Manusia atau orang?

Salam Ahad. Cuti hujung minggu ni tak merancang nak keluar g mana mana ke? Aku jap g lepas zohor nak g beraya rumah makcik dengan mak, kakak n iqbal. Pastu nak pergi shopping barang dapur lak kat Tesco. Errr..dah nak habes dah cuti aku. Esok kena kembali bekerja. Huwaa.



Wokeh. Kembali kepada topik. Manusia atau orang? Kenapa tajuknye macam tu aku tulis? Sebenarnya lama dah nak bincang pasal ni. Tapi tak terbuat entrinye. Sebab utamanya adalah malas dan takde idea nak tulis point. Hak3. Memandangkan semalam aku tertengok lagi iklan tu kat dalam tv. Terus terasa nak tulis pasal ni.





Korang rasa terms mana yang lagi sesuai digunakan? Pemerdagangan Orang @ Pemerdagangan Manusia? Sebab bagi aku term Pemerdagangan Manusia tu lagi sesuai kot digunakan dari segi bahasa. Erk. Bukan maksud aku nak kondem mereka yang buat poster ni. Mungkin ada sebab la depa guna term 'orang' tu kan. Lagipun aku bukanlah pakar bahasa. Hak3. Cuma sekadar nak bagi pendapat je. Manusia dengan orang tu sama je maksud die. Cuma untuk lebih formal aku rasa manusia lebih sesuai. Heee. ^_^



Marilah sama sama kita membanteras aktiviti pemerdagangan manusia. Macam takde benda lain nak p berdagang. Ada p berdagang manusia lak. Yang kena paksa jadi pelacur tu kire tergolong dalam kategori pemerdagangan manusia la kan? Betul tak? Haishhh. Macam2 betul la sekarang ni kan.




Ok la. Nak pergi bersiap2 ni. Jumpa lagi. Selamat berhujung minggu.



bisik2:: Bukan takat manusia je kena dagang. Haiwan pun tak terlepas gak ape. Haiwan eksotik macam tenggiling,kucing semua tu yang depa leh wat makan tu. Eyarkkk..

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan