Raya..raya jugak. Zakat dah bayar belum?

Diam tak diam dah 22 hari kita berpuasa eh? Tinggal lagi 8 hari je dah nak raya rupanya. Aku pun tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Ish3. Alhamdulillah setakat ni aku masih berpuasa penuh. MC belum dapat lagi. Sehari dua lagi kot baru aku dapat MC tu. Harapnya sempat sambut raya dalam keadaan suci murni. Haha.


Hah?! Korang dah bayar zakat fitrah belum ni? Sape yang belum tu, sila pi bayar secepat yang mungkin. Tinggal lagi berapa hari je Ramadhan dah nak melabuhkan tirai. Jangan buat lupa pulak kewajipan korang yang satu tu. Aku alhamdulillah. Dah bayar pun. Bersyukur sebab tahun ni aku dapat bayar sendiri guna duit titik peluh aku bekerja. Untuk mak pun aku bayarkan. Tak perlu nak beban mak macam dulu lagi. Sekarang dia tanggungan aku. Bukan aku tanggungan dia.




*bayo jangan tak bayo*




Bukan mahal mana pun bayaran zakat fitrah tu. Yang dah bekerja tu pi la bayar sendiri ye. Jangan nak susahkan mak ayah lagi. Patutnya korang yang kena bayar untuk mak ayah bila dah bekerja. Murah je pun. RM7 sorang. Jangan bagi alasan tak mampu nak bayar pulak. Beli barang jenama mahal untuk sendiri boleh takkan nak bayar zakat tak boleh. Aku hempuk sorang-sorang kang. Hak3.


Persiapan raya aku macam mana? Hmm. Takde la prepare ape sangat pun sebab tahun ni aku pergi beraya di Melaka, rumah adik aku. Dia dan suami dia tak dapat nak balik raya tahun ni. Sebab adik aku baru mula bekerja. Jadi tak dapat cuti lama. Mungkin raya haji nanti baru depa dapat balik Penang. Tak kisah la mana-mana pun. Mak aku rindu kat adik dan nak sangat beraya kat sana. Pastu dia nak beraya dengan besan dia kat Muar. Mak mentua adik aku la. Jadi aku ikutkan saje kehendak mak. Kakak pun tengah bercuti pantang kat N9 rumah suami dia. Alang-alang semua beraya kat rumah adik je la senang.




*errkk?? nasib baik kat Malaysia takde situasi macam ni..gile betoi!!haha..*




InsyaAllah 8hb malam ni aku bertolak dengan mak ke Putrajaya dulu. Sebabnya adik aku posting kat sana. Sampai subuh 9hb tu baru bertolak ke Melaka. Aku dengan mak naik bas je. Nak drive sendiri aku belum punya kereta. Takkan aku nak rempit "kekasih gelap" aku dengan mak sampai ke sana. Mahu kengkang kot berjalan kalau dah sampai. Haha. Tak boleh nak bayangkan. Macam lawak je situasi tu kalau betul-betul terjadi.


Tak lama pun kami kat sana nanti. Raya ke-3 dah bertolak balik Penang sebab hari Isnin aku dah kena kerja. Huhu. Kalau tak, mungkin aku masih bercuti lagi masa tu. Cadangan awalnye nak ke Melaka tu dengan family Maksu then terus lanjut ke Kelantan untuk pergi kenduri kahwin anak sedara Paksu raya ke-4. Tapi tak jadi sebab Paksu nak balik Kelantan sehari sebelum raya. Nak sambut raya kat sana mungkin. Jadi plan pun bertukar la.


Raya tahun ni aku buat kueh sendiri jugak macam tahun lepas. Ada la jugak beli 2 jenis kueh yang aku malas nak buat sebab tak reti. Haha. Kawan-kawan yang nak datang beraya kat rumah aku sila tunggu aku balik dari Melaka ye. Tak pun datang je masa 16hb. Masa tu kan cuti umum. 17hb mungkin aku akan ambil cuti. Cadangnye nak pergi kubur arwah tok, tokwan dan abah. Pergi lambat sikit la nampaknye. Takpe. Janji pergi jugak kan?


Eh? panjang berjela pulak aku membebel pasal preparation raya aku. Kalau dah dapat membebel tu memang tak hengat dunia aku ni. Ish3. Ok la. Aku nak pergi tengok Syurgamu Ramadan pulak lepas ni. Bye.



Bisik-bisik :: Tak rasa meriah mana pun raya kali ni. Mungkin sebab peningkatan umur kot. Tak2. Salah tu. Sebab tahun ni aku kena keluar belanja bagi duit raya. Huhuhu.

5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. oi,, gua masuk contest ah.. ish..

    btw gua dah bayar zakat.. hahahaha

    BalasPadam
  2. haha.
    dah lama gua tak naik train. tengok gambar tu teringat pulak naek train ramai2 dulu.

    BalasPadam
  3. tngn tg mmberi lbih baik dr tngn yg mnerima..huhu

    BalasPadam
  4. Wah.. Beraye di melaka jugak ye.. Heehee.. Saye awal2 raye balik kampung kat johor dulu.. Selamat dlam perjalanan cik sha.. Take care.. :)

    BalasPadam
  5. amboiii.. cik sha ni mmg bley tahan kuat gak membebel ekk. hehe. nak raya uma cik sha bley? nak rasa kuih raya cik sha. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan