Hari istimewa pengganti abahku

Wahhh. Bulan 6 ni ramai betul orang kesayangan aku sambut besday la. Nampaknye entri bulan ni akan penuh dengan entri wish epi besday. Tadi siang jadi blog lirik lagu..[p skodeng sini]. Lepas ni jadi blog ucapan hari lahir pulak. Ahaha..




Hari ni besday my lovely paksu. Encik mohd hadzri abdullah. Suami kepada adik bongsu mak aku a.k.a maksu aku la. Adik ipar kepada mak aku. Ayah kepada adik-adik kesayangan aku (mek ti, dik piduih n dik nor). Pak sedara kepada aku dan anak-anak sedara die yang lain. Hehe. Berjela jela pengenalan. Nak kenal dengan paksu aku? Haaa...inilah die orangnye.


 

Hensem kan paksu aku? Hensem tau. Haa..jangan tak tau. Paksu aku ni rajin. Tengok la tu time kenduri kazen aku ari tu [entri kat sini], die ke hulu ke hilir dengan senduk tu. Hehe. Paksu aku ni la tempat aku adik beradik bergantung harap lepas arwah abah aku meninggal 11 tahun yang lalu. Dah macam ayah aku sendiri dah pun aku anggap. Mekaseh paksu sebab dah banyak bersusah payah untuk kami. Jasa dan pengorbanan mu sampai akhir hayat takkan dilupakan.




Dulu masa aku kecik-kecik time hingus dok meleleh-leleh lagi, aku ingat paksu aku ni adik beradik dengan arwah abah aku. Sebab nama bapak depa sama, abdullah. Ahaha. Punya la bengap aku ni ha. Maklum la belum baligh. Bile dah besaq sikit baru aku tahu. Depa ni biras je la. Arwah abah aku ber'bin' abdullah sebab die mualaf.




Dulu bila time cuti sekolah aku mesti dok termenung tepi tingkap. Sebab aku tunggu maksu dengan paksu aku datang ambik aku dengan adik balik kampung kat Penang. Masa tu kami duduk kat kem PGA Bidor. Hehe. Bila paksu tak datang, mesti aku kecewa gile. Pastu aku akan pergi main kat rumah kawan aku dari pagi sampai petang. Siap tidur lagi kat rumah die. Punye muke tak malu. Ahaha..




Haa..sebab paksu aku ni jugak la aku pandai makan BUDU tau. Nak tahu kenape? Bila time cuti sekolah paksu selalu balik hometown die kat kelantan. Ye..paksu aku orang kelantan. Pastu aku ni kan muke tebal berinci inci. Bila paksu pelawa aku, nak tak ikut depa sekeluarga balik kampung, aku dengan hidung tak mancung pipi tersorong sorong terus menonong je ikut. Haha. Dari kecik lagi macam tu. Sampai dah beso panjang ni ha. Selalu je aku menempek ikut depa sekeluarga pergi jalan-jalan.




Eh..aku sayang la kat paksu aku ni ha. Sayang macam ayah aku sendiri. Maklum le orang dah takde ayah. Menumpang kasih sayang kat ayah orang lain je la. Owh..sebak pulak rasa. Huhu.


SELAMAT HARI LAHIR PAKSU!! Semoga sentiasa dirahmati Allah, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin. I love u paksu!! Eh..malu lak ai tetibe cakap macam ni. Ahaha..




Bisik-bisik :: Esok besday adik angkat aku pulak. Hepi besday dik aya. Love u muahh muahh. Jadi isteri dan ibu yang solehah tau. Bile nak bagi anak sedara lagi sorang kat orang ni ha. Hehe..


4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. selamat ari jadi pak cik..
    nampak gagah dan macho ag tu.

    BalasPadam
  2. camat ari lahir pakcik...
    heheh kak cha nakal ek masa kecik2.. hhikhikhik...

    BalasPadam
  3. hoho... sama la kisah kita...aku pon menumpang kasih ngan pak sedara... bapak aku meninggal time aku darjah 2... adik aku siap panggil dia abah lagi...

    anyway... Selamat Hari Lahir Pak Su, terima kasih kerana menyayangi Sya mcm anak sendiri... hikhik *wakil Mak sya ni* kueng3

    BalasPadam
  4. pakshuuuuuuuuuuuuu

    selamat ulangtahunnnn :)

    cikshaa msti nakal kan pak shuuuu ?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan