Bila NAFSU menguasai diri, minda bagai berhenti berfungsi

Buka tv tengok berita cakap pasai buang baby. Selak2 mukasurat paper ade laporan pasai buang baby. Lagi dok gembar gembur lagi dok kecoh, lagi menjadi jadi kes buang baby. Ape la nak jadi dengan anak remaja sekarang ni. Yang sedihnya kes ni dimonopoli oleh mereka yang berbangsa melayu dan beragama ISLAM. Mane la hilangnya pegangan agama, pemikiran akal waras depa. Hmm. Ni la jadinya bila hidup penuh dengan NAFSU. Maruah semakin murah untuk digadai demi membuktikan CINTA. Sedih betul!


Aku dah penat nak cakap isu buang baby ni. Rasanya dah berkali kali kot aku berleter dalam blog pasai menda ni. Antara yang aku ingat dalam entri ini. Malas nak godek 1-1 entri lama. Isu ni dari dulu sampai skang tak pernah nak surut2. Cuma skang ni yang semakin hangat. Statistik pun naik mendadak. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni pun berlonggok2 kes dikesan. Dah tu cara buang tu semakin 'kreatif' lak. Macam2 cara dibuat konon2 nak tutup ke'aib'an diri. Masa tengah syok dok buat tak terfikir lak aib malu semua. Pelik betul manusia yang berperangai macam ni.



*sedih tengok..huhu..*



Dulu2 kecoh pasal janin hasil pengguguran dibuang. Yang skang ni baby yang lahir cukup sifat dibuang. Sebelum tu boleh pulak ang simpan sampai 9 bulan. Macam mana ang sorok perut ang eh. Itu yang aku pelik tu. Bila dah lahir senang2 je ang p buang. Ang ingat sampah ka? Dapat kat aku orang macam ni aku pang sedas. Baru dia tau langit tu tinggi ka rendah. Akai ada tapi taruk kat lutut. Dok ikut sangat nafsu setan ang tu. Haishh!


Aku lebih salute kat depa yang tahu dah buat dosa berzina tapi depa insaf dan bertaubat. Pelihara bakal baby yang lahir dengan baik. Itu lebih bagus bagi aku. ni dah tahu buat dosa berzina. Dapat baby p buang tambah dah satu dosa lagi. Dah tu sanggup lak biar baby tu terbunuh pas buang, tambah lagi dosa. Bukan takat dosa besar je ni. Dah dosa 'berat' orang panggil. Esok kat akhirat ang tunggu je la balasan kalau kat dunia ni ang terlepas.



*menatang pun pandai sayang anak*



Buat mereka yang sedar dan celik akal, muhasabah diri. Pesanan ni untuk diri aku jugak. Sebab yang perempuan la yang paling teruk nak tanggung. Lelaki ada apa hal. Die tak rasa pun sakit nak melahirkan. Masa dok 'sedap' tu memang la laki pompuan sama2 nikmat. Konon! Esok bile yang pompuan termengandung ingat yang laki tu nak volunteer ke tunggu. Kirim salam la. Awal2 lagi die dah blah. Ang ingat depa bodo ke wahai gadis2 sekalian.


Sebab tu jaga la diri elok2. Maruah tu jangan senang2 je nak gadai sebab cinta. Itu lah satu2nya harta yang kita ada. Simpan untuk suami yang lebih berhak. Bukan serah kat kekasih yang belum tentu jadi suami kita. Lelaki yang baik takkan 'sentuh' pompuan yang belum sah jadi milik dia. Jangan mudah sangat terkulai dengan pujuk rayu laki hidung belang macam tu. Perkukuhkan 'perisai' diri. Tepis segala godaan nafsu dan bisikan syaiton.



*sanggup ke nak buang baby bila tengok die membesar jadi comel macam ni??*




Semoga kita terhindar dari perkara yang mungkar. Ini lah tanda2 hari kiamat makin dekat. Zina makin berleluasa. Keruntuhan moral dan akhlak makin menjadi jadi. Kalau kita gagal atasi tak mustahil negara akan mengalami kejatuhan. Sedih dengan fenomena ini. Huhu. Semoga Allah melindungi kita semua. Inilah akibatnya bila NAFSU mula menguasai diri. Maka minda pun bagai terhenti berfungsi. Fikir-fikirkanlah.


bisik2:: tak tercapai akal bila memikirkan macam mana depa2 ni sanggup bunuh dan buang baby yang comel2 itu..T_T


#gambar2 abang google yang kasik.

8 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. bosan dh asik dgr kes buang bayi kat radio, tv...mcm satu KEWAJIPAN plak kes nie hari2 nk kena ada...bkn ape kesian betul tgk baby2 nie kena buang cm tue je kan cik sha..

    BalasPadam
  2. hoh...baru je igt nk wat entry pasai kes ni cik sha...memandangkan cik sha dah wat, so, komen je...


    ha'a... kebanyakan kes buang bayi dtg dr org melayu bragama islam... kalo dgr je berita psl kes ni, mesti aku terbayangkan bdk2 melayu...

    manusia akhir zaman...

    sama2 la kita jaga maruah diri, keluarga, bangsa dan agama...

    p/s: cam x cukup je bebel kt sni..hoho

    BalasPadam
  3. dalam islam.. aib perlu disembunyikan..
    bila terlalu banyak bercerita.. inilah jadinya..
    agaknya..
    orang bukan jadikan pengajaran..
    sebaliknya semakin menjadi2..
    sedih :(

    BalasPadam
  4. gua nak buat kempen 7B - Belia benci Berzina Belia Benci Buang Bayi..amacam?

    BalasPadam
  5. zura::
    tu la kan??asyik dengar berita yg sama je setiap hari..bosan kan??lagi dok ulas lagi menjadi2..hmmm..

    hamzah::
    apsal kau mengeluh hamzah??

    zek::
    manusia akhir zaman..betul tu..aku pun dah naik pening dengar pasal benda ni semua..memalukan..sebab yang buat ni semua orang melayu yg beragama islam..

    BalasPadam
  6. cikgu isza::
    sedih kan cikgu??yang tambah sedih sebab yg buat kerja ni semua anak remaja yg beragama islam..mane la depa campak ajaran agama yg mereka belajar kat sekolah..T_T

    linglung::
    wahhh..dasyhat jugak kempen kau tu linglung..aku sokong kau..ape kata kau buat betul2..hehe..

    BalasPadam
  7. tak habis2 lagi isu buang bayi ni. tak tau la pe nk jd ngn mesia ni. huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan