Terima Kasih Cikgu!

"Thank you. It's my pleasure teaching a pleasant girl like you. Have a great day!" Balasan mesej dari teacher aku lepas aku send sms wish selamat hari guru kat die pagi tadi. Suka! Doa tu tau. Doa dari seorang guru. Tenkiu teacher! i'll always remember u. (^_^)


 

Rasanya tak terlambat lagi kot aku nak buat ucapan sempena hari guru kan? Ish3. Lambat bebeno hang ni cik sha. Orang awal-awal dah semangat wish. Hang baru terhegeh-hegeh nak wish. Sebenarnya sengaja aku lambatkan. Tak kesah la. Janji aku wish. Bukannya aku lupe pun. Pagi tadi awal-awal dah aku send mesej wish selamat hari guru kat 3 orang guru yang boleh dikatakan aku ngam la jugak dan sampai sekarang still berhubung. Cikgu kimia, cikgu math dan cikgu BI aku masa tingkatan 4&5. Cikgu-cikgu yang lain aku ingat jugak. Cuma takda nombor kontek je.


SELAMAT HARI GURU aku ucapkan buat semua guru di seluruh Malaysia. Especially buat guru-guru yang pernah mendidik aku dari aku umoq 5 tahun sampai la aku dah besaq panjang ni ha. Cikgu Sharipah & cikgu Aini masa aku Tabika Kemas Kem PGA 3 Bidor. Cikgu-cikgu kat SRK (satu) Tapah dari aku darjah 1-darjah 6. Juga buat cikgu-cikgu masa aku tingkatan 1-tingkatan 3 kat SMK Buyong Adil Tapah. Cikgu-cikgu kat SMK Guar Perahu Bukit Mertajam yang ngajo aku masa tingkatan 4-5. Buat cikgu-cikgu masa aku tingkatan 6 Bawah & 6 Atas kat SMK Permatang Rawa Bukit Mertajam. Dan lastly buat lecturers yang dah bagi ilmu masa aku belajar kat Universiti Malaysia Sabah


 


TERIMA KASIH atas segalanya. Walaupun aku mungkin pernah jugak buat perangai dengan mana-mana cikgu dulu, aku pohon ampun sangat. Mintak halal segala ilmu. Terima kasih banyak sebab sudi didik aku sampai aku dah berjaya jadi seorang yang berguna sekarang. Aku bersyukur sangat.

 

Sebenarnya kita semua adalah guru. Jadi aku tujukan juga ucapan ini untuk anda semua. Selagi kita hidup, saling tegur menegur, saling berbagi ilmu, saling bertukar pendapat, kita adalah guru. Guru untuk kehidupan kita. Guru sepanjang hayat. Dan guru yang paling banyak berjasa pada kita adalah ibu bapa kita sendiri. Sejak kita masih dalam kandungan lagi kita telah diajar bermacam-macam oleh ibu kita. Sampai lah akhir hayat kita. Jadi hormatlah orang di sekeliling kita kerana mereka juga adalah pendidik kehidupan kita secara tidak langsung.



Bisik-bisik :: Aku pun pernah jadi guru tuisyen dan guru tabika walaupun sementara.
Rindu pulak nak mengajar. Ehehehe...


1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Jadi guru pun best kan.. Heehee.. Selamat hari guru ya buat semua guru.. Terima kasih atas jasa-jasa anda.. :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan