Sambil-sambil buat kerja office yang aku bawa balik rumah ni aku tengok movie kat tv2. The Day After Tomorrow. Walaupun aku dah pernah tengok tapi gatai jugak nak tengok lagi. Kalau dah buat kerja sambil tengok tv ni faham-faham je la. Tengok tv je la lebih nya. Kerja ciput je. Hahaha.
The Day After Tomorrow ni macam Hari Kebangkitan Semula. Senang cakap hari kiamat. Omputih pun tahu sebenarnya tentang hal ni. Tapi bila depa dah buat cerita ni pandai-pandai la depa ubah ikut sesedap rasa depa, kan? Faham-faham sendiri je la.
Hari Kebangkitan yang pasti tiba
Yang pastinya hari kiamat tu pasti datang. Sekarang pun dah banyak tanda-tanda kecil kiamat Allah dah tunjuk. Kita je yang alpa. Masih belum mempunyai kesedaran sepenuhnya.
Kalau betul kita ada sepenuh kesedaran takde la maksiat makin menjadi-jadi. Umat Islam sesama umat Islam ramai yang bermusuh. Suruhan Allah makin ditinggalkan, larangan Allah pula makin dilakukan. Macam-macam lagi la. Nak sebut pun tak tersebut rasanya. Hmmm.
Apa pun, sebagai umat Islam kita kena yakin dan berpegang pada Rukun Iman ke-lima iaitu Percaya Kepada Hari Akhirat.
MENARIK UNTUK DIBACA
Doa Ditetapkan Iman dan Solat
Aku pun kadang-kadang tak terlepas juga. Alpa dengan keduniaan. Sibuk dengan bermacam-macam hal hidup. Tapi alhamdulillah setakat ni masih belum lagi terlupa untuk sujud padaNya setiap kali sampai waktu. Mudah-mudahan aku terus berkekalan begitu. Sebab hanya itu sahaja jalan yang aku ada untuk terus berhubung denganNya.
"Ya Allah Ya Tuhanku..Tetapkanlah imanku..Peliharalah solatku..Janganlah sekali-kali engkau lalaikan aku terhadap kewajipanku ini kerana inilah satu-satunya jalan yang aku ada untuk aku mendekatkan diriku denganMu Ya Allah..Bantu aku dan lindungilah aku.."
Itulah antara doa yang aku amalkan setiap kali habis solat. Semoga aku sentiasa dalam perlindungan Allah setiap masa. Begitu juga untuk korang semua. Semoga semuanya sentiasa dilindungi Allah dalam apa jua yang korang lakukan. Aaminnn...
Bisik-bisik :: Mampu ke aku nak menghadapi hari kiamat nanti ye?
kamu membuat i terpikir..persediaan i belum cukup rapi..thank
BalasPadam