Perempuan dan Kasut

Setelah puas berjoli sakan hari sabtu yang lalu dengan sekelip mata duitku mengalir laju bagai air sungai, hari ahad aku dok terperap je la kat rumah. Huwaa. Betoi weh. Dalam masa sehari bersamaan 3jam, aku habis hampir 6ratus hengget!! Banyak tu weh. Memang berjoli betul. Pastu bulan ni aku kena la berpuasa sunat ye. Hahaha. Padan muka!


Rasa sedih sebab duit habes begitu sahaja. Kerana ang la contact lens. Kopak aku. RM350++ aku abes kat ang tau. Huk3. Salah aku jugak. Berlagak. Dah rabun tu nak wat macam nampak. Ade spec takmo pakai. Konon nanti nampak tak comel. Padahal memang tak comel pun. Nak buat macam mana, orang perasan memang selalu macam ni. Padan muke aku!! Nasib baik la contact lens tu untuk setengah tahun punye kegunaan.


Beli barang2 dapur kat mak dalam 150 jugak la habes. Beli barang2 peribadi aku nak gune. Pastu aku beli ape lagi eh?? Owh..beli high heel baru. Hik3. Maka cukup la 6ratus melayang. Bye2 duitku. Wuuu..Nasib baik dah budget siap2 simpanan, bayar ptptn, bayar bil bodben semua. Kalau tak mahu lari budget kot. Ish3. Bulan depan sila berjimat ye cik shahada. Jangan boros2 lagi.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Hmm..disebabkan aku dah beli high heel baru, maka petang ahad semalam aku pun telah merajinkan diri menyusun kasut2 yang ade kat rak tu. Siap snap gambo. Pastu print lekat kat kotak kasut. Konon2 nanti senang la nak pilih kasut mana nak pakai. Tengok je kat gambo, tak payah punggah satu satu kotak bagi bersepah dan mulut mak membebel. Kui3. Lagi efektif. Aiseh. Kreatif jugak aku ni eh. Ceit!



Inilah hasilnye. Baru aku sedo rupenye banyak jugak kasut2 aku plus dengan kasut2 akak aku. Macam dah boleh bukak kedai kecil kecilan dah ni. Hik3. Memang pompuan gile kasut kan?? Betul weh. Kasut2 ni kan, ade lagi yang belum dipakai tau. Simpan buat khazanah. Ahaha..


Itulah aku dengan akak aku punye perangai. Pantang nampak kasut cantik. Tambah2 bile time offer. Skang perangai tu masih kekal kat aku. Kak aku sejak menjak dah kawen dan preggy ni die kurang sket. Aku masih lagi bermaharajalela. Tapi masa duit dok berkepuk dalam poket la. Kalau duit takde aku cuci mata saje. Kui3..


Aku tak kisah jenama sangat. Bagi aku semua kasut sama je. Yang beza kualiti die dengan design die. Aku tengok design dengan kualiti je. Design cantik dan sedap kaki aku pakai, aku rembat. Kasut aku beli semalam kat Esarli je. Takde vinci ke nose ke. Kebanyakan kasut aku jenama Esarli. Selesa kot kaki aku pakai. Aku cerewet sket bab pilih kasut ni. Sebab tu kalau p shopping kasut aku selesa p sorang. Takpun pergi dengan orang yang gile kasut macam aku jugak.


Tapi aku rasa kebanyakan pompuan memang cerewet bab pilih kasut. Sanggup p redah satu satu kedai buat survey dulu. Cari sampai betul betul berkenan dan puas hati. Pastu baru decide nak kasut yang mana. Kan?? So aku nasihatkan, nak pergi shoping kasut jangan la pergi dengan boifren ke hubby ke. Depa bukan suke. Kang kite tanye pendapat die cantik ke tak die main bedal je cakap semua cantik. Kang buat sakit hati je. Tu takpe lagi kot. Kalau die tensen sangat tak pasal dihempuk kite dengan kasut tu lagi naya. Hahaha..



bisik2:: perempuan dan kasut memang tak boleh dipisahkan..that's a fact!

5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. ye ke?

    nampak gaya, saya ni perempuan pelik lah... kasut cuma sepasang je satu2 masa (setahun). dan bajet tak lebih seratus... :)

    henbeg? backpack jek

    make up? hoho, tak pernah jejak muka tu... ;)

    BalasPadam
  2. amboi banyaknye kasut...!

    BalasPadam
  3. byknye cik sha ooiii...bile nk buat bidaan...hehehe

    BalasPadam
  4. Wah.. Sampai 600 hengget dalam 3 jam.. Dasat ni.. Mari2 kita sama-sama puasa.. Hik hik..

    Kasut saye sume mak saye beli sbb saye malas nak beli kasut even kasut dah uzur giler.. Kedekut.. Ekeke..

    BalasPadam
  5. banyak gile kasutt! jeles lahh cik sha. hahaha tapi hana suka idea cik sha yang tangkap gambar pastu print tampal kat korak kasut. memang kreatif. heheh nak tiru lah nanti.. tp malangnya hana tak banyak kasut... memang jarang beli kasut. huhu pitis tak dooo.. sob sob sob.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan