salam pagi jumaat semua..pagi2 jumaat ni elok rasanye berbagi ilmu keagamaan sikit la kan..ni aku nak share email yang aku terima dalam inbox aku..tentang asal usul solat..mai kita tengok satu persatu dari solat Subuh hingga solat Isyak..semoga sama2 kita mendapat ilmu..mungkin ada la yang akan kata benda ni bercanggah dengan ajaran Islam..ape pulak maksudnye peristiwa israk mikraj yang Nabi SAW dah lalui untuk mengurangkan jumlah solat yang sepatutnya ada 50 kepada 5..nabi yang dulu2 tu ade sembahyang ke?? bukan sembahyang Nabi Muhammad yang bawa ke??
aku pun pada mulanye konfius juge..maklumlah aku bukan bijak pandai agama..tapi setelah aku fikirkan dan cari maklumat..ye..zaman nabi2 sebelum Nabi Muhammad ade juga melakukan solat..mereka juga adalah utusan Allah..sebab tu kita wajib tahu nama dan bilangan nabi2 yang 25 tu..bagaimana,apa bacaan, dan berapa bilangan solat yang dilakukan oleh umat nabi2 terdahulu kita tidak tahu..hanya Allah sahaja yang tahu..jangan la persoalkan semua itu..
pada pendapat aku, kerjakanlah solat yang diwajibkan 5 waktu ke atas kita umat islam umat nabi Muhammad ni..tak perlu berbalah..semua itu dalam pengetahuan Allah dan hanya DIA mengetahui segalanye..cakap banyak dok berbalah tapi solat tunggang langgang pun tak guna juga..jadi JAGALAH SOLAT sebab itulah penghubung antara kita dengan ALLAH..al-Quran adalah selengkap2 kitab yang telah Allah perturunkan..dan Nabi Muhammad adalah rasul kita yang menyampaikan ajaran agama Islam iaitu agama syumul..
aku pun pada mulanye konfius juge..maklumlah aku bukan bijak pandai agama..tapi setelah aku fikirkan dan cari maklumat..ye..zaman nabi2 sebelum Nabi Muhammad ade juga melakukan solat..mereka juga adalah utusan Allah..sebab tu kita wajib tahu nama dan bilangan nabi2 yang 25 tu..bagaimana,apa bacaan, dan berapa bilangan solat yang dilakukan oleh umat nabi2 terdahulu kita tidak tahu..hanya Allah sahaja yang tahu..jangan la persoalkan semua itu..
pada pendapat aku, kerjakanlah solat yang diwajibkan 5 waktu ke atas kita umat islam umat nabi Muhammad ni..tak perlu berbalah..semua itu dalam pengetahuan Allah dan hanya DIA mengetahui segalanye..cakap banyak dok berbalah tapi solat tunggang langgang pun tak guna juga..jadi JAGALAH SOLAT sebab itulah penghubung antara kita dengan ALLAH..al-Quran adalah selengkap2 kitab yang telah Allah perturunkan..dan Nabi Muhammad adalah rasul kita yang menyampaikan ajaran agama Islam iaitu agama syumul..
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
- Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
- Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
- Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
- Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
- Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
- Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
- Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
- Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
- Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
- Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
- Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
- Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
- Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita... Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
- Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
- Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
- Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
- Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
mungkin ada yang was2..bagi aku, tak perlu nak rasa was2..berpegang lah pada ajaran Islam dan al-Quran..insyaAllah terpelihara..ingat setiap yang Allah perintahkan itu ada sebabnya kita perlu ikut..peliharalah solat angpa semoga hidup sentiasa mendapat keredhaan dari Allah SWT..ketenangan sentiasa ada pada mereka yang menjaga solat..kalau solat kita terpelihara, insyaAllah segala apa je masalah yang melanda hidup..kita masih dapat mengawal diri dan berfikir secara waras..
takde la amik tindakan terburu buru kan..macam bunuh diri ke..terjun lombong ke..ape ke..pastu takde la buat perkara yang bukan2 yang boleh merosakkan diri sendiri..banyak2 la berdoa pada Allah tambah2 masa bersolat..insyaAllah kalau bersungguh sungguh berdoa Allah pasti makbulkan..
bisik2:: haaa..yang lelaki tu jangan nak bagi excuse tinggal solat Jumaat lak eh..wajib tau..kui3..
act..i mcm blur...
BalasPadamsolat ni yg i tahu kisah nya..
semasa nabi muhammad naik ke atas ketika israk mikraj..
dan sembahyang di beri 50..
bermulanya di situ.
lalu malaikat memohon kepada nabi supaya memujuk allah menjadi 5 ..
seperti yang kita tahu nabi muhammad s.a.w adalah nabi terakhir.nabi yg terakhir selepas nabi yunus...nabi isa,,nabi ibrahim dan lain2 lagi..
so ini jer yg i nk kata..maybe i salah tafsir..atau i cetek ilmu
boleh explain tak?
i teringin nk tahu...
i pernah tebaca sebelum ni benda ni
masih blur lagi..
BalasPadamaper2 pun i sokong kata u..
solat 5 waktu itu wajib..