Doa buatmu sahabat


Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku.
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,
dunia dan akhirat .....



Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..
jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...

kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu
dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ...
insya-Allah


bisik2::
seorang sahabat kirimkan pada aku dalam email tadi..jadi aku share untuk sahabat2 realiti aku dan sahabat2 alam maya aku(blogger)..semoga angpa semua sentiasa diberkati Allah sepanjang masa..kawan memang mudah nak cari..tapi yang betul2 boleh menjadi sahabat mungkin sukar nak dapat..seseorang yang sentiasa ada bersama kita di saat suka dan duka..sentiasa ada bila kita memerlukan..itulah yang boleh digelar sahabat..


untuk mendapat seorang sahabat yang baik, kita perlu menjadi seorang sahabat yang baik untuk orang lain dulu..tapi jangan kita terlalu mengharap sebab takut akan kecewa jika pengharapan kita tidak menjadi realiti..perbuatan yang baik tidak semestinya akan mendapat balasan yang baik sebab Allah sentiasa menguji kita untuk melihat sekuat mana keimanan dan ketulusan hati kita...




4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. terima kasih..alhamdulillah..insyaallah..kamu kawan yang bagus

    BalasPadam
  2. miss lolly::

    thanks..it's for you too..(^_^)

    BalasPadam
  3. embun::

    sama2..apiz juga kawan yang baik..(^_^)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan