Skandal di tempat kerja?

Mata dah mengantuk tapi gagah jugak nak update belog busuk ni. Hee. Busuk2 pun belog ni dah macam nyawa kot. Sehari tak bukak dah gelabah biawak. Ntah hape2 je perangai. Tapi serius! Tiap kali online mesti blog adalah yang pertama aku buka. Pastu baru pesbuk. Then baru check email. Kat office pun macam tu la tabiat aku. Hiks. Bukan curi tulang tau. Buat hilangkan ngantok dan tenangkan jiwa je bila tensen dengan kerja. ^_^


Sebut pasal kerja, tiba2 terlintas kat fikiran tajuk seperti yang di atas tu. Sebab tetiba teringat one of my boipren fevret(BBF) cakap pasal benda ni tempoh hari. Sengal je mamat tu. Kesnya bila die ajak aku keluar lunch tapi aku taknak. Keh3. Bukan taknak tapi malas gile kot nak keluar dari opis time tu sebab aku sorang2 je kat opis. Kak Mas dengan Aini tak mai. Yang mai opis boy je. Tapi nasib baik sebab dia memang tak stay dalam opis. Oh! Baru teringat. Kejadian ni berlaku masa raya haji kedua.



Mamat : Chaq! Makan jom!


Aku : Alaa. Lambat la ang ni. Aku dah beli makan dah.


Mamat : Ang macam ni la. Bila aku ajak p makan ada je alasan. Bila tak ajak bising kata aku lupa ang la apa la. Ni yang malas dengan ang ni.


Aku : Loooo. Bukan alasan. Masalahnya aku dah suruh opis boy belikan aku makan tadi sebab aku sorang je kat opis hari ni. Transport pun takdak. Aku mai dengan kakak.


Mamat : Ahhhh. Alasan! Ang ada skandal apa dengan opis boy ang. Sebab tu takmau keluaq makan dengan aku.


Aku : Hoit! Kuang ajaq!


Mamat : Hahahaha. Aku repot kat Tun! Aku cakap ang ada skandal dengan opis boy ang.


Aku : Bongekkkkkkkk!


Macam tu la lebih kurang sesi kutuk mengutuk kami di telefon. Bongek ar mamat ni. Sesedap rasa je nak pitnah aku ada skandal. I'm a loyal lover ok! Takde maknanya nak ada2 skandal ni. Walaupun aku jauh dengan Encik CH tapi tu fizikal je. Hati tetap sentiasa dekat. Ewah. Muntah baca ayat aku tadi tu. Kui3.



Skandal kat sini maksudnya ada hubungan cinta 'sorok-sorok' dengan orang lain walaupun dah ade pasangan. Bukan skandal yang buat hubungan 'pelik' tu. Sila faham. Rasanya perkara macam ni ada berlaku jugak kan kat mana2 organisasi pun. Tak kisah la pakwe orang dengan awek orang ke, laki orang dengan bini orang ke, bini orang dengan laki orang ke, laki orang dengan anak dara ke, tak pun bini orang dengan anak teruna. Memang ada kan? Kenapa situasi macam ni boleh wujud? Nafsukah? Cintakah? Atau ada sebab lain?


Sebab tu bila di tempat kerja, silalah bersikap profesional. Jangan terlalu melebih sangat sampai nak bermesra-mesra alam. Nak berkawan tu tak salah pun. Tapi kena ada batas nye la. Pastu sila elakkan bercerita masalah dalaman rumahtangga @ hubungan cinta sesama sendiri. Baik la berbincang sendiri dengan pasangan masing2 untuk perbetulkan apa2 masalah yang timbul dalam hubungan. Memang la 'sharing is caring' kan. Tapi bahaya kalau cerita kat orang lain ni. Memula ok la lagi kot. Lama2 nanti tetiba muncul rasa simpati, rasa kesian, rasa nak tolong bahagiakan dan macam2 lagi la rasa. Huii. Bahaya tu! Ini bagi kes2 yang sudah memiliki dan dimiliki la. Kalau sama2 bujang tu lain cerita.


Jadi sila jangan jerat diri sendiri dan cari masalah ok. Elakkan selagi boleh elak. Takde yang eloknye pun skandal2 ni. Menyusahkan diri sendiri je. Nak kena 'sorok-sorok' lak. Haishh. Sebaiknya jaga je hubungan yang dah wujud tu sebaik mungkin. Kalau dah memang tak serasi sangat, berpisah je la jalan penyelesaian yang terbaik. Jangan jerat diri dengan masalah skandal2 ni pulak. Apa-apa pun buatlah keputusan yang terbaik untuk kebahagiaan diri sendiri.




Bisik2:: Mintak dijauhkan la dari skandal2 ni. Takut!


3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. semalam kat fly.fm ada borak isu patut ke dating ngan org lain walaupun dah ada bf/gf. hehe macam2 pendapat kuar... ;)

    BalasPadam
  2. betul tu.. jangan jeratkan diri dengan masalah..
    ada orang berkawan rapat sangat bila orang buat cerita marah2 pula..

    BalasPadam
  3. tak elok kan bila ada skandal ni?
    kalau kita yang ada skandal, kita kata la bukan ada hubungan apa pun rapat2 macam tu ja

    cuba kalau pasangan kita ada skandal, mau melenting tak hengat kan?

    huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan