Siapa cakap 'Cinta Jarak Jauh' tak best?

Bosan ah tengok Gadis Melayu. Nanti aku tanya mak je la sape yang menang. Ngadap blog lagi best. Nak membebel puas2 sampai muntah hijau. Haha. Malam ni nak membebel pasal cinta pulak. Heh! Saje nak berjiwang-jiwang. Macam dah lama je tak cerita pasal beliau kan. Malam ni rase nak buang tebiat sket. Nak bergeli-geli. Jangan marah ar. Sabau je la dengan perangai aku ni eh. Kui3.


Tempoh hari aku cerita yang aku ke KL kan Sabtu yang lalu. Jadi ini kesinambungan cerita tersebut. Hehe. Memandangkan dah berpeluang turun ke KL tu aku amik kesempatan la berjumpa dengan encik Cinta Hati. Tunggu lagi. Peluang keemasan tu weh! Hoho.


 
*Posing sebelum check out dari hotel. Siap comel2 nak pergi date dengan Encik CH. Hoho.*


Sampai je kat KL terus aku suruh beliau datang kat KLCC. Walaupun sebenarnye masa tu aku sebok tolong urus ape2 yang patut untuk dinner malamnye. Dari jauh beliau datang. UPM dengan KLCC kan boleh tahan jauh. Sanggup tu beliau datang demi aku. Sian beliau kena tunggu aku setel kerja. Tapi beliau sangat penyabar. Kagum betul aku. Kalau laki lain mahu dah ngamuk kot. Suruh datang pastu kena tunggu lama pulak. Kui3. Hari Sabtu tu dapat jumpa sekejap je la. Setengah jam je kot. Buang masa die je ek. Sorry my dear. -_-"


Ahad aku decide nak balik sendiri. Takmo balik awal dengan van. Nak luang masa dengan encik Cinta Hati. Seharian dengan beliau. Terasa cepat betul masa berlalu. Tak pergi mane pun. Lepak kat Mid je. Beliau tak berapa sehat. Lagipun aku janji nak jumpa dengan BFF aku cik Alin kat sana. Lepak bertiga, jalan-jalan, makan-makan. Pukul 5 Alin gerak balik hostel dah. Tinggal aku dengan encik CH je. Tawaf Mid pastu dok lepak kat luar tengok air pancut warna-warni. Kah3. Takde kerja betul. Nak maghrib dulu kat Mid sebab pastu beliau nak hantar aku g KL Sentral. Tepat jam 10.30 malam aku pun berangkat pulang ke Penang naik keretapi. Huuu. Sedih.



*Dengan cik Alin. Nape i nampak lagi bumbum dari u ni lin?? Huwaaa..*


Ada la adegan nangis2 sket. Kui3. Aku la tu. Ntah hape-hape je perangai aku ni. Macam la takleh jumpa dah. Hiks. Sebenarnye perjumpaan tu adalah perjumpaan kali KETIGA aku dengan beliau untuk tahun ni. Hebat kan? 3 kali je jumpa dalam masa setahun. 1st masa besday beliau. 2nd masa bawak kazen g intebiu. 3rd hari sabtu lalu la. Macam tu la dugaan bercinta jarak jauh ye kawan2. Nak jumpa bukan senang tau. Kekangan masa, jarak dan kerja adalah punca utama jarang nak berjumpa.



* Tengah tunggu train tak sampai-sampai asyik delay je..Beliau dengan muke sememeh sebab tak sehat. Sian kena paksa jumpa aku. Kui3.*


2 tahun yang lalu, ada kawan2 tanya aku bila kami dah habes belajar dan akan berjauhan. "Ang boleh ke tahan couple jauh2 ni sha?" Setelah 2 tahun, soalan macam ni pulak aku terima." Yakin ke tun boleh setia dengan ko sha? Die keje KL weh. Kat opis die mesti ramai awek minat kat die weh. Die kan ensem." *Cit! Mentang-mentang la aku tak lawa. Dan bermacam-macam jenis soalan lagi la.


Jawab aku? Bagi aku, jarak bukan penentu bertahan atau tidak sesuatu hubungan. Yang penting hati masing2. Kalau betul sayang, mesti takkan ade istilah curang. Aku kenal siapa Cinta Hati aku. 5 tahun mengenali beliau, aku tahu beliau orang yang macam mana. Diri aku sendiri, aku yakin aku mampu setia. InsyaAllah. Sekali aku kasih, sampai mati aku tetap kasihkan beliau. Sebab aku susah nak sayang orang. Dah masuk tahun kedua kami tempuh percintaan jarak jauh. Setakat ni takde ape2 masalah. Alhamdulillah. Hati masing2 masih teguh berpegang antara satu sama lain. Mudah-mudahan jodoh kami berpanjangan.


Siapa kata bercinta jarak jauh tak best? Best pe. Dapat rindu2. Yang penting dapat ngelakkan maksiat. Kui3. Tapi, sekali dapat peluang berjumpa, rasa macam dunia tu kita yang punya. Bahagia je. Macam yang aku rasa hari tu. Ngeh3. Apa yang penting kalau nak tempuh hubungan cinta jarak jauh ni ialah hati kita sendiri. Kuat atau mudah goyah? Hanya kita yang tahu. Kepercayaan, Kejujuran, Kesetiaan. Itu kunci utama dalam sesebuah perhubungan yang melibatkan dua hati. Tak kesah la jarak jauh ke jarak dekat. Walau ape pun, bila kita letak keyakinan pada Allah bahawa itu adalah yang terbaik untuk kita, insyaAllah Dia akan sentiasa memelihara kita dan rasa kasih itu.


Tiba2 rindu dekat beliau la pulak..Huwaaa..Nak p layan perasaan jap. (-_-)" Sekian sahaja entri geli-geli dari aku. Kui3.



Bisik2:: Tahniah kepada Rina Salleh!! Ikon Gadis Melayu musim ke-3. Aku kenal beliau sebagai seorang blogger je dulu. Sekarang dah jadi public figure beliau kan. Waaahhhh..

6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Ish.. Suke laa cerita cinta yang happy2 ni.. Heehee.. Saye doakan yang terbaik untuk perhubungan Cik Sha dan Encik CH.. InsyaAllah.. :)

    BalasPadam
  2. Hey, yang penting hati mesti kuat kalau cinta jarak jauh ni! So kuatlah! HAHAH ;)

    BalasPadam
  3. hana dulu dah puas da.... LDR dengan mr D.O.M. bila dah belajar kat sini, dia pon kerja sini, baru lah selalu jumpa... tp tu lah LDR lg bagus sebenar nya. bila dpt jumpa happy tu lain macam kan. hehe

    apa2 pon moga cik sha ngan mr CH bahagia selalu dan kekal smpai bila2. :)

    BalasPadam
  4. betul tue sha...sokong sgt2..cinta jarak jauh nie byk baiknye..terutama sekali bleh elak maksiat...rindu2an tue kan manis..tp nti angau plak...satu keje xjd...hahaha...xpe hope sha n CH tabah hadapinye...

    BalasPadam
  5. wah2...emm..

    aku pun cinta jarak jauh gak...perak ng johor...korang org mane ea??

    skrg aku kat kl, dye kat jb plak...dulu penah jumpe stahun skali je..tahun ni em...5x..hehe.

    BalasPadam
  6. Best kan bila lama x jumpa.. then skali2 skala jumpa.. hehe.. sy ngan fiance dlu pun jra jauh gak.. dia keja kt kl ni n sy kt sabah.. now bila smbung study cni bru bleh slalu jmpa.. jarak jauh x de hal.. as long as u trust n setia each other.. n jrak jauh lg best coz.. dosa jumpa2 n pgang tgn tu kurang la.. hehe.. opss..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan