Mati itu pasti. Bersediakah kita?

Setiap hari bila baca berita je, mesti ada kes kematian yang aku terbaca. Ada yang mati kena bunuh, ada yang mati sebab terlibat dengan kemalangan, ada yang mati lemas, ada yang mati bunuh diri, ada yang mati sebab sakit, ada yang mati sebab kena rogol. Pendek kata, macam-macam cara la yang boleh menyebabkan kematian. Semuanya hanyalah asbab saja. 

Sebab tu orang kata mati itu pasti. Tiap yang hidup pasti mati. Tak kira la manusia ke, haiwan ke, pokok ke. Kalau dah nama pun benda hidup memang akan merasa kematian. Syarat untuk mati ialah hidup. Itulah lumrah alam.


Bersediakah Menghadapi Kematian?

Kita yang masih hidup ni tak tahu la bila akan mati kan? Mati tu bila-bila masa je boleh datang menjemput kita. Kalau dah Allah tetapkan sekian-sekian masa dia nak tarik balik nyawa yang Dia pinjamkan untuk kita ni, kita memang tak boleh nak mengelak dah. Takkan la kita nak menjerit melolong "AKU TAK MAU MATI!!". Gila ka apa? Melawan takdir Allah namanya tu.


MENARIK UNTUK DIBACA


Kadang-kadang aku selalu terfikir. "Aku ni nanti mati nye macam mana la ye? Takutnya. Amal aku pun belum cukup lagi. Huhu.." 

Kadang-kadang aku selalu jugak terfikir macam ni. "Aku ni nanti bila mati nye eh? Sempat ke aku nak kawen? Sempat ke aku nak berbakti kat orang tua aku? Sempat ke aku nak kumpul amal aku?" 

Dan kadang-kadang aku terfikir macam ni pulak. "Ya Allah..aku nak mati sebelum tiba hari kiamat. Sebab aku takut aku tak mampu nak hadapi hari tersebut."


Hukum dan Hikmah Ingat Mati

Macam orang tak betul je kan aku ni. Fikirnya yang bukan-bukan. Tapi tu la antara monolog dalaman aku setiap kali bila terfikir pasal mati ni. Salah ke perbuatan aku ni? Apakah hukumnya? 

Sebenarnya, tak salah pun kita berfikir pasal mati. Hukumnya adalah sunat. Bukan kita nak mendoakan kita ni mati cepat. Berbeza ya ingat mati dengan teringin nak mati. Ingat mati adalah untuk kita muhasabah diri dan tambahkan amalan. Teringin nak mati tu macam nak bunuh diri sebab dah putus asa nak hidup. Nauzubillahiminzalik. 


Cara-cara Untuk Mengingati Mati

Bila bercakap soal kematian, memang kebanyakan dari kita akan rasa takut. Kebiasaannya takut sebab amalan tak banyak. Sebab itulah sebenarnya elok kita selalu ingat mati supaya kita sentiasa upgrade amalan kita. 

Selain itu, ada beberapa cara lagi untuk buat kita sentiasa ingat pada mati dan bermuhasabah diri. Antaranya ialah :
1. Melawat orang terlantar sakit yang tiada peluang untuk sembuh (sakit kronik) 
2. Menziarahi orang yang meninggal dunia
3. Menziarahi kubur


Hikmah Mengingati Mati

Antara hikmah yang kita dapat bila sentiasa mengingati mati :
1. Menghindarkan diri dari berbuat kejahatan dan kezaliman
2. Memperbaiki kekurangan diri dari segi penampilan dan juga amal ibadat
3. Topup ilmu dengan ilmu agama 
4. Berusaha tambah 'saham' untuk bekalan akhirat (Contohnya : bersedekah, kongsi ilmu, didik anak-anak dengan ilmu agama sebaiknya dan lain-lain) 
5. Sentiasa buat kebaikan dengan semua orang



Mati


Mati Hidup Kembali

Yang nyata nya, mati itu memang pasti. Jadi, selalulah kita muhasabah diri kita. Sebab bila kita ingat mati, mesti kita tak sanggup nak buat perkara-perkara yang bodoh. Mesti kita akan sentiasa berusaha melakukan ibadat untuk mengumpul amal sebanyak yang mungkin. 

Kita hidup di dunia ni sementara je. Bila tiba hari kiamat, kita akan dihidupkan kembali untuk dihitung segala amalan masa kita di dunia.

Kalau banyak amalan kita yang baik, alhamdulillah. InsyaAllah dengan mudah je kita meniti titian siratul mustaqim dan boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang kita mahu. Tapi kalau amalan baik kita sedikit dan yang banyaknya amalan buruk, bersedialah kita untuk dimasukkan ke dalam neraka untuk menghadapi hukuman sebelum kita layak untuk menghuni syurga.

Setiap yang beragama Islam pasti akan masuk syurga. Antara cepat dan lambat sahaja. Bergantung ke atas amal yang telah dilakukan semasa di dunia. Jadi, ingat lah yang dunia ni hanya pinjaman sementara daripada Allah SWT. Beramal la sebanyak mungkin. InsyaAllah selamat lah kita dunia dan akhirat.


Bisik-bisik :: Semoga kita semua mati dalam. Husnul Khatimah. InsyaAllah. 


5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. SalaAm..

    Sha,

    Kuasa Allah. Tak siapa menduga. Walhal sebelum tu nis berani sangat jalan sorang2 malam ramadhan.. Tapi dalam area kolej je la..

    Lepas kena tu cam seram la pulak..

    Dah la paksa ikut tu.. Kalau nis layan agaknya nis duduk dunia manalah sekarang ni..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama2/3/10 2:19 PG

    betul betul betul..
    kita kenalah muhasabah diri kita..

    BalasPadam
  3. Salam..
    Betul tu.. mati itu pasti, Hidup InsyaAllah.. selagi ada hayat kan!..

    BalasPadam
  4. miloicekaw1119::

    a'a tu..kita kena selalu muhasabah diri kan??baru kita nak wat benda tak elok pun tak jadi..

    BalasPadam
  5. ena::

    wassalam..betul tu ena..selagi ada hayat..insyaAllah selagi tu la kita hidup..jadi kena la banyak2 kan amal sebelum mati yang pasti itu datang jemput kita..kan2??

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan