Klon Doraemon

Hoh? Apsal tetibe aku nak cerita pasal doraemon pulak ni? Hak hak. Memang doraemon tu katun fevret aku dari aku kecik demik sampai dah besar gedabak. Best pe layan doraemon. Tengok perangai nobita yang pemalas nak mampus tu. Asyik mengharap pertolongan doraemon je kan? Ntah hape2. Tapi aku layan jugak. Kui3. Nak tahu ke sape klon doraemon?? Bace dulu baru korang tahu sape. Ngeh3.





Sebenarnye, aku baru selesai tolong siapkan kerja budak kat atas ni. Hangen betul rase. Pemalas tahap gaban. Pastu pandai lak merayu-rayu aku suruh tolong buat. Ayat bodek kemain lagi. Yang aku ni pulak jenis tak sampai hati. Nak tak nak, walaupun geram dengan perangai pemalas die tu, tapi aku tolong jugak. Padan la Encik CH cakap aku macam doraemon. Memang kena la sangat kot. Hah. Aku la klon doraemon tu. Huhu.



Beliau cukup marah kalau aku buat kerja amal jariah ni. Beliau kata aku bagi muka sangat. Tapi aku tak sampai hati weh tengok adik aku buat muke seposen die tu merayu rayu aku. Selalunye aku rahsiakan je dari encik CH sebab aku tahu nanti beliau akan marah aku. Kih kih. Tapi, kadang2 bile beliau mesej tanya aku tengah buat ape, spontan je aku jawab yang aku sebok siapkan kerja sekolah adik aku tu.


"Tengah watpe tu sayang?"


"Tengah buat kerja sekolah dik nor.."

"Hmm..bagus la. Umi yang sekolah esok kan?"


"Hoh?? Perli la tu."


Kui3. Dah biase dah kena perli begitu oleh beliau. Nak buat macam mane. Redha je la. Kes beliau samakan aku dengan doraemon ni dah lama jugak la. Tapi masa tu aku tak dapat tangkap ape maksud beliau. Ada satu hari sabtu tu, aku dok ralit tengok doraemon, beliau mesej.




"Sayang..dok watpe tu?"

"Tengah tengok doraemon."


"Hei..maghrib2 tengok tv. Tutup sekarang!"

(beliau memang pantang kalau aku cakap aku tengok tv time maghrib..ki3)

"Loooo..takpe la. Nak tengok doraemon sat. Umi cuti la."

(Ye. Aku memang suke melawan cakap beliau. Huuu..)

"Elok la tu. Tengok diri sendiri."



"Hoh?? Ape die?? Samakan mi dengan doraemon? T_T "

"Takde ape2."


Macam tu la beliau kalau mesej ye. Romantik2 takdo la. Ayat bunga2 lagi la takdo. Beliau sangat tidak pandai menunjukkan kasih sayang beliau. Aku merajok pun ingat die nak pujuk?? Idok le jawabnye. Beliau tidak pandai. Harap maklum. Hehe. Masa ni aku siap merajuk-rajuk lagi bila beliau cakap aku macam doraemon. Sebab aku terperasan konon2 beliau nak samakan aku dengan doraemon tu dari segi fizikal. GEMOK. Haha. Rupenye pasal benda alah ni la. Tolong adik aku tu buat kerja sekolah. Baik sangat nak menolong tak kena gaya. Hek3.



Memang kerap pon aku wat kerja amal jariah ni ye. Ade aku tulis sekali pasal ni dalam entri ni. Die suh aku tulis jawi untuk die. Ish3. Die ni memang terer wat muke kesian. Kadang2 adik aku ni sampai sanggup tepon berkali2 suh aku p rumah die. Ingat nak ape. Rupenye nak pujuk aku watkan kerja sekolah die la. Kadang2 die sanggup suh ayah die hantar die mai rumah aku semata-mata nak bodek aku. Hampeh betol la adik aku yang sorang ni. Sesuke hati die je buli aku yang baik ni. Haha.



Eh. Ok la. Beransur dulu ye. Klon doraemon nak pergi masuk mesin masa pergi ke alam lain. Haha. Selamat malam semua.



Bisik2:: Aku doraemon yang takde poket ajaib tapi ade perot yang moncit. Kah kah kah.

8 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. kalau tuan blog ni doraemon, aku nak request 1 benda je pleaseeee

    ROTI MENGINGAT~~
    yang tulis ilmu atas roti, then makan, terus ingat n no prob jawab exam :D:D:D:D

    BalasPadam
  2. arc::errrr..masalahnye aku takde poket ajaib..kalau aku kasik roti gardenia sebungkus boleh??hahaha...

    BalasPadam
  3. salam..

    thanx ekk sebab sudi tinggalkan komen kat entry HLN.sory lambat balas kunjungan. busy gila baru2 ni.

    hehe doraemon comel ape? :p

    p/s : mahu kekal langsing?? jom tengok advertorial pertama anna boleyn untuk tahu rahsianya!


    http://hanalovenest.blogspot.com/2010/10/rahsia-kekal-langsing-u-must-read-this.html

    BalasPadam
  4. jangan biasakan...

    bila dah terlalu biasa

    tgk la sekarang pandai adik2 amik kesempatan yer?

    BalasPadam
  5. doremon.. gua nak jadi oltromen

    BalasPadam
  6. jd doremon best..ada pintu suka hati..sng nk g mna2..ha2

    BalasPadam
  7. nak komen pasal nobita je.
    memang pemalas kan.haha

    BalasPadam
  8. cikgu pun akan sentiasa jadi doraemon..
    :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan