Latah Oh Latah

MELATAH. Satu penyakit tu sebenarnya. Hangpa suka melatah dak? Uishhh...kena buang la tabiat melatah tu. Latah ni kadang-kadang boleh membahayakan tau. Iye la. Kalau dah melatah bukan nak ingat apa-apa dah. Reaksi spontan. Buatnya masa melatah tu tangan tercapai pisau pastu terlatah lak pergi tikam orang yang mengusik tu, mak aiiii..memang cari nahas la tu. Tak pepasal karang dituduh membunuh tanpa niat. Naya tu!



Latah ni ada kategori-kategori dia. Yang aku sebut kat atas tadi kategori latah dengan aksi-aksi la. Bahaya sikit kalau yang jenis melatah pesyen ni. Kadang-kadang benda yang disebut tu takda apa sangat pun. Tapi terkejut. Tu yang jadi melatah berangkai-rangkai. Buat pulak orang yang sergah tu kaki ngusik. Kang meleret-leret la jadinya. Siap boleh terjoget pulak. Haru.



Ada jenis yang melatah biasa-biasa je. Maknanye melatah ayat je. Macam orang ni tengah ralit tetiba terdengar benda terjatuh, terkejut dan die pon terlatah. "Opocot mak hang meletop!!" Haa..contoh die macam tu la. Sekali tu je die melatah. Takde meleret-leret dah. Yang ni ok sikit la. Tak bahaya macam kategori first tadi tu. Tapi yang ni pon ada jugak yang tak elok nye. Buatnye die terlatah sebut benda yang tak sepatutnye macam tettt!! Tu lagi haru biru.




*pengantin melatah..hehe..*



Kadang-kadang bile tengok aksi orang yang suka melatah ni macam kelakar pun ade. Iye tak? Tambah yang siap dengan aksi tu haa. Tapi sebenarnya latah ni satu penyakit yang serius jugak. Kalau masih muda lagi dah melatah, sampai ke tua la penyakit tu melekat. Dan latah ni boleh bawak kepada penyakit nyanyuk yang kritikal jugak tau.



Tapi penyakit latah ni boleh dirawat sebenarny. Kata Dr. Tuah dalam buku motivasi dia yang cakap pasal topik ni, penyakit latah ni boleh dirawat dengan banyakkan membaca dan berfikir. Bila kita membaca dan berfikir, sel-sel dalam otak kita akan menjadi aktif. Bila aktif, sel-sel ni akan bercantum satu sama lain. Jadi otak kita sehat dan sentiasa bekerja. Haaa..kesimpulan nya, penyakit latah dan nyanyuk ni dapat la dielakkan.



Cuba tengok Tun Dr. M tu ha. Walaupun umur dia sekarang dah melebihi 80 tahun, tapi dia still kuat dan sehat. Sebab ape? Sebab dia banyak membaca dan berfikir la. Menulis pun boleh jadi penawar penyakit ni rasanya. Sebab masa kita nak menulis, kita akan berfikir. Betul tak? Hehe. Memandai je aku ni kan?
 


Apa-apa pun, cuba la elak elakkan melatah ni eh. Tak elok. Dulu aku pun selalu jugak termelatah. Yang "opocot mak ang meletop!!" tu stail aku melatah la tu. Sekarang dah tak de dah sangat. Kadang-kadang je kot. Lama-lama nanti hilang la teros tu. Sekarang otak aku kan bz bekerja. 24jam pikir pasai hal kerja je. Huhuhu.



Bisk-bisik :: Kadang-kadang bila aku tengok orang melatah lebih-lebih ni kesian pon ada jugak. Sebab memalukan diri depa sendiri dengan aksi yang terlebih-lebih tu.


8 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. takut ouh org yg melatah teruk2. yg siap angkat parang, pisau bagaii.
    ish ish.
    ade ubat tak?;)

    BalasPadam
  2. ada yg i penah tgk melatah sampai baling anset..tak patut betul kwn dia buat mcm tu..huh

    BalasPadam
  3. aien::

    tu la kan??bahaya owh kalau yang macam tu..huhu..ubatnye rajin2 la membaca dan berfikir..takpun baca quran tetiap ari..insyaAllah penyakit latah ni takde la melekat..huhu..

    BalasPadam
  4. embun::

    hoh?baling henpon???sayangnyeee....

    sian kan tengok orang yang jenis melatah ni..

    BalasPadam
  5. makcik cleaner tempat aku mmg latah. tim dia tgh wat keje pun kalu kita cakap hai makcik pun dia tekejut. melatah pulak lucah2 adeii..

    BalasPadam
  6. uncle pun tergolong jenis orang melatah gak..sebab tu tak berani nak pi gatsby gtering ka tKL tempoh hari hahahahha

    BalasPadam
  7. opocottt!! mak hayammmm...
    contohhhh jeee :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan