Istimewa buat mereka yang bergelar suami dan bakal suami

ni satu lagi info aku jumpa dalam email aku..istimewa aku tuju buat yang dah berumahtangga..untuk yang baru berumah takde tangga (maksudnye baru tunang ke couple ke) boleh gak la layan..yang single mingle pun boleh gak sebok2 eh..hek3..pasal kesah suami isteri..hehe..actually ni khas untuk para2 suami dan bakal2 yang akan menjadi suami..belek la satu persatu eh..ayat sedikit skema..hak3..tapi aku ada la selit2 kata2 hikmat aku yang merepek meraban tang point2 tertentu..meh la baca..renung2kan dan selamat beramal (cilok prof Izi punya trademark..wakaka..)


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan pasangan ini.. TAPI..tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...


KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah suamiku?"
cik sha membebel:: part ni aku selalu buat..hek3..walaupun belum kahwin..tapi aku suka cek wallet encik 'tom cruise' nak tengok dia ada duit ke tak..aku buat senyap2 je la..konon2 nak kemas isi wallet dia yang selalu penuh dengan sampah tu..die tak tahu pun..kalau aku tengok macam kurang je isi..sat g aku sumbat sekeping dua duit rm10 dalam wallet dia..paling banyak sekeping rm50 je..lebih2 idak le..sat g mesti dia marah2 aku kalau dia bukak2 wallet tengok ada duit..dia tahu mesti tu kerja aku..hek3..tapi duit tu dia guna untuk belanja aku jugak..kui3..


TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?
cik sha membebel:: setakat ni takde la pulak si dia wat cenggini kat aku..dia ada lebih dia share je dengan aku..dan die tak pernah mintak duit aku..aku yang suka2 hati bagi kat dia kadang2..macam beli topup ke hadiah ke..hee..tapi nanti dia balas balik la camtu kat aku..kongsi sama2..


Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan.
cik sha membebel:: yang part bangun tido ingat dia tu betul..nak ciom2 tu idak le..belum kawen lo..bukan tido sama2 pun..dah kawen nanti baru aku buat macam tu..wakaka..angan2 cik sha..


TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!
cik sha membebel:: dah kahwin nanti kalau encik 'tom cruise' buat macam ni..aku sumbat hidung dia dengan kapas..mulut dia aku tampal dengan plaster..pungkoq dia aku cubit je..wakaka..cik sha sengal..


Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam.
cik sha membebel:: haaa..yang ni memang betul weh..kalau dia p melepak tu aku tak kesah sangat kalau dia bagitau..tapi kalau dah lewat malam tak balik2 pastu tak mesej2 inform aku..memang aku risau gila..dah la jauh..tak nampak pulak tu..hek3..prihatin gila aku ni..boleh jadi bini solehah ni..kui3..


TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje..
cik sha membebel:: huk??yang ni kalau dah kahwin dia buat perangai macam ni..aku kunci pintu bilik suh dia tidoq kat luaq je..pastu siang aku mogok tak masak..bila dia bangun tengok takda lauk aku cakap je.."owh..ingatkan dah kenyang sembang sampai pagi malam tadi.." dengan muka selamba..wakaka..gile derhaka..


Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"
cik sha membebel:: ala..time ni kalau aku beli hadiah baju kat dia..mesti aku dok bayang2 dulu..hensem dak kalau encik 'tom cruise' aku pakai baju ni..pastu cari baju untuk dia sanggup p pusing2 semua kedai yang ada dalam shopping complex..nak cari yang betul2 smart tuk dia..baik kan aku??haha..


Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi..
cik sha membebel:: berani dia nak buat macam tu?!!aku belasah dia cukup2 kalau aku dapat tau..ngahaha..


Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..(bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...
cik sha membebel:: owh yang ni dah kahwin nanti baru aku praktikkan..sekarang tak boleh lagi oke..hik3..tapi memang betul pun..pompuan tak mengharap apa2 sangat pun dari laki depa..cukup la bagi yang simple2 pun depa dah hargai sangat2..


Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya..
cik sha membebel:: haaa..yang point ni aku rasa betul kot..hik3..jadi berhati2 lah wahai kaum lelaki yang bergelar suami atau yang bakal jadi suami..instinct pompuan kuat tau..tambah2 dengan orang yang depa sayang..

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

KATA KATA HIKMAT::



Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA??


Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yang soleh hanya untuk lelaki yang soleh..Kalau kita sebagai lelaki tak soleh..jgn harap dapat bini yang soleh..Syukur apa yang telah dikurniakan.


Tak semua perempuan itu BAIK, tapi BAIKkah kita nak dapat perempuan yang BAIK..???


Kalau kita mengorat perempuan, memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..


Allah telah mengutuskan perempuan untuk lelaki..bukannya kita perlu hidup dengan sendiri..Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan..Tanpa usaha , rezeki itu memang tidak akan ada..

Syabas kepada sesiapa yang melangkah ke gerbang perkahwinan, yang tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


tu dia..panjang berjela jela..haha..yang kata kata hikmat last tu aku tak berapa nak ngam sikit la..huhu..sebab aku belum ada duit mau kawen lo..nanti2 la..ada jodoh tak ke mana..takde la sampai nak rugi2..huk2..


bisik2:: kahwin memang best kan??tapi sebelum nak kahwin tu kaji dulu diri dah betul2 bersedia ke nak pegang tanggungjawab jadi suami isteri..besar tau tanggungjawab..kahwin bukan nak penuhi tuntutan nafsu semata mata pastu kerja dok buat anak je..banyak lagi tanggungjawab nak kena tanggung tau..ingat tu!!yang tak fikir benda benda ni semua la yang asyik dok kahwin cerai tu..sebab niat nak kahwin untuk penuhi nafsu je..tak fikir tanggungjawab..fikir2 kan la ye..(^_^)


6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. inpo yang bagus..
    ati mau kawen..
    tp duet xdek..hoho..

    BalasPadam
  2. saya arief::

    takpe..pelan2..kumpul duit bg cukup2 dulu n prepare diri selelngkap2nye..pastu baru kawen oke??hehe..

    BalasPadam
  3. amirul faiz abdul razak::

    hehe..netri ni sekadar renungan bersama..tapi khas buat lelaki la..hik3..betul tu..tak semua laki perangai burok macam pas kawen..ada yg lagi bagus pun ade kan??

    BalasPadam
  4. embun d tengah malam::

    owh..tenkiu2 kerana menyokong diriku..hek3..

    BalasPadam
  5. salam, nice entry.. setuju dengan yang masa isteri terjaga 1st yang ingat suami. Bunga baru mendirikan rumah tangga baru 1bulan dan selalu terjaga 1st mesti cari suami ada ta sebelah. lega bila tengok dia nyeyak tidor bunga akan cium pipi & dahi dia then sambung tidor.... jadi btl lah lepas kawin 1st yang penting suami, 2nd anak...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan