Sebab musabab aku suke berkepit bawah ketiak mak

"woiii..dah tua2 pun nak berkepit bawah celah ketiak mak lagi ke???"




Eh? Hang kata kat sape ni? Nak tahu ke sape? Aku la tu. Hahaha. Ada kawan-kawan yang sound aku macam tu sebab aku tak mau p cari kerja jejauh. Jahat weh angpa ni. Huhu. Bukan aku tak mau la. Aku tak hingin je. Best ape dok berkepit bawah tiak mak aku. Mak aku la weh. Suka hati aku la. Dok dengan mak best tau. Makan minum pakai semua terjaga. Sebab aku ni kan pemalas dekat rumah. Time belajar dulu dok kat hostel pandai pulak berdikari. Hak3. Ala..dok rumah kan leh manja2 dengan mak.




Sebenarnye aku tak mau p jauh sebab aku nak jaga mak aku la weh. Dia tinggal sorang tau. Penat aku  explain banyak kali kat angpa. Tak paham bahasa betoi la angpa ni. Haha. Amek kau sebijik aku sound. Tak payah la pujuk aku. Bagi suggestion kat aku. Suruh aku pergi cari kerja kat KL nun. Tak mau aku. Kos hidup tinggi. Kang gaji aku habes cenggitu je weh. Camne aku nak bagi kat mak aku pulak. Kang aku je yang dok mintak duit kat die sebab gaji aku tak cukup nak wat belanja. Ish ish ish. Derhaka gila. Sebab tu aku tak mau weh. Aku tak mau derhaka dengan mak aku. Fuuuuhhh..gile baik. Anak sape la ni? Hehe.




*tu ha mak aku..amik gambaq curi ni..payah beno nak amik gambaq..
suka ngelat mak aku ni*


Bukan aku tak berusaha cari kerja kat penang ni ha. Berlonggok dah aku mintak. Rezeki je belum nak dekat lagi. Sabar la sikit. Mana tahu pasni rezeki aku melimpah ruah. Kang tak tahu nak pilih yang mana satu pulak kang. Eh? Orang kata, kalau kahwin rezeki melimpah ruah. Ye ke? Tetibe rasa nak ajak encik CH kahwin. Sayang jom kita kahwin! Hoho. Gile gatal aku ni. Ikut angpa la nak kata aku tak fikir untuk diri aku pun. Yang penting tanggung jawab aku sebagai anak kepada mak aku. Kang kalau aku derhaka kat mak aku kang nanti aku dah tua anak anak aku pulak buat macam tu kat aku. Tak nak aku weh. Huhu..


Sebab ape aku kata aku kena jaga mak aku? Sebab yang masih belum kahwin aku sorang je anak dia ni ha. Adik aku dah selamat dah jadi bini orang 2 tahun lalu. Dia ikut laki dia stay melaka la weh. Kakak aku pon dah selamat jadi bini orang 5 bulan yang lalu. Dah nak jadi mummy pun. Lagi 5 bulan nak meletop. Haha. Dia pun ada hidup dia sendiri dah. So, sape la yang tinggal? Tentu la aku, cik sha angpa ni ha. Bukan adik aku tak ajak mak aku stay dengan dia. Tapi mak aku yang tak mau. Dia sayang rumah arwah abah aku yang ditinggalkan ni ha. Pastu dia kata..aku ni masih tanggung jawab dia lagi sebab belum lepas jadi bini orang. Wakaka. Ni sape yang nak jaga sape ni? Terbalik pulak dah. Haha..




*slim dan gebush nye aku masa ni..T_T*


Owh..serius rindu gila nak tangkap gambar famili macam ni lagi. Ni gambar 3 tahun dulu kot. Masa aku dok belajar lagi. Balik cuti semester pergi le tangkap famili potret kat kedai. Sebab aku balik setahun sekali je. Huhu. Orang susah la katakan. Nak balik beli tiket flight pun tak mampu. Padahal p belajar kat sabah je. Hoho. Sekarang kalau p amik famili potret dah tambah lagi 2 orang la eh. Abang ipar dan adik ipar aku. Dah ade 2 lelaki dalam famili aku sekarang. Eh! Kejap. Aku rasa ada kot famili potret amik ramai-ramai masa kahwin kakak aku hari tu. Haaa..ni dia. Ada arwah tok lagi (tetiba rindu kat tok..huhu..). Budak laki kenit tu anak maksu aku yang menjadi anak asuhan mak aku. Kira adik aku jugak la tu. Hehe..



*keluarga besaq aku*


Sekarang aku dalam proses nak mencocok cocok jarum lagi kat encik CH untuk mencari kerja kat penang pulak. Sementara ni biar la die kerja kat selangor nun. Sambil tu aku nak suruh dia cari keja kat sini. Wakaka. Gile jahat aku ni. Suka suruh dia berkorban untuk aku.Dia pun macam dah bersetuju je masa bincang memain Hari tu. Hehe. Mana tahan jejauh weh. Nanti gaduh lagi macam hari tu. Huhu. Ok mak! Anak mu akan berusaha memujuk bakal menantu mu itu supaya transfer bekerja kat sini. Itu syarat mak aku bagi kat dia weh kalau nak kahwin dengan aku. Haha. Padan muka dia.


Ok la weh. Dah lewat ni. Kerja dok merapu je aku ni ha. Kang tak terbangun sahur lagi macam semalam. Tapi dah niat kena la pose gak walaupun tak bangun sahur. Haha. Selamat malam semua. Aku nak p tidoq kat celah tiak mak aku pulak ni. Mak aku lama dah berdengkuq tuh. Ngahaha. Eh..aku tak tipu tau! Memang tetiap malam aku tido dengan mak aku la weh.






Bisik2:: Jangan kata aku anak manja eh. Nanti aku ngengade nak manja2 dengan mak aku. Pastu nanti mesti adik aku jeles sebab die jauh kat melaka. Haha. Sukenye aku!!


7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. apa salahnya manja sementara dorang masih ada

    BalasPadam
  2. sejuk perut mak dpt anak cam awak..time2 ginila nak jaga mak taw..klu dah kawen banyak komitment

    BalasPadam
  3. mr feckry::

    yee...betul tu..masa depa ade la kite boleh nak manja2..nak berbakti..kalau dah xde nnt nyesal lak sebab tak sempat nak berbakti..kan2??

    BalasPadam
  4. embun d tengah malam::

    memang dari dulu niat macam tu..huhu..

    BalasPadam
  5. kak syahadah::

    tu la kan kak??dah kawen nnt nak jaga laki..jaga anak2..huhu..tapi nnt dah kawen pon nak jaga mak jugak lagi..hehe..

    BalasPadam
  6. hehe.. ku suka berkepit jugak.. kang die takda.. menyesal tak sudah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan