Manusia adalah ciptaan Allah yang sangat sempurna

Program baru kat tv9. HALAQAH-SENTUHAN QALBU. Program berunsur keagamaan yang boleh dikatakan best dan lain dari yang lain. Tak macam yang sebelum ni. Ade panel bercakap dari awal rancangan sampai habis rancangan. Pastu ade sesi soal jawab. Cara yang biasa. Program yang ni lain sikit. Ade persembahan video, ade persembahan sajak, ade panel bercakap, ada sesi luahan pandangan. Something new.


Bagus jugak depa mencuba membuat perubahan dalam menyampaikan dakwah. Dakwah tak semestinya kena sampaikan dalam bentuk ceramah dan cakap-cakap je. Kadang-kadang orang cepat jemu dengan cara tu. Bila diolah dalam bentuk yang lebih kreatif macam ni, mungkin boleh menarik perhatian lebih ramai orang. Dengan cara yang lebih intelektual. Menguji minda dan membuatkan kita berfikir. Pada pendapat aku, program ni ada keistimewaan yang tersendiri.






Malam ni membicarakan tentang kejadian manusia. Ada ditunjukkan video bagaimana manusia diciptakan oleh Allah SWT. Dari setitik air mani sehingga terbentuk menjadi manusia yang cukup sempurna. Bagaimana jantung, badan, kaki, tangan, jari, mata, otak dan sebagainya boleh terbentuk dalam masa 9 bulan 10 hari dalam kandungan ibu. Kejadian yang sungguh sungguh sempurna. Menitis air mata menyaksikan video tersebut. Betapa hebatnya kuasa Allah SWT. Subhanallah.


Aku rasa video ni kalau tunjuk kat depa yang suka buat anak dan buang anak tu mesti depa terasa insaf. Kalau dibukakan pintu hati depa oleh Allah SWT. Kalau depa tak rasa apa tu wallahualam la. Memang hati hitam sungguh la maknanya tu.


Bila tengok rancangan tu tadi, buat aku tersedar. Betapa kerdilnya aku. Bersyukur aku terpilih untuk dilahirkan di dunia. Bersyukur aku dilahirkan sebagai seorang Islam. Bersyukur aku dilahirkan tiada cacat celanya. Bersyukur atas segala pemberian yang telah diberikan oleh Allah SWT. Alhamdulillah.


Ape yang aku miliki ini hanyalah untuk sementara waktu. Bila tiba saatnya nanti, pasti aku akan kembali semula kepada Pencipta yang menjadikan aku. Mudah mudahan aku sentiasa terpelihara dan dapat menjaga amanah Allah ini dengan baik. Semoga aku tidak terus lalai dan leka sehingga tersasar dari landasan. Nauzubillah.




Bisik-bisik :: Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah SWT..amin..


3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. amin :)

    insaf. bersyukur jugak di lahirkan di dunia ni tanpa cacat cela.

    BalasPadam
  2. syukur alhamdulillah
    kita dilahirkan sebagai insan yg sempurna di dunia ini
    semga dapat berbakti kpd makhluk Allah yg laen
    =]

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan