Jom belajar MAKE-UP untuk wajah yang menawan

Selamat pagi kawan2. Mesti ada yang belum tido lagi macam aku kan? Biasa la. Esok kan cuti. Yeay! Amboi. Kalau cuti suke kemain lagi ang kan cik sha. Mesti la wei. Tak semak pale otak dengan kerja. Boleh rest otak. Tak tension2 dengan masalah kerja yang bertimbun2 nak kena ngadap. Kan2?






Pagi ni meh kita bercerita tentang make-up pulak. Wasehhh. Nak cakap pasal mekap2 konon macam diri tu terer sangat bermekap la kan. Hampeh je. Maaf la kawan2. Aku ni memang tak reti nak mekap. Kalau orang mekapkan aku takpe. Sendiri nak mekap jangan harap la. Aku reti tempek krim UV dengan pakai compact powder je. Nak pakai eyeliner ke, eyeshadow ke, maskara ke, blusher ke, lipstick ke, memang takde la terpakai ye. Aku tak reti! Sian betul jadi perempuan tapi tak reti nak mekap. Wahaha.



Serius aku sangat ketinggalan bab2 mekap ni. Bukan tak berminat tapi ntah la. Aku lebih suke simple2 je. Cukup la kot pakai krim UV dengan bedak compact. Settle! Sebab bagi aku merugi je mekap2 ni ha. Nanti nak solat kena cuci semua bagi bersih jugak. Pakai mekap tak lama mana dah nak kena cuci lak. Rugi dowh! Aku ni dah la kedekut. Menda2 mekap tu semua mahal kot bagi aku. Kui3. Dasar kedekut tahik hidong masin.




Mekap memang boleh merubah wajah kan? Yang muke tak berapa nak 'in' tu kalau sekali kena gaya mekap memang berubah terus wajah. Terus WOW! Cantik gile minah ni. Sekali bila dah tak mekap erkkk terus speechless. Wahaha. Betapa berkuasa nye mekap ni pada perempuan. Tak percaya? Meh sini aku bagi bukti. Mesti korang kagum gile. Pasni semua perempuan nak mekap je sepanjang masa. Kui3.



~Comel terus...T_T~






~Speechless...(-_-)"~






~Terus nampak cantik kebabom mata besau..o_0"~



Hah? Apa macam? Terkesima tengok transformation yang berlaku pada mereka2 ini setelah memakai mekap? Rasa nak pakai mekap sepanjang masa? Wahaha. Fake gile kan? Sebab tu aku tak berapa ngam sangat mekap2 ni. Tak natural lor. Lebih selesa simple2 je dengan sekadar tempek bedak kat muka. Tak payah la mekap tebal berinci2 sampai berubah terus wajah. Dah tak macam rupe sendiri pulak. Style aku kalau nak mekap pun bile ade function2 je la. Macam wedding ke, dinner ke, nak photoshoot ke. Itu takpe kot. Sekali sekala nak merasa jugak nampak lawa bermekap kan. Kui3.



Aku rasa macam pernah je terbaca tentang satu kes pasal mekap2 ni. Tak tahu la betul ke tak. Mungkin rekaan je kot kan. Cerita dia macam ni. Si suami ni terus ceraikan si isteri bila lepas hari pertama kahwin muka bini dia tak macam dia kenal sebelum ni. Maklum la sebelum kahwin dok berdating bini die asyik mekap je berinci2. Berkenalan pun sebab kecantikan si pompuan hasil mekap. Tapi tak kesah sebab rasa memang pompuan tu semulajadi cantik. Sape tak bangga usung awek cantik kan? Last2 decide nak kahwin. Maka berkahwinlah dorang ni.



Tapi...bile dah kahwin, time malam pertama sebelum tidur tu si isteri ni cuci2 la semua mekap. Sekali dah siap cuci lelaki ni tengok2 bini nye takde la cantik pon. Pendek kata huduh gila di mata dia. Terus menyesal dan nak cerai time tu jugak2. Ni lelaki yang jenis pandang kecantikan punye orang la. Wahaha. Padan muka.



Jadi lelaki2 yang suke sangat pandang kecantikan wajah untuk syarat jadi pasangan, berhati-hatilah ye. Kebanyakan yang jenis mekap2 ni semua fake je. Takdo la cantik tara mana pun. Kui3. Tapi ada yang memang cantik betul2. Selalunye yang cantik semulajadi ni dia tak berapa suka sangat mekap kot. Agaknye la. Aku memandai2 je sebab aku pun tak tahu kebenarannye. Maklum la. Aku kan kategori yang sedang2 saje. (^_^)v



Bisik2:: Kesimpulannya, dengan make-up..semua orang boleh nampak cantik. Betul tak??


*sumber gambar:: abang GOOGLE yang kasik*

11 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. ++kdg2 bez jgk make up ni kdg2 rimas..sng2 natural aje ..hehe..tapi lam keadaan ttentu kene make up gak..huhu++

    BalasPadam
  2. haha..memang padan muka kat laki tu..tu la kuasa mekap..mak JT pnh kata dulu, "tiang pon bleh nampak cantik kalo dimekapkan,"

    wakaka, tergelak dgr mak ckp camtu..

    nak mekap boleh, tapi awas, jgn berlebih2..kalo berlebih2 dan niat utk menunjuk kat org lain, tabaruj namanya, jatuh hukum haram..

    tp kalo mekap utk nampak cantik depan suami, hukumnya lain pulak, jadi harus..

    oleh: ceramah ustaz kazim ellias..

    BalasPadam
  3. kecantikan semulajadi tue yg abadi...akak pun mcm sha jgak..xmake up sgt...jgnkan xmake up...mmg xreti pun nk make up2 bagai...

    BalasPadam
  4. tak semestinya jugak.. kalau pandai make-up je baru nampak cantik.. kalau tak, jadi hantu! macam nenek dalam cite putera katak.. keh3~

    BalasPadam
  5. kalo aku terer mek up mesti jadi hensem....hahaha

    BalasPadam
  6. ++sang wada++

    natural lagi best kan??tapi kadang2 memang perlu jugak mekap tu..macam pergi function ke kenduri ke..jangan mekap 24jam setiap hari je dah le..hee..

    BalasPadam
  7. jejaka terhangat::

    betul2..kalau mekap dengan niat nak menayang kat orang tak elok diamalkan..macam JT cakap jatuh hukum tabaruj..ape2 pun biasa2 sudah la kan..hee..

    BalasPadam
  8. kak zura::

    hoho..camni boleh la kite geng kan kak??

    BalasPadam
  9. eiysya zasya's::

    a'a..kalau pandai mekap memang nmpk cantik..ni saye dok cite pasal pandai mekap le..kalau yang main hentam je mekap tu yang nmpk scary gile..nanti2 kite cite pasal tu pulak..hehe..

    BalasPadam
  10. ahmad endo::

    wahaha..lawak..kalau ko terer mekap bukan nampak hensem weh..tapi nmpk ayu lak nnt..ko nak ke join yang selalu lepak kat lorong hj taib tu??hahaha..adoi..

    BalasPadam
  11. Masa kahwin solek mekap kaw kaw punye.. Baru naik seri kebaboom.. Heehee.. Mak laa selalu bising sebab saye suka kuar pakai bedak, celak dengan sedikit lipstick.. Dia kata nanti hari nikah takde seri daa.. Huhu.. So sekarang saya pon jarang pakai.. Heee.. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan