Restoran 'terbaik' kat Pulau Pinang. Nak try?

Nak cuba kelainan dalam citarasa memilih makanan?? Aku ada satu cadangan. Perrgggghhhh. Memang 'terbaik' ah restoran ni. Satu-satunya ada kat Malaysia kot. Takpun satu-satunya kat Penang ni ha. Boleh jadi tarikan pelancong la kan. Nanti aku nak suggest kat kerajaan negeri. Hahah.


Kalau rasa-rasa korang berminat, boleh la datang ke Penang untuk cuba makan kat restoran yang 'hebat' ni. Harga makanan dia berbaloi la kot sebab aku pun tak pernah masuk restoran ni lagi. Dan mungkin sampai aku p rumah aku kat Batu 2 pun aku takkan jejak kaki aku kat situ. Eh? Tapi apa motif aku p promote restoran tu pulak kan. Saja je nak promosi. Kot la ada yang berminat nak cuba pergi kan. Inilah restoran yang aku maksudkan tu. TAADAAAAAAAAAAAAA!!



*ToiletBowl Restaurant*



*Keadaan dalam restoran. Tempat duduk pun bentuk mangkuk jamban.*


Hah? Amacam? Ada rasa nak p cuba tak makan kat restoran tu? Kah3. Bapak gila pengotoq la depa ni kan. Ada ka guna konsep toilet. Bunguks betoi!! Aku pun baru tahu ada restoran ni kat Queensbay Mall. Itu pun sebab Jumaat tempoh hari aku keluar lunch dengan kakak. Kami p makan kat Laksa Shack.


Masa nak tunggu order sampai tu mata aku ni meliar la tengok keliling kan. Memang tebiat aku cenggitu. Sekali terpandang macam poster iklan yang di lekatkan kat pintu otomatik orang dok keluar masuk dari shopping mall ke parking. Baca punya baca terus terkejut. Hoh? Biaq betoi ada restoran macam ni kat Queensbay. Aku tanya kak aku. Dia kata memang dah lama kot ada. Pergggghhhhh. Ternganga kot mulut aku terkejut punya pasal. Memang 'terbaik' la Penang. Macam2 ada.



*Nak makan dak aiskrim bentuk camni?? Eeeyarkkkk!*



*Makanan punye mangkuk pun design mangkuk jamban. Eeeeuuuwwww.*



Rasa-rasa korang..nak tak p makan kat situ? Eeeuuwww. Aku dengar nama restoran pun geli dah. Pastu tengok pulak gambar makanan hidang dalam mangkuk yang sebijik macam toilet bowl punye design. Geli nak mampos wehhhh. Nasib baik la restoran tu haram jadi orang Islam kita ni tak dapat la masuk. Ni khas untuk orang2 depa saje ye. Tak tahu la kot2 ada orang kita yang buat2 sesat p masuk makan kat situ. Erk??



Pengotoq betoi la. Cari la konsep lain kot ye pun. Ade ke konsep toilet bowl. Eeeee. Tak boleh blah betul. Macam mane la depa2 tu makan eh? Tak geli ke? Tak terbayang2 ke 'menda alah' kaler coklat tu. Weeeekkkk. Gelinye! Tak mau cakap dah la. Aku nak p bersiap jap. Hari ni ada appointment buat facial last time. Pasni tak mau p dah. Kalau sat g dia promote2 jugak aku bagi la alasan macam2. Ingat aku cap duit kot. Mahal nak mampos. Dah la kena tipu lak tu. Nanti aku cerita apa yang aku rasa tertipu tu. Huu.




Bisik2:: Have a nice weekend semua!!

*Gambar ihsan abang google. Mekaseh abang!*

5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. haha kawan hana ada jer pergi makan kat situ. tka tau nak ckp ape da. mmg geli kot. terbayang-bayang. adey... ntah hape2 ntah buat konsep macam tu. geli geli

    BalasPadam
  2. diorang amik konsep dari jepun n china...bagi kat sana memang normal la. tp bg kita, rasa nak muntah laa...yela konsep makanan dalam jamban. sape nak makan kan

    BalasPadam
  3. HUHH!naseb bukan owner owang islamm..mengelikkan n meloyakkan

    BalasPadam
  4. haha...

    tu la..tgk pon tak lalu..

    GKSB kalo lalu situ buat2 tak nampak ja tkt nti teringat terus jadi xlalu nk makan

    LATEST ENTRY

    @RASA MACAM NAK LARI BOGEL? KAU MAMPU?

    BalasPadam
  5. memang amat3 tak patut..
    sepatutnya makanan dihormati tapi ini?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan