Di sebalik setiap KEKURANGAN pasti ada KEISTIMEWAAN. Bersyukurlah

Yeay!! Hari ni cuti. Syoknye! Tak payah semakkan pale dengan kerja. Selamat menyambut diwali buat kaum2 india di Malaysia. Eh2? Aku wish ni macam le depa baca blog merapu aku ni kan. Hahaha. Takpe la. Aku wish untuk pembaca blog aku yang bercuti hari ni sempena cuti umum diwali. Selamat bercuti semua.



Cuti pun aku bangun awal jugak. Dah terbiase gamaknye. Lepas subuh pi tengok "betina cantik" tu kat luar. Cuci kandang dengan jamban die. Pastu bagi die mandi. Harap rupe je cantik, tapi perangai tak cantik betul. Tak nyempat nak tunggu aku atur die berak kat jamban die. Die dah melepas dulu dalam kandang. Hangin betul aku. Dah tukang cuci nye aku la. Mahu tak hangin. Padan muke die kena bagi mandi sekali. Muahaha.



Pas selesaikan die aku kasik kekasih gelap aku pulak mandi. Dah berbulan tak mandi Mr. Black aku tu. Penuh daki dah. Asyik mandi hujan je. Sian die. Kalau die boleh bercakap mesti die membebel kat aku. Pakai die je reti. Kebajikan die aku tak jaga. Nak buat camne. Dapat kekasih macam aku yang pemalas ni ha.



Semalam aku tengok satu iklan sempena diwali kat telebisen. Petronas yang buat. Aku suka la iklan tu. Touching sangat. Ada something yang cuba disampaikan. Kisah seorang budak yang berumur 11 tahun. Tapi die berbadan besar tak macam kanak-kanak yang sebaya dia. Die sedih dengan kekurangan die tu. Actually kekurangan die tu adalah satu kelebihan sebenarnye. Part nenek die cakap, " Kalau die sama dengan orang lain sape yang nak dukung nenek die". Pastu die dukung nenek die keluar dari kedai bunge. Owh..Part tu sangat touching ok.




Then ade shot yang tunjuk orang gemok kayuh basikal. Orang kurus keding dok lintas jalan. Orang kerdil dok tunggu bas. Tu nak menunjukkan setiap manusia ade keistimewaan dan kelebihan tersendiri walaupun ade kekurangan. Jadi kita kena bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kekurangan fizikal bukan bermakna kita kekurangan segala-galanya. Pasti ada kelebihan dan keistimewaan yang tersembunyi.



Jadi, jangan hina kekurangan yang ade pada seseorang. Setiap kejadian manusia tu ade sebabnye. Tuhan takkan cipta manusia dengan kekurangan tanpa memberi sebarang kelebihan. Macam orang buta. Walaupun dia tak dapat melihat dengan mata, tapi dia dapat melihat dengan mata hati. Macam orang kudung tangan, walaupun tak dapat melukis dengan tangan dia boleh melukis dengan kaki. Dan macam-macam lagi contoh yang boleh kita lihat dengan mata kita sendiri sebagai seorang yang sempurna anggota badan ni. Bersyukurlah.



Bisik-bisik :: Aku bersyukur dengan apa yang dah Allah anugerahkan pada aku. Alhamdulillah.


7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. bersyukur adalah jln terbaik tuk menerima segala kekurangan n kelebihan...

    BalasPadam
  2. hee betul2. everything's happen for a reason =)

    -jalan2 lalalal~

    BalasPadam
  3. gua tak tengok lagi iklan tu.haih.

    BalasPadam
  4. susah la nak tengok iklan2 sekarang bila duk kat u ni. Tv pon tak mandang. AHAHA

    BalasPadam
  5. amyliz like this entry ;)

    BalasPadam
  6. betol betol bersyukur dengan apa yang dah dikurniakan tuhan. :) aloo ingat kan cik sha ada letak video tadi. ada kat youtube tak agak2? huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan