Wuuuu wuuuu..sedih tengok drama kat tv3 tadi. Sempena hari bapa. Aku dah la memang ratu air mata. Tengok drama pun nak nangis. Mak, kakak dan adik bagi gelaran 'neng saodah' kat aku tau. Kononnye pengganti neng yatimah pelakon air mata zaman dolu dolu tu. Sabor je la.
Owh! Kembali semula ke jalan yang benar. Sat lagi melalut lalut ke mana hala pulak aku ni ha. Hehe. Hari ni 20hb Jun sambutan Hari Bapa Sedunia kan? Oleh itu, di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA buat semua bapa yang datang menyinggah kat blog aku ni. Eh? Ade ke ye? Ahaha. Takpe la. Aku ucapkan buat semua lelaki yang bergelar bapa di seluruh dunia ni.
Entri kali ni aku buat khas sempena hari bapa. Nak buat ucapan la sikit kiranye. Walaupun aku dah takde ayah, tak salah kan aku menghargai orang lain yang bergelar ayah. Mari aku kenalkan kat angpa semua siapa mereka yang aku sangat-sangat hargai sebagai seorang ayah.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Inilah superhero di hati aku dunia akhirat. Dulu pernah aku ceritakan pasal arwah abah kat entri ini. Kalau bukan sebab beliau aku takkan hadir kat dunia ni menghirup udara dan menikmati segala kurniaan Allah. Terima kasih abah. Walaupun kakak tak sempat nak membesar depan mata abah, tapi kakak akan buktikan yang kakak boleh jadi anak yang terhebat dan membanggakan abah. Dah 11 tahun abah tinggalkan kami. Tapi kakak sekali pun tak pernah lupakan abah. Doa kakak sentiasa mengiringi abah. Semoga kita dapat bersua di 'sana' nanti. Abah sentiasa ada dalam hati kakak. Selamanya..
Memperkenalkan my 2nd superhero. Inilah die, my lovely paksu. Angpa kenai dah kot. Ade hari tu aku wish besday die. Baru jugak kat entri ni ha. Jadi tak perlu la aku describe panjang-panjang lagi kan nape aku anggap paksu aku superhero aku juge. Beliau banyak bersusah payah ambil berat pasal aku adik beradik sejak arwah abah aku tinggalkan kami 11 tahun yang lalu. Jasa beliau mungkin tak terbalas olehku. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dunia dan akhirat.
Yang ni sape pulak? Cube teka? Andai ada jodoh antara diriku dengan encik CH, beliaulah superhero ku yang ketiga. InsyaAllah. Terima kaseh ayoh sebab terima sha dalam keluarga dan izinkan sha bercintan cintun dengan anak ayoh. Hehe. Semoga ayoh terima sha jadi menantu ayoh juge nanti.*owh..tinggi sungguh angan2 ku* Mudah mudahan. Amin..
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Hero heroku yang seterusnya ialah bapa angkatku yang ade dua orang ni ha. Satu di depan rumah. Satu lagi jauh di johor sana. Meh aku kenalkan angpa dengan depa 2 orang pulak eh.
Haa..inilah bapa angkatku yang pertama. Encik ahmad. Dok depan rumah je. Kui3. Walaupun muke beliau nampak je macam garang, jangan risau. Beliau sangat baik. Hampir 9 tahun dah kot aku menempek menumpang kasih sayang abah angkat aku ni. Mekaseh abah. Sudi menerima anakmu yang banyak mulot ni dan suke menghabeskan makanan kat rumah abah. Tak boleh tahan sebab mak masak sedap. Hihi.
Wokeh! Yang ni pulak bapa angkatku yang jauh nun kat johor. Encik ishak. Walaupun tak berapa mesra dan rapat sebab jauh. Ekceli aku rapat dengan mak je. Hehe. Tapi aku tetap anggap beliau seperti ayahku juge. Sebab beliau selalu hulur duit belanja kat aku, time aku sesak-sesak masa aku study kat sabah dulu walaupun aku tak mintak. Mekaseh abah. Jasamu akan sentiasa dikenang.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Ramai tak ayah aku? Hehehe. Tumpang kasih sayang. SELAMAT HARI BAPA buat mereka semua. Mereka adalah bapa yang terhebat yang telah hadir dalam hidupku. Semoga Allah sentiasa merahmati mereka di dunia dan di akhirat. Buat arwah abah, al-Fatihah.
Bisik-bisik :: Hargailah bapa-bapa korang ye. Jangan sesekali jadi anak yang derhaka dan sering menyusahkan mereka. Kenanglah susah payah mereka mencari nafkah untuk korang semua.
cerita tu mmg sedeh.rasa2 mcm nak masok dlm tv je kan pukol budak tu hahaha
BalasPadamtapi ending dia buat kite tak jadi nanges la hahaha spoilt!
selamat hari bapa...buat bapa kamu..take care ya
BalasPadamwow ramainyer...
BalasPadampepun selamat hari raye...
eh salah..
hari bapa....
derhaka aku
BalasPadamtatau apapun pasal hr bapa ni
ahhahaha
ayin~weeweet::
BalasPadamtu la..rasa macam nak masuk tv je belasah budak tu sebab die kurang ajar dgn nenek n ayah die..geram betol..
a'a eh..die punye ending macam nak cepat abes je..ahaha..
apiz a.k.a embun::
BalasPadamsha dh xdo bapa..anyway thanks 4 the wish..for bapa2 sha yg lain la kirenye tu..hehe..
terrorrizz::
BalasPadamhehe..ramai kan?? kui3..org dah takde ayah..numpang kasih sayang ayah org lain je la yg mampu..huhu..
anyway thanks..^_^
wan perlis::
BalasPadamari2 kite kena hargai bapa kite..yg ni kire mcm ari yg special sket la..satu dunia sambut..
erm...xlama lg tambah lg sorang super hero cik sha...hehehe...semoga d temukan jodoh
BalasPadam