Cuti-cuti Malaysia! Bestnya..

Salam jumaat. Owh! Rasanya belum terlambat lagi kan? Aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua kawan2 blogger yang beragama Islam. Semoga tahun baru ni membawa perubahan yang baik dalam kehidupan kita semua. Sempat tak baca doa tahun baru tempoh hari? Aku sempat. Ikut dalam TV. Aci tak? Hehehe.


Lama menyepi dari dunia blog. Ke mana aku menghilang? Elele, baru 6 hari je hilang. Ngengade lak. Bukan menyepi sangat pun. Ada la jugak bukak2 blog baca entri kawan2 yang aku follow . Cuma 4 hari start hari Sabtu sampai hari Selasa je aku betul2 hilang. Bercuti sakan. Keh keh. Mahu tak sakan. Sampai muntah2 seplastik, pastu sakit2 kaki berjalan.


Hari Sabtu pergi Cameron Highlands. Balik hari. Saje bawak mak tersayang pergi jalan2. Pergi dengan famili mom uchu. Masa turun dari Cameron ikut jalan yang berpusing2 ke Tapah tu. Terus pening dan muntah seplastik. Dah macam kuah laksa pun ade aku tengok muntah aku tu. Eeeyarkk! Pengotoq la ang shahada oi. Hek3. Ahad pulak aku dengan famili mom uchu pergi KL. Saje pergi MAHA. Then aku jadi tourist guide bawak dorang jalan2 kat KL naik tren lajuuuuuuuu. Hehe. Bapak lenguh kaki2 pergi shopping2 kat KL. Aishoo.


Itulah misteri kehilangan aku. Misteri la sangat kan. Hehe. Tapi bulan 12 ni memang sebok dengan macam2 benda. Sebok dengan kerja. Pastu dengan planning bercuti. Ada 9 hari lagi cuti tahunan. Nak habeskan ke tak nak eh? Ke nak carry forward je tahun depan. Banyak sket cuti tahun depan. Mana la tahu tetibe nak TERbertunang ke. TERnikah ke. Wahaha. Berangan.


Minggu depan 18hb ada reunion dengan kawan2 sekampus dulu kat Melaka. Saje cuti2 Malaysia kat Melaka. Padahal dah banyak kali aku p Melaka sebab adik aku kan stay dengan hubby die kat sana. Tapi takpe la. Nak enjoy dengan kawan2 pulak. Serius rindu gila kat dorang. Senior2 rumah masa kat kampus dulu. Ye. Aku memang suke berkawan. Dengan semua orang aku kawan ok. Tak memilih bulu. Heee.



*Aku yang sengih macam kerang busuk. Cuba cari yang mana satu?*



Semua sekali kami ada 9 orang. Dalam gambar ni sorang takde sebab kena jadi tukang amik gambo la. Hehe. Ni masa kami pergi beramai-ramai mandi kat pantai. Kampus kami depan pantai je tau. Best! 9 orang dari kami ni, 3 dah kahwin, sorang dah bertunang, 5 lagi masih bujang termasuk aku. Nak jugak tu mention diri sendiri bujang. Wakaka. Camne aku boleh rapat dengan dorang ni? Aku pun tak pasti. Tapi memang ngam la dengan dorang ni. Walaupun masa belajar dulu aku sorang2nye junior yang amik kos Multimedia. Dorang semua amik kewangan. Tapi takde hal la.


Serius rindu gila nak jumpa dorang semua ni sebab dah lama sangat tak jumpa. Mesti masing2 dah berubah. Maklum la ada yang dah kahwen, dah ade anak dan bakal ade anak. Tapi, dengar khabar 2 orang tak dapat nak join. Huu. Takpe la. Janji dapat jumpa yang lain2. Tunggu kawan2. Nanti kita jumpa ok!


Hmm..25 hb pulak Anyss@GKSB ajak join gathering blogger utara. Rasa macam nak join. Boleh kenal blogger2 yang lain. Dapat tambah kenalan baru. Tak pernah lagi join blogger gathering ni. Tapi2 budget dah kurang ni sebab pergi reunion kat Melaka. Huk3. Tengok la camna nanti. Kalau ade rezeki dan budget aku pasti join. InsyaAllah.



Bisik2:: Waahhh..sakan betul aku berhabes cuti tahunan. Hee..^_^

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan