Perutusan dari aku sempena Hari Raya

Mak oi! Bergegar gegar aku nak taip entry ni weh. Haha. Dah rupe macam naik kude pun ade aku rase. Ni kalau nak tido pun kompom tak lena. Tapi..aku ni kan ke kuat tido? Letak pi la kat mana pun. Kalau dah ngantuk memang aku hentam je tido. Tak heran dah dengan suasana kat sekeliling aku ni. Hak3.



Ha..kalau pandai, cube teka aku ade kat mana yang sampai aku nak taip entry ni pun bergegar gegar. Ye. Aku dalam bas la ni. On the way nak ke KL. Orang semua pakat keluar dari KL balik kampung. Yang aku ntah ape jadah la nak pi turun KL. Pelik betul!



Sebenarnye aku dengan mak on the way nak ke rumah adik la. Turun KL dulu. Nanti sampai kang baru adik dengan suami dia ambik kami berdua kat stesen bas Bukit Jalil. Then, terus gerak balik Melaka. Bersahur dalam bas la aku dengan mak nanti.



Eh? Nasib baik raya hari Jumaat kan? Kalau tak aku dengan mak beraya dalam bas le. Nak masak ape pun tak sempat untuk pagi raya. Hehe. Alhamdulillah. Tapi tu la aku pelik orang Melayu ni. Suke benau dengar khabar angin konon raye hari Khamis. Siap pagi tadi dah bertakbir dan berkhutbah raye lagi. Kes kat negeri Perlis. Haish! Macam-macam betul. Ajaran sesat mana la yang depa dok ikut. Tak paham betul aku dengan orang macam ni.






Ok la. Di kesempatan ni aku nak amik peluang mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pembaca blog aku dan teman blogger yang sudi follow blog sememeh aku ni. Tanpa sokongan korang sape la aku kan? Aiseh. Bajet macam kau tu fofular sangat la ek cik sha oi. Hak3.



Maaf zahir batin andai aku pernah terkasar bahasa sepanjang menulis entry di blog ni. Kalau ade penulisan aku yang kata sinisnye pedas tak hengat sampai korang terasa dan terguris tu, aku mintak maaf la bebanyak. Aku takda niat pun nak menyakiti hati sesiapa. Cuma mahu berkongsi pendapat saje. Lagipun tegur menegur ke arah kebaikan kan amalan mulia. Peace No War ok? Kire 0-0 la eh? Hehe.



Ish. Dah la eh. Pening pale aku nak menaip ni ha. Bergegar gegar gile. Lagipun mata ni dah stim semacam je ni ha. Aku nak mengeroh jap la. Selamat malam semua.




bisik2:: percaya tak aku usung bantal musyuk aku sekali p Melaka..Kah3..

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. selamat ari raye..
    jemput datang uma..
    jangan lupe ye..
    bawak beskut manyak2.
    :D

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9/9/10 1:32 PG

    slmt hri rye..
    smoga smpai tmpt yg dituju..

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya babe, have a great holiday.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan