Dah jadi tunangan orang

Dah 2 hari berlalu. Tapi aku nak update jugak. Lantak la kalau korang kata dah basi pun. Kui3. Ini kisah hari ahad lepas. 10-10-10. Adik angkat aku bertunang. Tahniah untuk beliau. Cinta zaman sekolah sejak dari tingkatan 2 akhirnya sampai ke pertengahan kemuncaknye. Wasehh. Semoga berkekalan sehingga ke alam pernikahan dan berkekalan sampai akhir hayat. Amin.



Aku bile pulak?? Owh. Nanti2 la eh. Kasi can kat adik2 dulu. Muahaha. Walaupun aku rasa macam dah bersedia (statement tak bleh blah..haha) , tapi duit belum sedia lagi kot. Masih dalam proses mengumpul sebanyak yang mampu. Dah stabil baru boleh fikir kot menda2 tu semua. Tunggu je la. Ada jodoh aku dengan encik cinta hati insyaAllah.



Sebenarnye aku nak kongsi minat aku yang satu ni, fotografi. Masa hari tunang adik angkat aku tu, dalam masa yang sama kena jadi drebar, aku jadi tukang amik gambar jugak. Walaupun memang dah ramai yang amik gambar time tu. Aku kan penyebok antarabangsa. Hak3. Aku memang minat la sangat2 ambil gambar ni. Kadang2 terasa macam nak buat part time je. Boleh dapat duit sampingan kan. Hiks. Ok la. Meh layan dulu beberapa keping gambar yang aku nak sumbat dalam blog ni.




~Inilah die cik gadis yang sudah menjadi tunangan orang.~




~Sedang berdebar menunggu saat disarungkan cincin tunang.~




~Sesi menyarung cincin tunang.~




~Sesi menyuap gula kepada cik gadis. Sebab tu orang kata masa bertunang darah manis eh.~




~Cik gadis merenung hantaran dari pihak lelaki. Banyak benar makanan. Ni konpom nak bagi hint suruh pandai masak time dah kawen nanti. Haha.~




~Cik gadis dengan encik tunang. Mereka sebaya. Tapi sangat matured encik tunang beliau walaupun umur baru 23tahun.~




~Cik gadis bersama tuan blog yang menyebok nak interprem. Haha. Berisinye badan aku!!~




Haa. Itu je la gambar yang mampu aku nak sumbat kat sini. Tak boleh banyak2. Kang berat blog aku. Amacam gambar2 yang aku ambik ni? Cantik tak? Yang last sekali tu orang la tolong amik kan. Aku pun nak interprem jugak. Kui3. Gambar2 ni semua aku guna kamera digital biasa je weh. Hasrat nak memiliki DLSR tak tercapai lagi. Tak kesah la guna kamera ape pun kan? Janji tangan tu berseni. Kalau dah memang ade bakat, pakai kamera henpon pun leh dapat ambik gambar yang cantik2. Ye dak? (Kes nak puji diri sendiri. Kah kah kah.)


Eh. Ok la. Aku nak buat kerja maksu aku jap. Die mintak tolong. Sian lak sok bos die nak tengok. Nanti aku update lagi. Ade cerita kelakar aku nak share. Kui3. Nite semua.



Bisik2:: Seronok tengok orang2 yang aku sayang bahagia. Aku pun tumpang bahagia. ^_^

9 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. lawa...
    nk tggu awk lak tunang..
    hehe

    BalasPadam
  2. huwa..teror shu amek pic..nice sgt..

    BalasPadam
  3. bila tuan blog ni nak tunang pulak?hehehe~ :D

    BalasPadam
  4. tuan blog ni pun tak lama dah.

    BalasPadam
  5. salam.

    cantik cantik. whoaaa dari form 2 kapel? respek la. btw, btol tu cik sha..klu tngan tu berseni shoot guna cam ape pon tak kisah. macam Mr d.o.m lerr. nnti ada rezeki lebey, cik sha angkat la dslr barang sebijik dua. satu bagi kat hana hehe :p

    p/s : ini misi membalas 172 komen! batch kedua selepas membalas komen dari 98 blogger. wawawa.. its okay.. demi kalian semua yang selalu tinggalkan komen di HLN. Tanda penghargaan. Thank you so much! :)

    BalasPadam
  6. aku dan hidupku::

    tenkiu..kembang rase..kah kah kah..
    erk??tuan blog lambat lagi nak tunang nye..kui3..


    mia::

    teror ke??wahh..cmni leh wat kerja part time amik gambar la..hoho..tenkiu anyway..

    BalasPadam
  7. aida::

    erk??speechless..hehe..


    PKH::

    wahhh..macam ahli nujom je ko eh??kui3..lambat lagi la..


    anna boleyn::

    cantik eh..mekaseh dear..hehe..
    erk??nnt sis beli sebiji yang mainan punye untuk hana eh??keh3..

    BalasPadam
  8. seronok tengok orang bertunang..

    **dekat sgt la tu... lg pon sy dok CG hehe

    BalasPadam
  9. u dah mampu dah nk betunang..bila lagi?hahahahah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan