nak juai anak mak.. Adehhhh.. Lawak jap bace dialog tu.. Heehee.. Mak mak kita plak yang risau kan selalunya.. Huhu..

    BalasPadam
  3. photography memang best. tak rugi kalau minat bidang ni. :)

    BalasPadam
  4. fuh! ada style la caara snap tu.. >.<

    BalasPadam
  5. erm...mak cik mar pun ckp benda yg sama "ko nnti 10ribu".. ok semat dlm ati, 10ribu~~huhu
    cik sha mau turun melaka ke??jom jmpe open table tuk cik mar~~ngeee

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan