Filem pertama arahan aku

Jangan terkejut ok. Aku nak bagitau ni. Bulan September yang lalu aku dah release satu filem. Tapi tak ditayangkan kat negara Malaysia. Apa barang nak market kat Malaysia kan. Baik aku market kat luar negara. Tajuk filem tu SHAHADA bersempena nama aku la. Tapi bukan aku yang berlakon. Watak aku tu pelakon lain yang lakonkan. Aku just jadi pengarah je. Maklum la kan, aku ni pemalu orangnye. Segan nak expose depan orang ramai. Jadi aku buat kerja belakang tabir je.



Sori la sebab tak maklumkan awal2. Filem tu dah pun ditayangkan. Dah masuk film festival sana sini. Bangga betul aku rasa. Hahaha. Korang percaya ke? Ngeh3. Aku tipu je la. Jadah hape aku tetibe nak buat filem pulak nye? Poket pun rabak. Nak buat filem konon. Mana nak cari modal weh. Nak tulis skrip pun tak reti nak jadi pengarah filem?? Nampak sangat aku menipu di situ walaupun dulu masa kat U ade belajar subjek tu. Tapi subjek minor la. Hoho.




Ni ha pepagi tadi masa nak panaskan enjin sebelum start buat kerja aku terjumpa link page ni kat fesbuk dari seseorang yang add aku jadi friend die. Ntah filem ape la ni aku pun tak tahu weh. Tapi guna nama aku tu. Tengok wall die sepatah harem pun aku tak faham bahasa apa ntah yang dorang dok ngarut tu. Ntah dari negara mana la gamaknye ni. Yang aku tak tahan tu filem ni siap tayang masa South African Gay and Lesbian Film Festival. Erk?? Filem gay ke ni weh? Ke filem Lesbian? Bongok je. Ape ni mengeksploitasi nama aku. Ni yang rase macam nak p saman ni. Nama aku sikit punye sedap dan elok je maksud die. Huuu.




Nah! Tengok page ni ha. Korang nak tengok ke? P la cari download sendiri kot2 ade kan. Eh? Ok la. Aku nak keluar p cari makan jap. Dah nak lunch time ni. Boi boi.








Bisik2:: Glamer jugak nama aku kan? Kembang hidung aku. Kui3. Tapi tengok die punye poster tu macam semacam jek cerita die. Penyalahgunaan nama ni. Huuu. Boleh tak aku nak p saman?

8 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. bukan macam mengeksploitasikan nama2 orang islam ker..
    huhuu

    BalasPadam
  2. Salam ziarah dari : http://abahmila.blogspot.com

    BalasPadam
  3. kenapa buka bf u macam faizal hussein? eh????

    da tau da tipu ni...=P

    BalasPadam
  4. lu sbg tuan punya nama, lu kena tgk dulu filem ni..kalau best, bolehla lu rekemenkan sama gua..amacam?

    BalasPadam
  5. haish itulah kenapa muka bf ko macam faizal hussein eh?

    And apsal aku komen tak kena mengenda dengan entri? HAHA

    BalasPadam
  6. hahha.. aku dah terkejut dah.. hahaha

    BalasPadam
  7. hoho hana tengok pon lain macam jek posternya. pemes nama cik sha jap ek..
    cik sha saman, hasil tu kita kongsi amacam? kuikuikui. :p

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan