Berkualiti tak graduan zaman moden ni?

Assalamualaikum. Hai!


Wahhh. Bestnye tido malam ni. Hujan kat luar setelah sekian lama asyik panas je. Aku pun dah tak berapa nak sehat ni. Saket tekak,batuk,seme2. Huk2. Ok. Malam ni nak cerita pasal buku yang aku beli semalam kat bookfair. Maaf la. Aku ni peminat buku motivasi tulisan Dr.Tuah Iskandar. Jadi malam ni nak bermotivasi lah sikit eh. Ahh sudah! Nak jadi pakar motivasi pulak cik sha ni. Hehe.


Tentang ape ye aku nak cakap? Actually, aku terasa jugak la dengan ape yang Dr. Tuah cakap dalam buku die tu. Kui kui kui. Ade terkena sikit-sikit kat batang hidung sendiri weh. Aku rasa kalau korang baca pun mesti terasa jugak. Topik yang die bincangkan tu memang tepat tentang situasi student. Die cakap pasal kualiti graduan sekarang ni ha. Walaupun sedikit 'pedas', tapi ape yang die cakap tu memang betul. Aku sokong sangat-sangat.




Berkualiti ke tidak graduan sekarang ni? Aku nak tanya kat korang yang masih belajar. Yang dah abes belajar pun boleh la. Kalau buat esaimen yang lecturer bagi, korang buat kajian sendiri ke atau pergi godek-godek internet? Kalau kat internet senang je kan? Jumpa maklumat yang padan dengan tajuk esaimen, pastu tak kaji dulu terus 'copy and paste' dalam esaimen. Nama nak kata pergi library cari buku untuk dapatkan maklumat esaimen tu payah la sikit kot sebab malas nak belek sehelai demi sehelai muka surat. 


Haa..korang kategori yang mana satu? Jangan nak tipu aku la kalau korang cakap tak pernah buat esaimen 'copy and paste' ni. Dosa tau menipu.



Realiti hidup student kan? Tak payah nak nafikan. Student zaman la ni dengan student zaman dulu berbeza sangat-sangat. Dulu-dulu mana ada kemudahan internet ni. Nak buat esaimen memang kena kaji dulu. Baru dapat hasil esaimen yang terbaik. Kalau dapat A pun memang berbaloi. 


Tapi zaman sekarang, dapat je tajuk esaimen tak payah susah hati nak fikir camne nak buat. Buka je lappy/komputer-online-cari maklumat kat internet. Jumpa yang ada kaitan, copy je maklumat tu terus paste kat esaimen. Dah susun bagi cantik-cantik, bubuh nama, no matrik, bind kemas-kemas, pastu submit bila dah deadline. Lastly dapat A. Tapi tak berbaloi la kan. Bukan atas usaha sendiri nak buat kajian. Budaya 'copy paste' ni bukan sesuatu yang asing lagi dalam hidup student. Ye tak?




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Mungkin sebab tu kot graduan sekarang susah dapat kerja. Betul aku cakap weh. Kalau korang punye gred bagus masa belajar-selalu dapat highmark-tak pernah bawah 3.5 pun, bukan senang tau nak dapat kerja. Sebab pandai belajar tak semestinye pandai buat kerja. Korang pandai belajar tu teori je. Menghafal. Kerja ni nak tengok kemahiran. Praktikal yang banyak. Kalau korang dah dapat kerja pun tapi tak reti nak buat, konfom kena buang kerja. Uhuk2.





Entah la. Aku pun dulu masa belajar bukan tak pernah buat kerja-kerja 'copy and paste' ni. Aku ngaku la aku pernah gak buat. Tapi bukan semua subjek la. Sebab bidang aku kena banyak buat esaimen yang praktikal. Buat projek tu buat projek ni. Coding je semua, camne nak copy paste? Animation 2D,3D mana boleh copy paste. Nak buat website pun takleh nak copy paste. Lagi la kire-kire matematik. Nak buat video production, shooting sana sini, buat skrip, konfom2 takleh copy paste. Yang aku 'copy paste' ni selalunye subjek yang banyak membaca le. Sebab dulu aku ni pemalas sikit nak membaca. Kena ikut mood. Macam sejarah, perlembagaan, marketing. Hoho. Tolong la cik sha. Gamaknye sebab tu aku punye pointer nak lepas 3 pun payah kot. T_T

Ape-ape pun aku sokong la pendapat Dr. Tuah tu. Budaya buat esaimen 'copy paste' ni kena kurangkan. Lecturer pun kena lebih alert dan pantau kerja-kerja student dorang. Pantau kat sini bukan la kena pergi bilik sorang-sorang student check camne die buat esaimen. Pantau kat sini maksudnye lecturer kena lebih rajin buat carian maklumat-maklumat bidang yang dorang ajar kat internet. Jadi bile student hantar esaimen boleh la detect tu kerja hasil kajian sendiri atau kerja 'copy paste' je. Then, barulah dapat hasilkan graduan yang berkualiti.





~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Kepada student yang masih belajar, bawa-bawa la sedar diri eh. Jangan bangga sangat dapat belajar tinggi-tinggi sampai kat luar negara sekalipun. Sebabnye kalau bile buat esaimen pun hanya 'copy paste' je. Takde kualitinye kat situ. Tak payah nak bangga diri sangat.

Buat adik-adik yang baru je amik result SPM semalam, tahniah kepada yang dapat result gempak. Nak sambung belajar, pilih bidang yang betul-betul memenuhi kehendak dan cita-cita adik-adik. Jangan hentam sebarang je. Kang nyesal tak sudah pulak. Belajar kat mana tu tak jadi ukuran. Yang penting apa hasilnye bila kita dah habis belajar nanti. Jadi seorang graduan yang berkualiti atau tidak.

Ape pun, selamat belajar la buat mereka yang masih belajar. Yang baru tamat pengajian dan masih belum dapat kerja tetap macam aku ni, berusaha la gigih lagi eh. Jangan memilih kerja sangat. Hehe. Cakap kemain lagi cik sha ni. Ceh!


Bisik2 :: Kita mesti kuat berusaha. Baru tak mustahil apa yang kita nak akan tercapai. Betul tak?


1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. dulu time blaja, cari dlm tenet pastu edit sikit2. tukar struktur ayat sikit.. pastu antar le. hehe...
    asiment wat cepat2 sebab nak main game bola pastu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan