Kuasa Berjimat Cermat

Alhamdulillah. Hari ni aku dapat gaji aku yang pertama. Baru 3 minggu je kerja dah dapat gaji. Yeay! Dapat 3/4 je la. Sebab tak cukup seminggu. Tapi bersyukur sangat-sangat. Sekurang-kurang nye aku ada duit sendiri dah. Walaupun takde la banyak mana. Tapi untuk menampung diri aku dan bagi kat mak sikit pun dah kira cukup untuk aku. Malam ni nak kira budget la. Hehe..

Bulan pertama ni aku ingat nak simpan rm300 je dulu. Bulan-bulan seterusnya baru up simpan rm500. Kalau ada lebih aku simpan lebih sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Betul tak? Bulan ni dah kena start bayar PTPTN. Uhuk2. Tapi takpe. Kena selesaikan hutang dulu. Baru hidup tak terbeban. Asyik pikir hutang je, tak aman jugak hidup. Kalau dapat bayar sikit-sikit pun tak pe. Lama-lama nanti habis la kan. Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Uishhh. Banyak jugak aku nak kena bayar ni bulan-bulan. Broadband dah nak dekat seratus hengget. PTPTN pon. Dah dua ratus hengget aku melayang. Huk3. Nasib baek moto mak nak sponsor bayo. Ringan dah beban tang tu. Mekaseh mak. Sayang mak. Hehe. Takpe, bulan-bulan kakak sponsor beli barang-barang dapur. Kira macam exchange la tu. Boleh kan mak? ;p






Mulai sekarang ni aku memang kena start dah menyimpan. Kumpul duit untuk masa depan. Esok-esok nak kahwin tak payah susahkan mak dah. Pakai duit yang aku simpan je. Duit hantaran laki bagi, aku nak simpan untuk bakal anak-anak. Wasehhh. Berangan tak hengat aku ni. Kui kui kui.

Tapi menyimpan memang penting weh. Sekurang kurangnya kita ada simpanan time kita tengah sesak. Simpanan ni kira macam simpanan beku la. Kita tak payah usik. Bila betul-betul terdesak baru guna. Haaa. Takde la pokai pastu asyik hutang keliling pinggang sebab belum cukup bulan duit gaji dah habes kita belanja. Nasib tak baik dan muka tak malu pergi mintak lak dengan mak ayah. Sian kat dorang. Patutnya kita yang kena ringankan beban dorang. Ini kita pulak pergi tambah beban.

Jadi, menyimpanlah walaupun sedikit. Janganlah kat mulut tu asyik kata takda duit. Memang sampai bila-bila la kita takda duit. Lesap macam tu ja. Simpan la sehari singgit pon takpa. Sebulan dah tigaploh hengget. Kalau ada lebih simpan lebih sikit. Kalau buat selalu lama-lama nanti tanpa kita sedar, pergi check akaun tengok-tengok duit dalam akaun dah berkepuk-kepuk. Siap boleh buat belanja pergi haji. Haaa...itu la kuasa menyimpan tau.

Aku dari kecik mak dah ajar berjimat cermat. Memang aku cermat sungguh. Dulu time sekolah mak aku bagi kat aku sebulan tigaploh hengget. Pastu pandai-pandai la aku belanja. Selalunya masuk bulan seterusnya baki belanja aku tu ada lagi dalam doploh hengget. Kat sekolah aku tak makan sangat. Aku bawak bekal je. Beli nasi lemak 50sen bawak pergi sekolah. Air aku bawak dari rumah. Kan dah jimat. Duit belanja tu aku simpan le. Kalau teringin nak makan ape-ape kat kantin sekolah baru aku guna.

Sebab tu la sampai dah tua bangka ni pun aku suka menyimpan. Dah jadi tabiat. Lagipun aku ni kedekut sket. Hahaha. Nak membeli tu aku pikir berpuluh kali apa kepentingan aku beli benda tu. Tapi kalau bab beli buku aku tak boleh nak tahan nafsu membeli aku tu. Kui kui kui.

Bisik2 :: Marilah kita sama-sama berjimat cermat dan menyimpan untuk masa depan. Keuntungan nya memang berbaloi baloi..(^_^)

12 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. sket2 lme2 jd bukit~ jum menabung!

    BalasPadam
  2. bagus amalan berjimat cermat nie...:)

    BalasPadam
  3. ok start ari ni aku nak cakap ada duit ada duit ada duit ada duit ada duit ada duit hahaha..

    aku pun samala nak kena menabung gak, cmne nak kawen duit tak ader?

    BalasPadam
  4. good..amalan yg bagus..i pun kalau keje i nk simpan gak

    BalasPadam
  5. nak bayar ptptn tu snagap sket kan ?

    Ekeke*

    BalasPadam
  6. kie-yu::

    jom2..meh kite menabung untuk masa depan..(^_^)

    BalasPadam
  7. kak zaidah::

    hehe..mekaseh akak..kena la menyimpan dr sekarang..untuk masa depan..hek3..

    BalasPadam
  8. gooseberries::

    betul2..memang kena menyimpan..hehe..

    huk??tak bayo lagi eh??baik bayo cepat2..nnt kena blacklist..hik3..

    BalasPadam
  9. parkAir::

    hahaha..ko sebut la "ada duit" tu sampai termuntah2 eh..lawak betoi..kui3..

    haaa..ko nak kawen ke taknak??kalo nak p menyimpan dr sekarang..hoho..

    BalasPadam
  10. embun::

    mudah mudahan apiz dapat kerja cepat..leh la menyimpan duit..(^_^)

    BalasPadam
  11. miss lolly::

    wakaka..betoi tu..terketar ketar tangan nak hulur duit membayo wit ptptn tu..huhu..

    BalasPadam
  12. betol la tu...kene selalu simpan duit...kang ade emergency senang...
    and PTPTN ni punnn dh tak larat dh nk byrrr...nyesal gak ambik ptptn..hu3

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan