Aku nak tanya hangpa punya pendapat ni. Tapi soalan ni khas untuk kaum sejenis aku la. Yang masih belum berkahwin. Yang dah berkahwin mungkin boleh bagi pendapat jugak. Kaum lelaki pun kalau ada yang nak bagi buah fikiran aku alu-alukan. Memang nak tahu sangat apa pendapat hangpa. Boleh kan?
Hmm..aku ada beberapa pilihan jawapan untuk soalan aku ni. Rasa-rasa hangpa, yang mana satu jadi pilihan hati nak dijadikan suami yang boleh menjadi nakhoda untuk melayari bahtera rumahtangga?
1) lelaki yang terlebih alim sampai terlalu taksub dengan agama.
2) lelaki yang alim tapi tahu seimbangkan dunia dan akhirat.
3) lelaki yang biasa-biasa je tapi masih tak abaikan agama pandai imbangkan dunia dan akhirat.
4) lelaki yang biasa-biasa je bab agama kadang-kadang ikut kadang-kadang hampeh.
5) lelaki yang langsung tak peduli bab agama.
Haa..yang mana satu jadi pilihan hati? Kalau aku diberi pilihan, aku pilih yang kedua atau yang ketiga. Bagi pendapat aku, yang alim tapi masih tahu seimbangkan antara dunia dan akhirat tu kira bonus untuk aku. Sebab aku pun bukan la muslimah yang alim. Aku biasa-biasa je. Pakai tudung pun tak labuh. Tapi insyaAllah satu hari nanti aku mungkin la pakai.
Rasanya aku lebih kepada yang nombor tiga. Lelaki yang biasa-biasa je perwatakannya. Tapi masih tidak abaikan agama dan pandai seimbangkan antara dunia dan akhirat. Kiranya dia masih boleh bimbing aku dan tahap agama dia bagus cuma perwatakan dia biasa-biasa je. Biar sederhana. Macam tu la maksud aku.
Yang pertama tu, aku rasa macam kureng sikit la. Bukan ape, kalau ade yang jenis taksub sangat ni kang jadi lain pulak. Takut. Jangan hangpa tak tahu, orang jenis ni selalunya tak berapa nak ambik kisah hal rumah tangga. Sibuk sangat menuntut sampai terlalu taksub. Kalau menuntut dengan cara dan tok guru yang betul takpe jugak. Ini kalau yang menyeleweng camne? Sampai mengaku diri tu ahli syurga, bini tu ahli neraka. Pastu sesuka hati dia je nak sepak terajang semua sebab kata dia tu hukuman untuk isteri yang derhaka tak ikut cakap suami. Entah mana ilmu yang dituntut tak tahu la. Ishh..seram. Takmau la aku lelaki jenis ni. Nauzubillah..mintak simpang.
Yang keempat pulak, hampeh la sikit. Tak pasal karang dengan aku hanyut sekali. Dah la die yang sebagai ketua keluarga pun tak tentu hala. Sembahyang pun sat buat sat tak buat. Agama pun tak berapa nak amik tahu. Main hentam ikut suka hati dia ja. Payah la. Karang anak-anak aku camna? Dah pak depa tak betoi. Kang menurun pulak kat anak. Memang la aku boleh jugak tegur, tapi karang dia kata aku derhaka, dia buat macam lelaki jenis pertama tu macam mana? Dia peduli apa. Dah dia memang tak tahu sangat hukum hakam. Huhu. Mintak dijauhkan la dari aku.
Lelaki jenis yang kelima tu memang out terus la dari senarai lelaki pilihan. Tak jumpa lagi bagus. Hancus terus kalau dapat yang jenis ni. Bukan takat terumbang ambing dah. Ini tahap tunggang terbalik terus kot. Mahu karam jugak bahtera rumah tangga kalau dapat lelaki jenis ni. Takut aku. Haish..nauzubillah nauzubillah.
Tapi jodoh kita siapa kita pun tak tahu kan? Semua tu dah Allah rencanakan. Cuma kita perlu berusaha saja. Kalau orang yang kita jumpa tu betul dan memang untuk kita, insyaAllah pasti bersatu. Kalau bukan kita kena redha je. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita. Kita akan jumpa orang yang salah sebelum jumpa pasangan kita yang sebenarnya. Kena yakin dan percaya saja dengan setiap yang Allah dah rencanakan buat diri kita. Betul tak?
Bisik-bisik :: Harapnya encik CH tu la mr. right aku. InsyaAllah. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.
Berkenan dengan seseorang dlam dunia blogger.. Ekekeke.. ;p
BalasPadamEncik Tom Cruise manis.. Hik hik.. Mudah-mudahan berkekalan sampai bila-bila.. :)
farhanaDr::
BalasPadamoho??siapakah gerangan si dia itu??hehe..
mekaseh2..insyaAllah..amin...(^_^)
:)
BalasPadamSame. Mybe nak n0 3.
hope, kamu berjumpa lah mr right kamu tu ye..=) kdg2 time bercinta lain..da kawen lain tau..so x yah cinta lama2....hahaha
BalasPadammiss lolly::
BalasPadamyeay..leh geng dengan cik lolly..hehe..gimme 5..(^_^)
qellissa::
BalasPadamowh tidak!!huhu..jgn la org lain..harap si dia jugak la mr. right ku itu..dah tua dah..takda masa nak cari lain..wuuu..