Manusia pun ada bermusim musim jugak

Aku ingatkan cuaca je ade musim-musim. Macam kat luar negara ada musim panas, sejuk, bunga, luruh. Kalau kat malaysia pulak musim hujan, musim panas terik, musim ribut banjir. Kan? Rupanya orang kita pun ada jugak yang bermusim musim. Nak tahu kenapa aku cakap macam ni? Baca la sampai habes ye bebelan aku ni. Hehe.


Perkara ni aku bangkitkan berdasarkan pada pemerhatian aku la. Then aku nak share la pandangan dan pendapat aku ni dengan hangpa. Baca je la ye. Ok. Firstly kita tengok situasi ni. Ini masa piala thomas ke ape entah hari tu. Ala..yang main badminton tu. Baru la jugak. Dalam bulan lepas kot. Haaa..masa tu kan, aku tengok kat dalam kawasan perumahan aku ni kat setiap lorong mesti ade je orang dok main badminton atas jalan depan rumah. Gile semangat main. Dari anak-anak sampai le ke bapak-bapak nye. Sekarang ni terus senyap gitu je. Takde dah riuh-riuh orang dok pukul bulu tangkis main badminton.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Jom ke situasi kedua pulak. Wokeh. Rasanya semua orang tahu. Sekarang ni tengah World Cup. Orang kata musim demam bola. Makan bola, minum bola, mandi bola, tidur bola. Apa lagi eh yang berkaitan dengan bola? Haha. Hantam saja la labu. Semua dok hingaq pasai bola. Aku? Bukan tak minat. Cuma kureng je sikit. Sebab nanti aku emo terlebih. Menjerit-jerit kalau tengok. Honestly aku tak tengok pun match World Cup dari start hari tu.



Haaa..cakap pasai bola ni. Situasi yang macam situasi pertama tadi pun berlaku jugak. Semua dok pakat main bola. Dulu padang yang sunyi tu takde sape pun heran nak p bersenam ke, bermain ke ape kan. Sekarang ni penuh dengan orang dok main bola. Kat lorong kawasan rumah pun budak-budak kecik dok sakan main bola. Sampai kereta nak lalu masuk rumah pun payah. Takut terlanggar ke ape kan.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


See. Bermusim kan orang kita ni. Esok-esok bila dah berakhir perlawanan bola tu senyap je la jadinya. Macam badminton tadi. Ini dari pemerhatian aku je la. Jangan marah aa. Haa..dok cakap pasai bola ni, teringat lak aku satu benda. Ini kat FB. Semua dok pakat buat primary photo tempek gambo jersi baju bola. Huishhh. Semak kot mata aku tengok. Dah semua sama je primary photonye. Nak tengok contoh? Jeng jeng jeng. Ini ha..aku curik my lovely kazen punye gambo. Ahaha. Pinjam sat na. Jangan riso. Namamu dirahsiakan. Ngeee..



 
Itulah al-kesahnye. Bukan cuaca je ade musim ye kawan-kawan. Kita manusia ni pun ada jugak musim-musim nye. Jangan ambik hati naaa. Semua ni hanyalah pandangan peribadi aku semata mata. Kot aku je yang rasa macam tu kan. Sekian mekaseh. Selamat menonton World Cup. Ahaha. Tetibe je.

Tapi bagus jugak sebenarnya. Macam bagi galakkan untuk kita ni aktif bersukan kan? Biar lah bermusim pun. At least masa terluang tu tak terbuang macam tu je. Betul tak?




Bisik-bisik :: Sekarang cuaca musim ape eh? Kejap panas kejap ujan. Jadinya cuaca musim suam-suam kot. Hihi.

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Kawen pon bermusim.. Ekekeke.. Susah gak kalau ikut musim, maknanya manusia ni cepat berubah dan cepat bosan.. Kan.. Huhu..

    BalasPadam
  2. orang bermusim takpe kot..

    kalau orang berangin?

    naya naya :)

    BalasPadam
  3. doc fana::

    a'a ek??kawen pun bermusim gak..sbb tu kot ramai je yg dok cerai berai gamaknye sbb kawen bermusim..hik3..

    a'a..itulah fenomena manusia skang ni..menunjukkan yg manusia ni mmg cpt berubah hati n cpat bosan..huhu..

    BalasPadam
  4. atin~weeweet::

    kalau berangin kena kentot je la kot..baru tak berangin..hek3..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan