Kisah air bateri

Al-kisahnya benda ni jadi malam tadi la. Masa on the way balik ke rumah. Kan aku cakap kami sekeluarga nak keluar pergi beraya rumah makcik aku dan pergi shopping kat Tesco kan petangnye dalam entri ni. Tapi stuck 3 jam lebih kat rumah sebab kereta buat hal tak boleh start pulak. Bateri kereta kong. Hampeh je. Semangat aku bersiap tau. Konon lepas Zohor nak keluar. Alih-alih pas Asar baru dapat keluar. Siap ternganga aku tido tunggu paksu nak datang tolong cas bateri kereta akak aku. Hak3. Nyempat lagi tu tido.



Haa. Lepas selesai shopping kat Tesco, on the way nak balik tu akak aku singgah Petronas nak isi minyak kereta. Aku ditugaskan pergi beli air bateri kereta oleh akak aku la. Nak spare dalam kereta. In case jadi macam tadi takde la gelabah kan. Aku g la beli macam akak aku suruh. Die kata amik 5 botol.



Pergi je kat kaunter masa nak bayar tu, mamat yang jaga situ buat muka terkejut. Terkejut tengok aku amik banyak sangat kot. Ala..5 botol je pun. Hehe. Pastu boleh die tanya soklan cepumas kat aku. Nak tahu ape aku balas pertanyaan die tu? Hoho.



Mamat : Amboi..banyaknya beli. Nak buat ape?


Aku renung mamat tu pastu spontan terkeluar ayat ni.


Aku : Nak buat minum!



Terus terpinga-pinga mamat tu. Muahaha. Hamek kau. Baru tahu aku ni terer gak nak jadi 'lawyer buruk'. Tanye lagi soalan gitu sape suruh. Dah nama pun air bateri. Dah tentu2 la nak buh kat bateri kereta. Apa da. Last2 aku gelak cover ayat aku tadi tu sebab tengok muke die macam dah cuak gile malu. Nasib baik kau comel kan mamat. Hak3. Sori la eh. Aku gurau2 je tadi tu. Bajet macam die baca blog aku la konon. Haha.



Ok la. Aku chow dulu. Nak tido dah. Esok mahu kerja. Selamat malam semua.



bisik2:: Nampak je aku macam malu2 miow orangnye. Dah kenal baru korang tahu aku macam mane. Loyar buruk terlebih-lebih. Hehe.

10 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. ngok ngek..kalau gua yg jadik cashier tu pun gua terkejut beb kalau org beli air bateri samapi 5 btol..nak buat bancuh air ribena ke apa?

    BalasPadam
  2. hehe..abes teabantut niat mamat tu nak ngorat

    BalasPadam
  3. hahahhaha okay2 cik sha ni seorang yang loyer buruk gak ekk. kelakar pla baca. mamat tu mesti tergamam. kekekeke :p

    cik sha, hana ada buat tutuorial letak divider kat post tau. cio. :)

    BalasPadam
  4. linglung::

    wahaha..nak buat mcam mana weh..aku ni menurut perintah je..dah kakak aku yang suruh amik 5 botol..

    BalasPadam
  5. iqafi::

    kui3..padan muke die..ngorat salah orang..

    BalasPadam
  6. anna boleyn::

    ngeh3..baru mau tahu ka? sis memang macam tu..hehe..

    BalasPadam
  7. garang ko dik...
    klu aku sure terkulat2 malu.

    BalasPadam
  8. kahkahkah...kalau aku agaknya beli satu katon terus...

    *awak bangang bab2 kete ni*

    BalasPadam
  9. air bateri kalo buat sarsi sedap woo..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan