Assalamualaikum. Hai!
Ini adalah istilah yang digunakan dalam adat orang Melayu kita bila dalam satu keluarga tu yang muda berkahwin terlebih dahulu dari yang lebih tua. Selalunya digunakan di kalangan anak2 dara la. Yang anak teruna terkecuali. Langkah la berapa banyak bendul pun korang nak takde masalah punye. Sebabnya tak pula aku tahu kenapa lelaki dikecualikan.
Kalau perempuan langkah bendul ni macam berat sikit la walaupun sebenarnye takde masalah pun. Seboleh-bolehnya nak dielakkan. Biar yang si kakak dulu kahwin, baru boleh lepas adik2 lain pulak kahwin. Takut2 si kakak nanti tu tak laku pulak bila si adik kahwin dulu. Nanti tak memasal dapat title 'anak dara tak laku'.
Tapi kalau tak dapat nak dielakkan jugak dan terpaksa adiknya langkah bendul, macam2 pulak syarat yang dikenakan pada pihak lelaki yang masuk meminang si adik. Kena bagi sepersalinan kain dan cincin serba satu la untuk kakak2 yang dilangkau oleh adik. Kalau boleh apa adik dapat, kakak pun kena dapat. Fuhhhh. Naya betul! Dah macam laki tu borong sekali harung adik beradik buat stok bini. Haha.

Sebenarnya nak bagi2 barang tu semua tak perlu pun. Itu cuma adat yang direka oleh orang2 tua kita. Supaya si kakak tak rasa terpinggir dan terasa hati sebab adik kahwin dulu. Sepatutnya, pemberian itu atas kemampuan pihak lelaki la apa yang dorang mampu nak bagi sebagai tanda terima kasih sebab mengizinkan dia ambil adik jadi isteri dan melangkaui kakak2. Betul tak?
Dalam keluarga aku sendiri pun perkara ni dah pernah berlaku hampir 3 tahun yang lalu. Bila adik aku terlebih dahulu menamatkan zaman bujangnya dan telah melangkah 2 bendul. Aku dengan kakak aku la. Hoho. Advance terlebih adik aku ni. Ki3. Nak buat macam mana jodoh dia dah sampai dulu.
Masa tu aku masih lagi belajar di UMS dan ada kat Labuan. Mak call bagitahu ada orang datang merisik dan meminang adik. Aku terkedu jugak time mak maklumkan tu dan mak tanya samada aku izinkan atau tak adik nak kahwin dulu. Bagi aku takde masalah pun. Kalau dah memang jodoh adik, aku relakan saja. Lagipun adik dah bekerja masa tu. Mungkin dia dah stabil dan bersedia. Oh! Adik aku berumur 22 tahun masa dia melangsungkan perkahwinan dia. Mujur time kenduri tu adalah cuti semester. Jadi aku balik usung sekali encik CH nak kenalkan pada keluarga. Ambil peluang. Hoho.

Apa yang aku dan kakak dapat dari suami adik aku sebagai tanda terima kasih? Kami tak mintak apa2 pun sebenarnya. Cukup la dia jadikan adik isteri dan jaga adik elok2. Tu pun dah memadai bagi kami. Tapi disebabkan ikut adat, jadi pihak lelaki dah sediakan 2 bakul yang berisi sepasang kain persalinan setiap satu untuk kami berdua. Jadi aku dengan kakak pilih la sendiri bakul yang mana satu kami berkenan. Heheh.
Orang cakap kalau kakak dilangkah bendul oleh adik ni tak laku. Heh! Cetek betul pemikiran orang yang berfikir macam tu. Siapa kata kami tak laku? Akak aku dah kahwin pun setahun yang lalu. Laku je. Aku pulak walaupun belum lagi kahwin tapi dah ade calon ok. Dah 5 tahun pun hubungan kami, cuma belum sampai masa lagi je nak kahwin. Sebab 2-2 baru mula kerja. Duit belum cukup. Encik CH cakap bagi dia masa setahun. InsyaAllah ada rezeki kahwin la kami. Amin. Sila doakan kami ye. Heee. ^_^
Jadi kesimpulannya, tak salah pun nak langkah bendul. Dalam Islam pun takde melarang. Semua atas persetujuan keluarga. Dan jangan terlalu pesimis sangat sampai anggap kalau dah dilangkah bendul nanti tak laku. Tak logik semua tu weh. Jodoh kan Allah yang tentukan. Kita merancang dan berusaha. Kalau terbaik buat kita pasti Allah makbulkan.

Bisik2:: Aku ni kiranya macam anak bongsu la kan sebab tinggal aku je yang belum kahwin lagi..Hoho..Jangan jeles dik!
rsnya zmn skrg xramai yg amek kesah psl langkah bendul..ikut budi bicara famili jugak kn =)
BalasPadamneway congratz utk adik kamu...suka tgk org kawen kawen..yeayy~ ^_^
my bro bakal berkawin bulan 2 thn dpn..so die langkah bendul la..
BalasPadamsya relax je..tk kesah pun bak kata awk dh jodoh die dl kan
kakak second aku langkah bendul.
BalasPadamdan aku rasa adik aku pun nak lengkah bendul jugak.abg dia ni lambat lagi.haha
amin....xlama lagi la tuh cik sha pun klepak klepak klepong klepong hehe...xpa sha, ada jodoh xkemana, xdak maknanya lagkah bendul kita x laku kan ^^...
BalasPadamtapi cik sha, tunggu stabil dan mampu terus la kenduri, klu nk bebtul stabil mmg pakai xkawen la hehehe...
hehe mmg da adat...tp untung ape. klau kena 2-3 adek kt bwh nk kawen dulu lpastu plak pakat2 mintak arang kemas utk kakak. fuhh~ kayo..kayo.. :)
BalasPadamSaya pun langkah 2 bendul di atas.. walau akak2 yg 2 lg blom kawen.. tp soal jodoh ketentuan Tuhan.. Arwah Ayah dah mention awal2 nak skip adat2 ni nak buat yang hukum jer.. So, amanah Ayah memudahkan semua pihak. walau dia pergi mengejut 4 hari sebelum saya menikah.. Nak tau kisah suka duka di sebalik pernikahan penuh airmata ni.. blh rujuk di blog saya. kat side bar ada gambar kawen clik situ.. akan link terus ke entry yg bertajuk Ayah
BalasPadamxsabar nk tggu cik sha kawen...hehe
BalasPadamsyafiq rosli::
BalasPadamyup!tu semua petua orang dulu2..nak jaga hati kakak2..ki3..sekarang semua tu orang dah tak heran sgt dah..kan?
cik shabah::
hek3..kawen memang best..kalau dah betul2 sedia la..heee..tak lama lagi la tu turn cik shabah..sabarrrr...^_^
y@n@ M!B::
BalasPadambetul2..orang dah tak amik port dah kes langkah2 bendul ni..dah jodoh adik smpai dulu..takkan nak halang kot kan..^_^
cik EPAL::
hoh??betul ke ni cik Epal komen blog saye??yeay!!!
a'a..ade sket tang kening yg jauh tu dengan air muka kot..hik3..
wahidah::
BalasPadameh??nama macam adik saye..ki3..
adik lelaki kawen dulu dari kakak takpe..hik3..
mr PKH::
ala..adik pompuan langkah bendul abang takpe lagi..jgn langkah bendul kakak..naye laki die nak bg hadiah..kat ko laki die takyah bagi ape2..keh3..
lanaBusyBee::
BalasPadamamin amin amin..heee..insyaAllah..ade rezeki kawen la saye nnt..saye masih laku tau..kui3..
anna boleyn::
hohoho..tapi sis tak mintak pun..kami kakak2 yg baik..aiseh..tak kesah pun menda2 tu semua dapat ke tak..tapi kalau org bg sis amik jugak..hahaha..
the lekat lekit story::
BalasPadambetul tu..jodoh tu semua ketentuan Tuhan..^_^
cik mar::
huik??lambat lagi sayang..takpe2..nnt ape2 cik sha maklumkan..hek3..
menarik la entry ni... :) bole sy tau bila hantaran langkah bendul tu diberi? waktu bertunang @ bersanding?
BalasPadamtanpa nama::
BalasPadammekaseh sebab sudi baca..^_^
saya dan kakak dapat hantaran langkah bendul dari suami adik saya dulu masa majlis nikah dorang..^_^