~Best sangat ke main 'kayu tiga'?!~

Selamat pagi semua. Ini adalah entri pertama selepas satu tahun berbloging. Hihi. Petang semalam pergi tengok Ngangkung dengan Enny (opismate) sebagai hadiah ulangtahun pertama blog busuk ini. Walaupun tuan belog yang pergi tengok. Haha. Ketawa tak hengat dunia sampai angkat2 kaki atas kerusi. Owh! Memang takde tatasusila betul. Mesti orang yang duduk sebelah kanan aku tadi bengang je dengan kelakuan aku. Kui3. Sori la akak. Saye memang cenggitu. (-_-)"


Oh. Nak bagi review sikit tentang movie Ngangkung tadi. Secara overall not bad la sebab boleh buat aku gelak2. Aku boleh bagi 4 out of 5 kot. Enjoy je layan movie tu. Full seat weh! Penuh panggung. Minggu ni saje dah 2 kali aku pergi tengok wayang walaupun tengah kopak belum dapat gaji. Tempoh hari tengok Harry Potter. Best! Ish3. Memang 'hantu wayang'. Itu gelaran mak aku kasik sebab antara aku, kakak dan adik yang paling suke perabih duit tengok wayang aku la. Hoho.


Lepas tengok wayang, kami p jumpa kawan2 Enny yang kerja kat Jusco sebab konon2 malamnye nak pergi mandi wap beramai-ramai lepas dorang habes kerja. Tapi tak jadi la pulak. Cancel tunda pada hari yang lain. Hah! Masa on the way ni la kami terserempak dengan boifren kawan Enny keluar dengan perempuan lain. Siap pegang tangan lagi. Wahh. Berapi rasa tengok gelagat mamat tu. Pastu kami berdua pun pergi sekodeng la. Mak ai. Siap jegil mata kat kami bile kami saje2 lalu depan die. Sikit pun takde rase bersalah. Oh My. Rasa macam nak bagi penampau maut je kat die.




So, topik hari ni nak bincang APA PERASAAN ANDA BILA NAMPAK KEKASIH KAWAN BAIK ANDA KELUAR DENGAN SKANDAL LAIN? Dalam istilah lain main 'kayu tiga' @ curang la kan. Kalau aku, rasa macam nak p bagi penumbok sulong sebijik kat muke die. Takpun bagi penendang maut kat anu die. Sedap sket kan? (erk..terlucah pulak!) Tapi seriously tadi aku rasa macam bengang je dengan perbuatan mamat tu walaupun aku tak kenal kawan Enny yang jadi gelpren mamat tiga suku tu. Silap kami tak sempat nak capture gambar dorang tadi. Haishh.


Itu kalau lelaki la yang buat perangai. Kalau perempuan pulak aku p sound direct je depan dia. Takpun aku buat2 tanya pasal boifren dia a.k.a kawan baik aku. Nak tengok apa dia nak jawab depan skandal dia tu. Hoho. Kejam tak aku? Takde la kejam sangat kan. Aku bukan apa. Anti sikit dengan spesis yang suka main 'kayu tiga' ni. Kalau nak keluar dengan orang lain tapi dalam istilah kawan takde bermesra-mesra alam tu takpe la. Yang tu aku pun tak kesah. Ni siap berpeluk pinggang, pegang2 tangan, kawan hapenye macam tu. Hoi, berbulu mata aku! (Eh. Bukan memang aku dah ade bulu mata ke? Haha.)


Tapi spesis yang suka main 'kayu tiga' ni memang ramai kan? Kiranya kita sendiri kadang2 tak perasan pun. Kiranya dorang cover baikkk punye. Panjang betul akal bila nak buat jahat macam tu. Pastu bila terkantoi senang2 je reka alasan itu ini takde rasa bersalah ape2. Yang boipren/gelpren pun maafkan je sebab sayang punye pasal. Pergghhhh. Lagi panjang la tanduk nak buat perangai lagi kan. Ape nak kesah? Terkantoi pun boleh siapkan list alasan berjela-jela nak cover diri sebab pastu konfom dimaafkan.


Alahai. Nak sayang tu pun berpada-pada la weh dengan boipren/gelpren yang suka main 'kayu tiga' ni. Sebelum kahwin pun dah berani buat perangai macam tu, bila dah kahwin ingat dorang tak berani nak buat jugak ke? Konfom2 la perangai tu terbawa-bawa dari bujang sampai dah kahwin kalau dorang tu spesis tak sedar diri punye orang. Haa, korang pernah ke berhadapan dengan situasi macam ni? Aku dah ada sorang dua kawan yang terkena macam ni. Sian dorang tapi nak buat camne kan dah dorang yang sanggup bersabar kerana terlalu sayang sangat. Aku cuma mampu bagi nasihat je la. Keputusan kat tangan dorang sendiri.


Jadi, apa pandangan korang tentang kes macam ni? Share la sikit dengan aku dan pembaca2 yang lain. Nak tahu jugak pandangan pembaca2 aku yang bijak kat sini. Berkongsi2 pendapat. Boleh tambah pengetahuan kan? Hehe.



Bisik2:: Apahal la 2-3 menjak ni rajin betul aku story pasal masalah2 cintan cintun ni? Nak jadi doktor cinta ke hape..Haha.

11 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. hoho...benci si pengkayu 3 ni!!
    klu cik mar, kasi bom je dia...tp tak logik plak perbuatan tu.ermm...xpun sje2 pegi kt dia then bwt2 tnye..."eh, ko dh clash ke dgn *kwn enny??biar merah padam muka dia."

    BalasPadam
  2. isu menarik jgk ni..main kayu tiga, masalah yg ade sejak zmn brzaman lg..manusia mcm ni sentiasa jek ade setiap generasi..huhu..

    bila kena kt kwn kita, kita rasa hangin, klu kena kt diri sendiri, mesti le lg hangin drpd ribut taufan..yg x ngaku tu paling best..siap sumpah2 nafikan bagai..mcm x takut kena mkn sumpah agknye!

    bila dh skali dicurangi, mmg fobia seumo hidup..hinggakn even lelaki yg baik yg dtg kt kita, still rsa ssh nk percaya..kn..?

    BalasPadam
  3. wow~howt topic nih...tp penah gak jadi kat diri i sendirila..dulu setia nak mampus ngan ex-tunang i...tapi...die wat taik plak...penah gak bile dh kne tipu tu rs sia2 plak setia kat die..so i pon bls la balik..hehe...tapi..mmg xelokla men kayu 3...i pon dh insaf skg...setia lebih baik...aman dan tenang hidup rsnye...pergh...statement berani dan jujur nih!

    BalasPadam
  4. mmg menyampah gila dgn org yang suka main kayu 3 ni.. setia itu lebih baik..

    BalasPadam
  5. agak2 nya ngan citer 2 alam yang mana lagi sedap ya

    BalasPadam
  6. pada yana, kalaw kita dah nampak perangai sebnar yg suka main kayu tiga b4 kahwin, tu da cukup besyukur. sayng macam mana pun kita dengan seseorng, ltak la rsa benci sikit. hehe :)

    BalasPadam
  7. wah rasa nak tendang je lelaki tu!atau tak bukak langkah bersilat piqa kat situ!haha

    BalasPadam
  8. selalu yang men kayu tiga ni yang ade rupa la...yang tak de rupa tu jangan susah skit la nak main kayu tiga..kayu dua je pun susah nak cari..heheh

    BalasPadam
  9. x tng hidup main kayu 3 tp buat jugak. lalala..tp skng rasanya dah stick pd seorang.. hargai org yg btol2 syg kn kita. :)

    BalasPadam
  10. pernah gk kena dl..tp bukan setakat 3 empat..mmg dahsyat la..bile kantoi mmg bengang giler..

    luckily tk frust mn..hahaha

    BalasPadam
  11. kalau kena kat diri sendiri mcm mn pulak?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan