Kekasih 'kaki kontrol'

Tak boleh ada kawan lelaki lain bagi perempuan. Tak boleh ada kawan perempuan lain kalau lelaki. Nak keluar dengan kawan2 pun tak boleh. Nak buat itu ini kena mintak izin. Nak pergi mandi berak pun kena maklumkan. Kalau lambat reply mesej terus kena call. Pendek kata semua dalam kawalan dan perlu buat laporan setiap masa pada si kekasih. Kalau takde laporan bersiap sedia la untuk disembur. Lepas tu 'perang besar'. Pernah mengalami masalah macam ni? Atau diri sendiri yang 'kaki kontrol' dan buat macam tu pada pasangan?


Kalau perempuan yang perangai macam ni kita panggil 'queen control'. Kalau lelaki pulak kita sebut 'king control'. Antara 'queen control' dengan 'king control', golongan yang mana paling ramai? Rasa-rasa aku la kan, golongan 'queen control' ni kot yang paling ramai. Hehe. Bukan maksud aku nak mencemarkan nama baik golongan perempuan ni. Aku sendiri pun perempuan weh. Tapi realitinya memang perempuan yang paling ramai sekali tergolong dalam kategori 'kaki control' ni. Betul tak?


Jadi bila dah ramai, tak heran sangat dah la kan. Macam sesuatu yang normal je. Pattern kontrol die pun sepesen je. Cuma lelaki yang 'kaki kontrol' ni je yang susah sikit nak jumpa. Ada tu memang ada. Tapi tak banyak. Golongan minoriti la lebih kurang. Tapi golongan lelaki 'kaki kontrol' ni susah sikit nak handle. Serius! Aku bukan bercakap kosong semata-mata. Aku cakap berdasarkan pengalaman yang dialami sendiri oleh kawan2 perempuan aku. Ada 2-3 orang kawan2 aku yang punya kekasih lelaki 'kaki kontrol'. Dengar pengalaman mereka dikontrol tu dah cukup buat aku cuak nak jumpa lelaki jenis ni. Takut!




Aku respek dengan perempuan yang boleh bersabar dengan karenah kekasih lelaki 'kaki kontrol' ni. Sebab ape? Sebab kalau aku dalam situasi tu aku tak mampu kot nak hadapi. Huu. Ada kawan aku sampai satu tahap tu dia dah hilang sabar sampai dah takde rasa ape2 kat kekasih dia. Rasa kosong. Sorang lagi kawan aku terus clash sebab dah tak tahan sangat kena kontrol. Lelaki ni kalau dia kontrol lain macam sikit.


Macam mana nak hadapi kekasih jenis macam ni? Aku pun tak tahu nak bagi jalan penyelesaian sebab aku sendiri tak pernah alami. Nasib baik encik CH tak tergolong dalam golongan lelaki 'kaki kontrol' ni. Fuhhh. Dan aku sendiri bukan jenis 'kaki kontrol' punye perempuan. Heee. Bagi kami masing2 ada hak nak berkawan. Masing2 ada masa privasi sendiri. Cuma kalau ada something yang tak kena je masing2 saling tegur menegur. Tapi takde la sampai nak kontrol2. No good no good! Heheh.


Jadi bagi yang 'kaki kontrol' tu silalah ubah persepsi dan perangai anda tu. Tak perlu nak kontrol sangat pasangan anda. Yang di'kontrol' pulak bawak2 la banyak bersabar dan berdoa semoga pasangan tu berubah perangai. Apa2 pun cuba bawak berbincang elok2. Jelaskan pada pasangan yang jenis kontrol ni. Mungkin dia sendiri tak sedar tindakan dia seolah-olah meng'kontrol' kita. ( Ayat ape ni? BM failed! haha..)


Tak elok la kontrol2 ni. Boleh buat 'rosak' hubungan je. Kalau pasangan dah jemu dengan kita nanti kan parah. Kesimpulannya, kalau nak kontrol sekali pun biarlah bersederhana. Kontrol biasa2 sudah. Kalau kontrol pasangan dari buat perkara yang merosakkan diri sendiri macam bergaul bebas sangat itu boleh diterima pakai. Wokeh! ^_^




Bisik2:: Control ke Kontrol? Hohoho. BI yang telah ditranslatekan ke BM sesedap rasa aku. Failed! Failed! Haha.


5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Emmm.. mmg ramai spesis ni....

    BalasPadam
  2. memang tak suka sgt dikontrol2 ni,,menyakitkan hati,,tapi,kalau belum kawen dah over control,,kawen tak tawlar macam mna,,kena bagi ruang,,japg gaduh besar,,putus,,dah xpayah control2 dah,,yang dicontrol pon xler jadi lemah sgt,,huhu,,dulu prnah ada pngalamn diControl sampai tahap sakit jiwa,,

    BalasPadam
  3. kena kontrol ni bagus juga sebab kita tahu yang pasangan kita benar benar mahu menjaga kita agar tidak mahu sesuatu perkara tidak elok berlaku
    tapi kalau dah over control tu, siapa pun tak sanggup kan?

    BalasPadam
  4. lemas org yg kaki kontrol...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan